Sunday, 25 September 2011

Pertandingan Catur dan Stargate projek


(gambar)
Full name Robert James Fischer
Country United States
Iceland
Born March 9, 1943
Chicago, Illinois, United States
Died January 17, 2008 (aged 64)
Reykjavík, Iceland
Title Grandmaster
World Champion 1972–1975
Peak rating 2785 (July 1972)

Bobby James Fischer penuh kontroversi. Walaupun dilahirkan dan dibesarkan di AS, dia sangat lantang menentang pelbagai dasar kerajaan terutama berkaitan dengan kapitalisme dan imperialisme. Bahkan walau di dalam dirinya mengalir darah Yahudi, Fischer sangat anti gerakan Zionis-Yahudi. Fischer merupakan satu-satunya pemain catur kelahiran AS yang pernah menjadi Juara Catur Dunia (1972-1975). Selain itu dia juga dikenali sebagai salah seorang tokoh Perang Dingin, selepas mengalahkan Grandmaster Boris Spassky (Kesatuan Soviet), pemegang juara dunia, pada tahun 1972 di Reykjavik.

Tak banyak yang tahu jika di dalam pertandingan catur melawan Boris Spassky di Reykjavik tersebut, di tempat yang sama juga berlaku 'peperangan supranatural'.

Setelah bermain dua babak, Fischer yang mencabar Spassky merasakan adanya keanehan di dalam konsentrasinya. Dua babak pertama Fischer menang. Dia ingat sebuah projek supranatural yang tengah dikembangkan Profesor Russel Targ, sepupu Fischer, yang salah satunya berusaha mempengaruhi pemikiran orang lain dalam jarak jauh. Apalagi Fischer juga tahu jika lawannya ini membawa serta sejumlah orang di dalam rombongannya yang disyaki sebagai paranormal.

Dengan tegas Fischer menyatakan bahawa jika Spassky telah berusaha mengganggu konsentrasinya lewat sejumlah paranormal yang dibawanya, sehingga dua babak awal dia bisa dikalahkan dengan cepat. Fischer minta agar disediakan ruangan tertutup yang dilapisi dengan elemen metal tertentu agar tidak ada gelombang apa pun yang mampu mempengaruhi otaknya. Jika permintaannya ini ditolak, maka Fischer tidak akan bersedia meneruskan perlawanan.

Pihak penganjur pun memenuhi permintaan Fischer tersebut. Dan benar saja, setelah bermain di bilik tertutup seperti yang diminta oleh, Fischer mulai meraih kemenangan pertamanya dan akhirnya berjaya mengalahkan Spassky. Sejarah pun mencatat, Bobby Fischer menjadi juara dunia catur termuda sepanjang zaman.

Ketika pulang ke Amerika, Fischer disambut bak pahlawan. Di depan wartawan, dengan tegas dia menyatakan jika Kesatuan Soviet telah menggunakan kekuatan supranatural dalam berbagai kegiatannya, termasuk sukan dan perisikan. Jika Amerika tidak mengikuti langkah Soviet dalam hal ini, maka Amerika akan kalah dalam Perang Dingin.

Apa yang disampaikan Fischer disambut baik warga Amerika. Ketenarannya akhirnya memaksa Kongres untuk menyediakan anggaran yang besar untuk membiayai usaha penyelidikan dan pembangunan tahap lanjut projek yang tidak lazim tersebut. Projek ini kelak dikenali sebagai Stargate Project yang diketuai oleh Profesor Russel Targ, sepupu Fischer, bersama Hall Puthoff.

Stargate Project

Projek Stargate merupakan sebuah codename bagi sejumlah projek penyelidikan yang melibatkan banyak agensi kerajaan AS di bawah kawalan CIA. Ruang lingkup penelitiannya memang tidak lazim kerana bergerak di bidang dunia supranatural. Tujuan kajian ini adalah untuk meneguhkan penguasaan AS dalam kancah Perang Dingin melawan Blok Timur yang dikomandani Kesatuan Soviet. Banyak pihak secara diam-diam meyakini jika kekuatan supranatural boleh dimanfaatkan demi kepentingan tentera.

Sebagai langkah awal memulakan projek ini, ahli fizik Profesor Russel Targ dan Hall Puthoff mengundang banyak paranormal untuk mau ikut menyertai. Untuk menapis mereka, diadakan semacam ujian eliminasi yang antara lain meneka sebuah imej dalam sampul surat tertutup, meneka fikiran dan warna dengan mata tertutup, dan sebagainya.

Beribu-ribu orang yang mengaku paranormal atau yang merasa memiliki kemampuan lebih, datang memenuhi cabaran itu. Namun setelah dites, semuanya dianggap gagal. Russel Targ dan Hall Puthoff hampir saja putus asa ketika mereka akhirnya bertemu dengan seorang seniman yang tengah bekerja di pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bernama Ingo Swann.

