Wednesday 20 July 2011

Soalnya Siapa???

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN

2. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

3. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

4. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

5. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

6. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

7. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT?

8. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja-Raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

9. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

10. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?

11. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’?

12. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu?

13. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?

14. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?

15. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik?

16. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?

17. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

18. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

19. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

20. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?

21. Siapa yang Tuduh Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist I

22. Siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi tersebut berkubur tanpa nesan?

23. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

24. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

No comments:

Post a Comment