Friday, 9 September 2011

MELIHAT KE DALAM INSIDEN TEMBAKAN DI SOMALIA

Bulatan K4, perhatikan bangunan tinggi. Lokasi strategik untuk keduduk sniper

pemandangan dari sisi lain, K4
bangunan tinggi di kawasan K4

ANALISIS TEMBAKAN

Analisa serangan ke atas kumpulan wartawan Malaysia ini dibuat dengan bantuan bekas penembak tepat terbaik ATM yang mempunyai “9 Confirmed Killed” dan pernah bertugas di Somalia malahan, rakan beliau sendiri pernah menjadi korban di negara itu. Beliau dikenali sebagai “Sniper Gunung”, baru sahaja balik dari Afghanistan untuk membantu pasukan khas kita menjalankan operasi di sana.

sniper gunung-penembak tepat renjer dengan 9 confirmed kill

Beliau mendapat pengesahan dari berita  bahawa mangsa terbunuh akibat tembakan dari peluru jenis “Armour Piercing”  (AP bullet) yang digunakan oleh penembak tepat atau Sniper.

Akhirnya kita tahu bahawa ada dua das tembakan. Salah satu tembakan mungkin tersasar dan satu lagi terkena kenderaan yang membawa Allahyarham, menembusi ketiak. Peluru dari jenis 7.62mm AP itu kemudian bergerak di dalam tubuh mangsa melalui satu proses yang dipanggil “Ricochet” dan
keluar pada bahu mangsa melalui lubang luka yang kita panggil “Outlet”. Proses Ricochet ini menyebabkan paru-paru mangsa luka, terpelantun akibat terkena tulang  dalam badan mangsa dan keluar ke atas melalui bahu.
peluru ni yang no.1 jenis match sniper pakai. anak peluru panjang. yang tengah tu 7.62x51mm NATO (GPMG, HK G3, SLR, HK11A1 etc-ect pakai) dan no. 3 tu 7.62x39mm AK pakai (peluru ketiga hampir meragut nyawa Sniper Gunung dan kini disimpan sebagai kenang-kenangan)ks.

JENIS SENJATA

Teori awal bahawa peluru datang dari sistem senjata GPMG ditolak kerana secara psikologi operator GPMG atau PKM tidak akan melepaskan tembakan satu atau dua das dari jenis senjata mesingan.

Ada dua das tembakan yang didengar agak kuat oleh saksi iaitu wartawan Bernama TV yang duduk di sebelah pemandu.Kemungkinan tembakan dilepaskan tidak kurang dari 300 ke 400 meter dan bergantung kepada arah angin, bunyi itu dibawa sekali jika angin menuju kepada kenderaan media Malaysia.

Melalui pengalaman Sniper Gunung, kawasan K4 yang menjadi medan serangan tersebut merupakan syurga penembak tepat kerana terdapat banyak bangunan tinggi.K4 merupakan gelaran yang diberi oleh askar marin Amerika Syarikat (AS) sebagai singkatan kepada Kilometer 4 dan menjadi bulatan strategik untuk mana-mana pihak yang mahu pergi ke Pasar Bakara atau lapangan terbang, stadium etc.

Di antara senjata yang paling popular diguna oleh penembak tepat di sana ialah dari jenis buatan Russia versi lama iaitu Dragunov SVD, kadang-kadang raifel jenis G3 digunakan.

raifel sniper SVD
raifel G3 buatan german yang kadang-kadang diguna untuk sniping di somalia


Mati katak-orangramai mengerumi mangsa yang terkorban selepas terkena tembakan Ak47 milik pemandu dalam kenderaan di hadapan. Kesalahan mangsa hanyalah mencuri sekampit beras yang diletakkan di belakang kenderaan itu. Gambar dari kedudukan sniping Sniper Gunung


PERLINDUNGAN

Kalau peluru dari jenis AP sudah digunakan, tidak ada jaket kalis peluru yang boleh menyelamatkan anda kerana ia diguna untuk merobek dinding kereta perisai.

MOTIF

Melalui pengalaman Sniper Gunung di Somalia, motif tembakan dan pembunuhan berlaku akibat hal yang remeh temeh.

Curi beras dari belakang kenderaan menyebabkan nyawa manusia melayang, orang di sana kadang-kadang suka untuk menembak sesiapa sahaja mungkin sebagai satu penghantaran message.

Mungkin dalam senario yang menimpa media Malaysia, ada puak yang marah kerana bantuan tidak sampai kepada mereka, mungkin bantuan disampaikan kepada puak atau kabilah yang menjadi musuh mereka.

Dipetik dari militaryofmalaysia.net

No comments:

Post a Comment