Friday, 14 October 2011

Burung Gagak adalah burung yg pintar menurut al-Quran & sains!

Burung umumnya tidak dianggap binatang cerdas, sehingga seseorang merendahkan orang lain
menyebutnya dengan "Otak Burung".
Tetapi suatu hari, saya (Sahar El-Nadi) membaca sebuah ayat dari Quran yang melibatkan burung ,
yang membuat saya berhenti dan berfikir tentang makna dari sebuah ayat.
Berikut adalah petikan ayat tersebut:

"Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia orang-orang yang merugi. Kemudian Allah menyuruh seekor gagak

menggali-gali bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan
mayat saudaranya. Berkata Qabil:'Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti
gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?' Kerana itu jadilah dia seorang diantara
orang-orang yang menyesal." (Al Maidah : 30-31)

Ini memberi saya petunjuk agar melihat lebih dekat dan mempelajarinya lebih dalam. Jadi saya

menganggap perkara ini berkaitan dengan burung gagak kerana ayat ini jelas menunjuk burung ini
sebagai mentor bagi manusia, dan jelas menunjukkan bahawa manusia seperti "direndahkan" oleh penyelesaian yang ditunjukkan oleh gagak untuk beberapa masalah kritikal mereka.

Akibatnya, saya bertanya-tanya: Binatang apakah yang paling cerdas setelah manusia? Seperti

banyak orang, saya teringat pada ikan lumba-lumba untuk kehormatan itu, tapi setelah pencarian
online yang sangat menyenangkan, saya dapati satu kejutan besar.

Pengkajian terbaru menunjukkan calon tidak terduga dari kategori binatang tercerdas adalah Gagak.
Yang ternyata binatang inilah yang merupakan binatang super cerdas!

Majalah American Scientific menerbitkan hasil penyelidikan para ilmuwan, Bernd Heinrich dan
Thomas Bugnyar - Vermont University, Kanada dan St Andrews University, Scotland - yang
menunjukkan kemampuan mental yang luar biasa dari gagak.

"Burung ini menggunakan logik untuk memecahkan masalah dan beberapa kemampuannya malah
melampaui dari kera besar," kata mereka.

Dalam pergujian ini, gagak diberi tugas yang sangat kompleks yang gagak belum pernah lakukan
sebelumnya dan naluri gagak tidak diprogram untuk melakukannya secara semulajadi, namun gagak
selalu berjaya mencari kreativiti dan penyelesaian logik untuk menyelesaikan tugas-tugas tersebut.

Yang lebih mengejutkan lagi, gagak melakukannya dengan benar sekali sahaja, setiap kali, tanpa
proses try and error pun!

Beberapa pergujian menunjukkan bahawa burung gagak yang licik boleh menjadikan binatang lain
bekerja untuk gagak, menjadikan binatang lain mencarikan makanan untuk gagak atau minimanya mempermudah gagak.

Bukti lain kecerdasan yang tinggi dari gagak adalah bahawa gagak boleh beradaptasi dengan kawasan
yang sangat berbeza, dari padang pasir ke pergunungan. Gagak belajar untuk mencari makanan malah
dalam keadaan paling sukar, dan gagak tahu bagaimana dan bila harus menggunakan binatang lain untuk membantu gagak mendapatkan makanan yang gagak tidak boleh mendapatkannya sendiri.

Ketika para penyelidik melihat gagak lulus dari ujian yang sukar, para penyelidik bertanya-tanya apa
tujuan semua kecerdasan ini berfungsi, kerana burung lain menjalani hidup dengan baik walaupun
dengan kepintaran jauh lebih sedikit?

No comments:

Post a Comment