Sunday, 23 October 2011

Rahsia Kebaikan Mandi Songsang

Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada
bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya
akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut . Ini akan membuatkan
sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan
menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam
kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem
pertahanan badan.

Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang
menakjubkan kepada pengamalnya.

Jadi, apakah itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan
bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan
kepala. (kecuali mandi hadas besar di mulakan dari siraman di kepala.)


Kebaikan Dan Kelebihan (InshaALLAH)

* Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.

* Mengembangkan salur darah otak- menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik
untuk berfungsi.

* Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem
hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum..

* Mengurangkan tekanan (stress ) yang telah dihasilkan oleh otak.

* Melancarkan perjalanan darah.

* Menjadikan pengamal semakin pintar.

* Meninggikan daya ingatan.

* Mengelakkan atau Mengurangkan sakit kepala.

* Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.

* Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.

* Memiliki daya ketahanan mental.

* Menambahkan semangat berani.

* Menguatkan gusi dan gigi.

* Dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.

~~ Sabda RASULLULAH SAW: Mintalah keyakinan dan kesihatan yang baik.

No comments:

Post a Comment