Bila sebut ‘DIET’, kebanyakan wanita salah faham. Jamu, pil diet, ubat-ubatan menguruskan
badan dan bermacam lagi merupakan perkara yang terlintas diminda ramai wanita apabila perkataan
‘DIET’ disebutkan kepada mereka.
Sebab itulah ramai yang dimasukkan ke hospital (FAKTA!). Mereka ingat. Cara diet tu kena
ikat perut, tak boleh makan itu dan ini.
‘DIET’ sebenarnya adalah terma bagi amalan pemakanan. ‘DIET’ yang sihat adalah amalan
pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Pengambilan pelbagai jenis makanan perlu bagi
memastikan kesemua nutrien yang berguna dapat diambil bagi memastikan badan menyerap segala
khasiat-khasiat tersebut.
Memang tidak dinafikan dengan melakukan ‘DIET’ yang betul, ia mampu
mengembalikan bentuk badan yang langsing serta menyerikan wajah dengan
cara yang lebih ‘natural’.
Fakta yang perlu anda ambil perhatian :
Jenis Diet | Tugas | Kesan |
Pengambilan Herba/Jamu | Memberi kesusutan berat badan jangka pendek sahaja. Bertindak seperti ubat untuk mengurangkan selera makan. | Kesan jangka panjang : rasa loya, rasa lesu, sembelit dan tekenan darah yang rendah Kesusutan tidak dapat bertahan untuk jangka masa panjang. Kekurangan tenaga dan nutrien |
Pengambilan Pil Diet | Memberi kesusutan berat badan jangka pendek sahaja. Bertindak seperti ubat untuk mengurangkn selera makan untuk sementara waktu sahaja. | Kesan jangka panjang : boleh menyebabkan kebergantungan pengambilan pil yang serius Kesusutan tidak dapat bertahan untuk jangka masa panjang. Kekurangan tenaga dan nutrient pda badan |
Penggunaan Julap / Teh Pelangsing | Menggalakkan kesusutan air dalam badan. | Kehilangan air yang banyak namun lemak tetap tinggal dalam badan Mengakibatkan kekurangan karbohidrat yang menyebabkan ketosis iaitu dimana proses penguraian lemak di badan tidak dapat dilengkapi |
Sumber : “Makan Dengan Bijak – Pelaburan Sepanjang Hayat” terbitan Jabatan Dietik &
Dietari, Institut Jantung Negara
Dari fakta ini, adakah anda mengambil langkah bijak dalam ‘DIET’ dengan mengambil pil diet
atau pemakanan pelangsingan seperti jamu atau teh pelangsing?
No comments:
Post a Comment