Tuesday 16 August 2011

12 tanda Wanita di Cintai Oleh Jin Jantan

Gejala-gejalanya :

1.Wanita itu selalu bermimpi berjumpa lelaki… samada lelaki yang sama…atau silih berganti… samada yang di kenalinya ataupun lelaki asing… …bagaimanapun ia mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu semuanya ‘ hensom ‘ dan menawan hati… …kadang-kadang hanya saling berpandangan… seperti orang yang baru mula berkenalan dan bercinta… …atau kadang-kadang ada juga hingga ke tahap melakukan hubungan badan… …tapi ada juga keadaannya…bukan lelaki ‘ hensom ‘ sebaliknya makhluk-makhluk ganjil yang menakut- kan… …ia bergantung kepada keadaan…dan jin bagaimana yang mengganggu…

2.Jika jin jantan itu saka keturunan… biasanya seseorang wanita itu akan bermimpi lelaki sejak dari kanak-kanaknya lagi… …untuk rawatan… wanita ini juga perlu beramal sendiri… …kerana biasanya jin itu sangat degil…dan ‘cintanya’ sampai ke mati…

3.Kadang-kadang ia didatangi makhluk ganjil…orang asing…atau seperti rupa suaminya sendiri pada alam antara tidur dan jaga… …kadang-kadang hanya didatangi…atau mungkin di- ganggu…atau buat hubungan badan sukarela…atau mungkin wanita itu diperkosa…

4.Kadang-kadang ia merasa ada sesuatu bergerak di- dalam saluran sulitnya…gatal atau hingga menimbul- kan rasa birahi yang memuncak… …ini salah satu sebab utama wanita jenis ini sangat cenderung berbuat hubungan merata-rata tanpa mengenal batas… …iaitu ia sering merasa bernafsu tiba-tiba tanpa sebab… …dari satu segi… ia adalah wanita manusia yang teraniaya oleh kejahatan jin… dan kadang-kadang di luar kawalan… …dan rahsia utamanya…iaitu kerana jin itu turut serta dalam hubungan badan dengan wanita tersebut.

5.Selalu atau kadang-kadang ia mengalami sakit pada bahagian kepala…

6.Ia mudah jatuh hati kepada mana-mana lelaki… walaupun ia telah bersuami.. …dan besar kecenderungannya berlaku curang terhadap pasangannya… …ia ada daya penarik tersendiri…terutama kepada lelaki yang ada gangguan jin dalam dirinya…

7.selalu atau kadang-kadang sukar tidur di waktu malam… …dan siangnya ia sering merasa lemas badan…

8.Selalu atau kadang-kadang ia dapat merasa sesuatu yang aneh masuk ke dalam tubuhnya…

9.Selalu atau kadang-kadang terbayang suatu lembaga ganjil atau bayangan lelaki memerhatikan- nya dari mana-mana…

10.Sukar mengerjakan solat…ada-ada saja halangan- nya termasuk menunda-nunda hingga terlewat masa…

11.Sering merasa lemas badan seolah-olah sangat letih tanpa sebab munasabah.

12.Kadang-kadang di antara tidur dan jaga…ia di- datangi makhluk menyerupai suami…atau orang lain…atau makhluk aneh yang mengganggu atau menyetubuhinya.

Nota : 1.Kadang-kadang ia berlaku apabila suami atau pasangannya ada jin jantan dalam badan… samada kerana saka…menuntut ilmu…menyimpan tangkal dan sebagainya… …apabila ia melakukan hubungan badan…jin tersebut itu turut sama samada sengaja atau tidak… maka jin itu mula ketagih dan buat ‘kerja sendiri’ tanpa kawalan tuannya… …itu antara seburuk-buruk akibat berdamping dengan jin walau apa pun caranya…

2.Wanita yang ada gangguan ini… kadang-kadang masa bercinta semuanya indah… tapi setelah berkahwin jin jantan itu cuba menghancurkan rumah tangganya kerana takut atau benci… atau cemburu pada si suami yang… …tapi kalau sekedar membuat hubungan tanpa ikatan… jin itu suka…kerana ia haram…dan tiada ikatan yang mengganggunya… 3.Bagi yang sudah bersuami… kecenderungannya berlaku curang sangat besar… dari sebab hasutan jin… …ia masih mudah jatuh cinta kepada sesiapa saja… terutama lelaki yang didampingi jin betina… …malah kadang-kadang lelaki tersebut akan merasa kemahuan yang sangat hebat untuk merampas wanita itu dari suaminya yang halal… juga dari sebab hasutan jin betina… …kalau ia terlepas dari hasutan jin betina itu… nescaya tak ada padanya perasaan nak berbuat jahat pada wanita tadi… wallohu a’lam.

No comments:

Post a Comment