Friday 22 July 2011

Gambar pertama ada manusia...


 
Ini ialah foto pertama di dunia yang ada manusia di dalamnya. Model berada di bahagian bawah sebelah kiri gambar. Ia diambil pada tahun 1838 oleh Louis Daguerre di Boulevard du Temple, Paris.

Louis Daguerre telah mencipta proses daguerreotype dalam bidang fotografi. Sepatutnya ada ramai lagi manusia di situ, tetapi kerana teknik 'long expose' iaitu pendedahan lama , dia mengambil masa selama 10 minit ke atas gambar ini, maka orang lain tidak kelihatan kerana mereka semua bergerak.

Model itu kelihatan kerana dia berada dalam keadaan pegun kerana sedang digilapkan kasutnya oleh tukang kasut. Malangnya, identiti model tersebut tidak diketahui sampai hari ini.

No comments:

Post a Comment