Tuesday 26 July 2011

Fakta kelebihan air zamzam..


 
Rasulullah s.a.w. bersabda : Ertinya: "Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Ahli-ahli ilmu telah meluaskan huraian mereka mengenai dengan hadis di atas. Al-Munawa Rahimahullah Ta'ala telah berkata: "Air Zam zam ialah penghulu segala air, pali...ng mulia, paling berharga dan paling disukai. Allah Ta'ala telah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim a.s. dengan air Zamzam. Maka begitulah pertolongan yang seperti itu juga boleh diperolehi oleh orang-orang yang selepas baginda, iaitu bagi sesiapa sahaja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk juga kita. Ramai para ulama telah meminumnya kerana sesuatu hajat, dan mereka itu berhasil memperolehinya."

Disebut oleh pengarang kitab 'al-'Aqdus Sameen, bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Mekah telah meminum air Zamzam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta. Lalu (dengan izin Allah) beliau itu sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian ini dikhabarkan sendiri oleh gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi.

Berkata al-lmam an-Nawawi Rahimahullah sebagai mengulas hadis di atas: "Maknanya, barangsiapa yang minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperolehi hajatnya itu, Hal ini, telah dicuba oleh para ulama dan orang-orang soleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun hajat dunia, dan Alhamdulillah, semuanya telah memperolehinya." (Lihat Tahzibul Asma Wal~Lughat 3/139).

fakta kelebihan air zamzam..
• Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
• Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
• Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
• Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
• Antara mata air syurga.
• Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
• Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
• Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
• Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali.
• Minuman orang mulia (al-abrar).
• Menambah kekuatan badan.

No comments:

Post a Comment