Monday, 5 September 2011

Jawapan kepada sembilan persoalan Atheis

Gelisah hati Khalifah Yazid ketika itu, semua ulama di Baghdad ditewaskan dalam perdebatan
dengan utusan maharaja Rom. Buntu memikirkan maruah Islam yang bakal tercalar di
mata dunia. Harapannya bersandar kepada Imam Hammad bin Abi Sulaiman Asyaari, semoga
mengajar Dahri, utusan Maharaja Rom itu.

Kesanggupan Imam Hammad yang pada mulanya menolak untuk berdebat dengan Dahri merupakan
berita gembira kepada Khalifah Yazid. Baginda juga menetapkan majlis debat itu diadakan di
Masjid Baghdad supaya orang ramai dapat mengikutinya.

Imam Hammad pula berasa susah hati. Mulutnya tidak lekang daripada mengucapkan zikir sambil
berdoa memohon petunjuk bagi menghadapi masalah yang melanda umat Islam ketika itu.

Keesokan harinya selepas solat Subuh, Imam Hammad bermuzakarah dengan anak-anak muridnya.
Beliau melahirkan rasa dukacita kerana masih belum mendapat ilham menghadapi lelaki bernama Dahri
 itu.
“Malam tadi saya bermimpi berada di sebuah dusun buah-buahan yang begitu indah. Di sana saya
melihat ada sepohon kayu rendang dan lebat buahnya. Tiba-tiba muncul seekor khinzir lalu memakan
 buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Bukan setakat buah,keseluruhan pokok itu musnah
kecuali batangnya. Kemudian muncul seekor harimau lalu menerkam khinzir itu,” kata Imam Hammad
sambil menyatakan rasa peliknya mengenai mimpi itu.

“Tuan, izinkan saya menafsirkan mimpi itu,” tiba-tiba seorang pemuda mencelah.

“Dipersilakan,” kata Imam Hammad.

“Menurut tafsiran saya, dusun yang luas dan indah itu adalah agama Islam itu sendiri. Pokok yang
berbuah lebat itu adalah sekelian ulama pada hari ini. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal
adalah diri tuan sendiri. Khinzir yang merosakkan pula adalah si Dahri. Harimau yang keluar
membunuh khinzir itu adalah saya, maka izinkan saya untuk memadam kesombongan Dahri.
InsyaAllah, saya dapat mengalahkannya,” sahut pemuda itu.

Imam Hammad gembira mendengar kata-kata anak muda yang paling disayanginya itu. Dia yakin
dengan kemampuan anak muda tersebut. Maka dikhabarkanlah kepada Khalifah Yazid akan
hal berkenaan.
Pada mulanya Khalifah Yazid ragu-ragu memandangkan umurnya yang masih muda. Tetapi Imam
Hammad meyakinkan baginda bahawa beliau mempunyai ilmu yang tinggi. Akhirnya Khalifah
Yazid bersetuju.
******************************
Hari yang ditetapkan telah tiba. Ramai orang berkumpul di masjid Baghdad demi menyaksikan
perdebatan itu. Khalifah Yazid juga telah berada di sana dengan harapan Dahri tewas di tangan Imam
muda dari Kufah.
Seperti majlis debat sebelumnya, Dahri bangun dan naik ke mimbar masjid kemudian dengan
berucap dengan suara tinggi
“Mereka menuduh aku tiada pegangan agama kerana tidak percaya wujudnya tuhan. Memang
benar pernyataan itu. Kerana itu aku mencabar para ulama untuk berdebat dengan aku,
Dahri yang bijaksana.

Maka pemuda itu bangun lalu berkata “Wahai lelaki yang sombong, orang yang tahu jawapannya pasti
dapat menjawab persoalan kamu.”

Suara itu mengejutkan Dahri dan orang ramai yang berada di sana. Matanya memandang tajam ke
arah anak muda tersebut.

“Anak muda yang masih hingusan, jangan masuk campur urusan orang-orang tua. Telah 40 orang ulama
aku tewaskan, dan aku akan cabar semua ulama agar tunduk denganku,” tempelak Dahri sambil
bercekak pinggang.

“Wahai Dahri yang sombong dan tidak percaya tuhan, dengan izin Allah, saya akan menjawab
segala persoalan kamu!” kata pemuda tersebut.

“Siapa kamu? Sedangkan ulama-ulama berserban besar, berjubah labuh sudah aku kalahkan, inikan
pula pemuda hingusan!” lantang Dahri membidas anak muda tersebut.

“Wahai Dahri anak didik Maharaja Rom, bukankah Maharaja Rom sendiri mempercayai tuhan?
Untuk apa dia menghantar kamu ke mari?” soal pemuda tersebut pula.

Aku diperintahkan bagi mencabar ulama-ulama Islam supaya berdebat dengan aku. Selepas semua
ulama aku tewaskan, baru aku pulang. Maharaja Rom akan meraikan kejayaan itu dengan
memakaikan mahkota di atas kepalaku,” jawab Dahri.

