Monday 29 August 2011

Neil Amstrong Tidak Pernah Mendarat Di Bulan?!

Pada Mei 1961, Presiden Kennedy mengucapkan sebuah ucapan yang bersejarah ,
I believe that this nation should commit itself. To achieving the goal, before this decade is out,
of landing a man on the Moon and returning him safely to the Earth” yang mana beliau ingin
menghantar manusia ke bulan dan akhirnya pada pada 20 Julai 1969, Neil Armstrong menjejakkan
kakinya untuk kali pertama di bulan.

Namun pada tahun 1974, seseorang bernama Bill Kaysing menerbitkan sebuah buku berjudul
We Never Went to the Moon : America’s Thirty Billion Dollar Swindle”. kandunganya
mengatakan bahawa Amerika telah memalsukan pendaratan di bulan. Hasil penyiasatannya
didasarkan pada keraguan yang ada pada rakaman dan foto-foto yang dikeluarkan oleh NASA.

Mungkin ramai daripada kita yang belum mengetahui bahawa ada sebuah teori yang sering disebut
sebagai the great moonhoax theory atau ‘teori konspirasi pendaratan bulan’ yang mengatakan
bahawa manusia tidak pernah mendarat di bulan. NASA dengan sengaja mereka foto dan
rakaman pendaratan di bulan di sebuah studio di Nevada.

Sejak itu, teori konspirasi pendaratan bulan lahir (the great moonhoax/moonlanding hoax).
Beberapa buku ditulis setelah buku Kaysing, mengusulkan idea yang sama.

Dibawah memaparkan beberapa gambar yang membuktikan bahawa pendaratan Neil Amstrong
dan rakannya di ‘bulan’ adalah PENIPUAN semata-mata.



gambar-gambar ketika pendaratan di bulan: Dimanakah perginya semua bintang2
berkedipan. BUSTED!



Edwin Aldrin meninggalkan jejak kaki yang begitu sempurna seakan-akan permukaan
bulan memiliki debu tanah yang bercampur air. Apabila permukaan bulan kering,
bagaimana mungkin Jejak itu terbentuk begitu sempurna, apalagi graviti bulan hanya
1/6 berbanding bumi. Orang seberat 200 kg pun tidak akan dapat meninggalkan jejak
seperti itu. BUSTED!



Ini adalah gambar buzz aldrin memberi tabik hormat kepada bendera amerika, tetapi cuba
anda perhatikan tangan yang memberi tabik dan tangan yang menjulur ke bawah.
Buzz mempunyai tiga tangan! BUSTED!


Gambar diatas menunjukkan dua bayang-bayang yang berlainan arah. BUSTED!




Pada beberapa gambar, kelihatan seorang astronaut yang turun dari Lunar Lander,
seharusnya astronaut itu tidak terlihat sama sekali kerana terhalang oleh Lunar Lander, namun gambar tesebut menunjukkan astronaut tersebut dengan jelas. BUSTED!

Gambar dari misi Apollo 16 menunjukkan sebuah batu dengan huruf “C” diatasnya. Adakah ini adalah tanda property sebuah studio ? BUSTED!


Dua video klip menunjukkan dua bukit yang sama: NASA mengatakan bahawa dua klip itu diambil di dua lokasi yang berbeza. BUSTED!



Bukankah Lunar Lander mengeluarkan tenaga hingga 10.000 pound, mengapa ketika pendaratan , tidak ada kawah yang tercipta di bulan. Bukankah tenaga sebesar itu akan
cukup untuk membuat sebuah lubang, seperti helikopter yang mendarat di padang pasir. BUSTED!!


p.s: Sebuah episod daripada MythBusters pada bulan Ogos 2008 juga telah didedikasikan
khas untuk NASA, dan ianya berkaitan dengan pendaratan Bulan, seperti gambar dan
rakaman video. beberapa anggota MythBusters dibenarkan masuk ke kemudahan latihan
NASA untuk menguji beberapa mitos. Semua mitos berkaitan diperiksa di rancangan
tersebut telah diberi label sebagai "Busted", yang bermaksud bahawa mitos itu tidak benar.
Well, you do your own conclusion!!

No comments:

Post a Comment