Ingo Swann merupakan lelaki yang ramah dan suka mencuba sesuatu yang baru. Dia menyatakan tertarik untuk mencuba ujian yang diadakan keduanya. Tanpa disangka, semua ujian yang diberikan ternyata mampu dilewati Ingo Swann dengan mudah. Dengan penuh rasa ingin tahu, Profesor Targ dan Puthoff bertanya padanya, mengapa dia bisa seperti itu. Sambil tersenyum, Swann menjawab enteng, "Jujur, saya juga tidak tahu. Sebab itu, saya ingin tahu jawabannya dengan mengikuti penyelidikan yang kamu lakukan ini ... "


Secara rasmi Ingo Swann pun menjadi objek kajian bagi Profesor Targ dan Puthoff. Dalam berbagai uji kaji yang dilakukan, dengan pelbagai kaedah dan alat di makmal yang dirahsiakan, didapati kemampuan Ingo Swann ternyata memang luar biasa. Dengan kekuatan fikirannya, dia mampu melakukan remote viewing (melihat dari jarak jauh) yang tidak dimiliki oleh orang-orang istimewa yang lain. Hanya dengan tidur di bilik makmal, Ingo Swann mampu 'melihat' di balik dinding planet Jupiter dan mendeskripsikan dengan ketepatan yang tinggi sifat kimia dan fizikal planet tersebut.

Selama bertahun-tahun belum ada orang yang kemampuannya menandingi Ingo Swann sehingga dirinya digelar menjadi "Remote Viewing".

... Stargate Project sesungguhnya merupakan sebuah nama, the umbrella code name, bagi sejumlah kajian tentera yang dilakukan kerajaan AS berkaitan dengan kemampuan supranatural namun tidak tertutup kemungkinan juga nantinya digunakan dalam bidang-bidang di luar ketenteraan. Projek Stargate melingkupi kajian tentang Remote Viewing (kemampuan melihat dari jarak jauh, atau mendapatkan sesuatu maklumat tertentu dari jarak jauh tanpa perlu berada di lokasi), Precognition (meramalkan suatu peristiwa yang akan terjadi di masa akan datang), dan juga Telekinesis (kemampuan untuk memindahkan sebuah objek tanpa harus menyentuhnya).

Secara rasmi, Washington mengatakan jika projek ini bermula pada tahun 1970 dan diakhiri pada tahun 1995-an. Tentu saja, keterangan Washington sukar dipercayai kerana dari fakta yang ada, projek sejenis sudah ditemui di era sebelum Perang Dunia II meletus.

Misalnya, pada tahun 1939-1940, University of Chicago menjadi tuan rumah siri seminar rahsia dalam hal kawalan fikiran dan komunikasi. Seminar ini dibiayai Rockefeller Foundation dan melibatkan sejumlah penyelidik paling menonjol di bidang komunikasi dan kajian sosiologis. Salah satu sarjana adalah Harold Lasswell, seorang saintis politik terkemuka Amerika dan teori komunikasi, yang mengkhususkan diri dalam analisis propaganda. Ia juga berpendapat bahawa demokrasi, kerajaan yang diperintah oleh rakyat, tidak boleh mempertahankan dirinya sendiri tanpa adanya suatu hegemoni elit khusus yang membentuk pandangan awam melalui propaganda.

Dalam buku Encyclopaedia of the Social Sciences, Lasswell menjelaskan jika ahli politik ingin mengawal dan memaksakan ketaatan dari masyarakat, maka mereka perlu menggunakan "teknik kawalan baru, terutama melalui propaganda."

Bagi orang kebanyakan, projek ini jelas berkesan. Apatah lagi rangkaian media massa yang diperkudakan mereka, Washington menyatakan hal ini hanya rekaan orang-orang yang paranoid terhadap teori konspirasi. Mereka juga membuat artikel-artikel yang dengan gaya hiperbolik dan menyatakan jika Projek Stargate memang benar wujud dan disokong oleh jutaan paranormal dan dana yang tidak terbatas. Mereka yang kritis tentu tidak mempercayai maklumat yang sedemikian berlebihan ini. Dan akhirnya, masyarakat menjadi tidak percaya dengan hal ini.

Sepanjang sejarahnya, elit Yahudi memang sentiasa bermain di kedua-dua belah sisi, di satu sisi mereka kelihatan anti namun di sisi lain mereka sangat pro, bahkan sengaja dibuat dan terlalu berlebihan. Semua ini dilakukan mereka dalam rangka melindungi fakta-fakta yang sebenarnya.

Kisah-kisah tentang Stargate Project, seperti halnya MK Ultra dan HAARP, sehingga kini masih banyak diliputi misteri. Seperti projek rahsia yang lain, walau banyak serpihan yang boleh dirangkai menjadi satu gambaran yang mendekati utuh, namun untuk mendapati satu gambaran yang sungguh-sunguh sempurna, memang teramat sukar.

Stargate Project oleh para penyelidik dimasukkan ke dalam bidang mind controlling project, projek kawalan fikiran, yang merangkumi banyak hal. Kita boleh mencari banyak artikel mengenai hal ini di internet di mana akan kita dapati hubungan antara kawalan fikiran dengan filem (filem kartun hingga film dewasa), muzik (antara lain lewat memasukkan mesej tersembunyi di dalam lagu atau pidato lewat teknik backmasking), televisyen, buku dan majalah, iklan produk dalam rentang yang luas, dan sebagainya. Teknik ini digunakan sudah lama dan terus dikembangkan hingga sekarang, dalam kehidupan masyarakat awam mahu pun dalam bidang ketenteraan


No comments:

Post a Comment