C1. CABARLelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita.... Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan
suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain!
Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI…
nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…
C2. CABULCabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu.
Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga
perbuatan &tutur kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak
baik pada mertua…
C3. CELUPARWanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga.
Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami
jauh hati.
C4. COMOTTerdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya
yg selekeh, kerja yg dilakukan sertatindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2
aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURUCemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya
merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan
rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok
telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam.
Suami baliklewat overtime dah syak yg bukan2…
C6. CEREWETKata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami
tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat
yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAIBuat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami
paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
C8 CUAIKebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya
apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,
bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
No comments:
Post a Comment