Tuesday 30 August 2011

Lagenda Mat Indera

 Mat Indera duduk di depan budak yang senyum





 
Artikel ini disiarkan bukanlah untuk mengagungkan gerakan komunis
di dalam hutan. Tetapi sekadar memberi pengetahuan bahawa
komunis melayu itu wujud dan mereka bukanlah jahat seperti komunis
yang sebenar. Mereka masuk hutan kerana tiada pilihan untuk
berjuang menentang pengganas Britsih yang begitu kuat menyebarkan
fitnah terhadap pejuang-pejuang kemerdekaan sebenar. Ingat!!
Terwujudnya negara ISRAEL adalah kerana orang BRITISH!

Nama penuh: Ahmad Bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan
Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang
menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.Memiliki sifat terpuji
seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak,
tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

Seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji.
Berguru kepada Kiayi Haji Fazil Bentan yang menjadi salah seorang
guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim dilahirkan pada 1920 di
kampung Gombak,Peserai, Batu Pahat.

Menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada
tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di parit
setongkat, muar. melibatkan diri dalam politik dengan tujuan
memerdekakan tahahair daripada penjajahan inggeris

Menjadi ahli sayap pemuda parti kebangsaan melayu malaya (PKMM)
yang dipimpin Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Mmohammad,
dikenali sebagai angkatan pemuda insaf (API), atau dikenali sebagai
angkatan pembunuh inggeris oleh golongan pemuda fanatik

Mat Indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara
gerila pada bulan jun 1948, mungkin terpengaruh dengan
perjuangan indonesia menentang belanda, dan bergerak di daerah
muar, sekitar kawasan lenga, pagoh, jorak, bukit kepong dan poris.
satu2nya gerila di hutan ialah kumpulan orang2 cina dikenali sebagai
bintang tiga. nak taknak Mat Indera perlu membina hubungan dengan
mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat
perjuangan berbeza, lalu mat indera dicop sebagai komunis yang
ganas, berbahaya dan tidak beragama.mat indera menjadi ketua
komunis melayu bagi daerah Muar,Batu Pahat dan Melaka.

Dikaitkan dengan peristiwa serangan balai polis Bukit Kepong.
sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama
Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak
menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga
anggota polis. Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan
serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa
orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun baru
cina, sebaliknya orang-orang cina di bawah arahan beliau telah
membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar
dan membunuh polis!!!

Inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan
Mat Indera, lalu menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran
penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah
beberapa kali terlepas daripada tangkapan. namun salah seorang
pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap inggeris dan dipujuk
utk menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 org lagi
bernama Beladang dan Misban. bersetuju menerima tawaran
setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk
tapak rumah dan kebun diterima oleh inggeris.

Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera diajak ke sebuah perjumpaan
di kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi
yang bercampur dgn kecubung, menyebabkan rasa ngantuk dan mabuk,
maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan. tangan diikat dgn
lalang dan dibawa ke balai polis Seri Medan. dipercayai kehilangan
tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal.

Mat indera dipamerkan. ada yang suka, ada yang sedih. beliau dipenjarakan
di beberapa tempat, dari batu pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu
dan Taiping. Dalam penjara didera. akhirnya hukuman gantung sampai
mati dilaksanakan pada jam 11 malam 30 januari 1953 di penjara
Taiping. Keesokan hari, dikebumikan di kampung jambu air, Taiping.

Antara cerita lain tentang Mat indera menahan komunis dari
membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis.
Chin Peng mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu,
ramai melayu yang menyertai komunis akan mengikut jejaknya jugak.
Adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan
balai polis Bukit Kepong cerita orang kali pertama kena tangkap, dia
cakap nak semayang, masa ambil air sembahyang dia ghaib.
Kali kedua, dia mintak nak sentuh rumput sebelum kena hukum bunuh,
masa dia sentuh jer, dia terus ghaib.
Kali ketiga kena ngan buah kecubung.

Diambil dari blog: http://muor76.blogspot.com bagaimanapun berberapa ayat telah diedit . Tanpa mengubah makna dan maksud ayat.

No comments:

Post a Comment