“Sekiranya kamu kalah, apa hukumannya?” tanya pemuda itu lagi.

“Aku tidak akan kalah kerana tiada satu pun manusia di muka bumi ini akan dapat menjawab
 soalanku itu,” balas Dahri dengan angkuh.

“Pada hari ini, kamu akan saya kalahkan. Kamu akan menjadi hina dina sekembalinya kamu nanti,”
kata pemuda tersebut.

“Siapa nama kamu wahai anak muda?” Soal Dahri.

“Nama sebenar saya Nukman, dan saya akan berdebat dengan kamu hari ini sambil orang ramai
termasuk Khalifah akan menyaksikannya,” jawab pemuda tersebut.

“Huh, janganlah kamu bermimpi mengalahkanku. Sedangkan mereka yang berserban malah
berjubah pun telah ku kalahkan,” kata Dahri dengan bongkaknya.

“Ketahuilah Dahri, Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban dan jubah
labuh, tetapi Dia mengurniakan kemuliaan kepada orang yang bertakwa,” kata pemuda itu
sambil membacakan ayat ke 11 surah al-Mujaadalah yang bermaksud

“Allah meninggikan darjat orang beriman dan berilmu dengan beberapa darjat.”

Dahri segera menutup telinga kerana tidak suka mendengar ayat-ayat suci al-Quran dibacakan.

“Anak muda yang petah bercakap, kamu membuat aku marah dan memaksa aku menyahut cabaran
kamu. Sekiranya kamu kalah, mahukah kamu menjadi khadam aku?” tanya Dahri dengan marah.

“Saya tidak mahu bertaruh kerana agama saya tidak membenarkannya. Tetapi sekiranya kamu
kalah, mahukah kamu berjanji pulang ke negeri Rom dan jangan menjejakkan kaki kamu ke sini lagi?”
jawab pemuda itu.

“Aku setuju dengan permintaan kamu itu. Aku juga akan meminta persetujuan khalifah, sekiranya
kamu kalah, kamu akan menjadi khadam aku,” balas Dahri, dan debat pun bermula antara mereka.

“Soalanku yang pertama, benarkah Allah itu wujud?” soal Dahri memulakan majlis dialog itu.

“Sesungguhnya, Allah itu wujud,” tegas pemuda itu.

“Sekiranya benar, bila dia dilahirkan?” soal Dahri sambil tersenyum, soalan itu yang membuatkan
ramai ulama terkelu lidah.

“Allah tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan. Dia yang pertama, dan Dia juga yang terakhir,
tidak ada sesuatu sebelumnya mahupun selepasnya,” jawab pemuda itu.

Mustahil tiada yang mendahului, dan kemudian darinya. Buktikan dengan contoh kepadaku,” balas Dahri.
Imam muda itu menunjukkan lima jari tapak tangannya lalu berkata “Cuba kamu lihat ibu jari ini, adakah
jari sebelumnya? Cuba lihat pula jari kelingking ini, adakah jari selepasnya?
Sekiranya jari tuhan boleh buat begitu, apatah lagi diriNya.”

Sekiranya begitu, pada tahun berapakah tuhan lahir?” soal Dahri lagi.

“Sama seperti yang ku rungkaikan tadi. Sebelum masa dan tarikh dicipta, Allah terlebih dahulu
wujud. Kewujudannya tidak terikat oleh masa dan tarikh,” jawab pemuda tersebut.

“Berikan buktinya,” pinta Dahri.

“Adakah kamu tahu ilmu mengira?” tanya Imam muda tersebut.

“Sejak kecil aku sudah mengenal angka,” jawab Dahri

“Apakah angka sebelum satu?”

“Kosong atau tiada..”

“Sekiranya angka satu itu tiada sebelumnya, mengapa kamu hairan Allah yang Maha Satu itu tidak
ada yang mendahuluinya?”

Dahri terkesima kerana anak muda yang dianggap hingusan itu mudah mematahkan hujahnya.
Namun, dia tidak mahu mengaku kalah lalu terus bertanya,

“Sekiranya Allah itu wujud kata
kamu, dimanakah tuhan itu berada kerana setiap yang wujud pasti ada tempatnya?”

“Maha suci Allah yang tetap wujud tetapi tidak mempunyai tempat!” Jelas pemuda itu.

“Bukankah setiap yang wujud pasti ada tempatnya? Lihat pohon kayu itu tempatnya di atas tanah.
Manusia wujud di muka bumi. Ikan itu wujud tempatnya di dalam air. Setiap yang wujud
pasti ada tempatnya,” bantah Dahri sambil tersenyum sinis.

Soalan Keempat

Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam
keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan
kamu mengadap?”

Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang
gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”

Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan
pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum
mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima

Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras
seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”

Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan.
Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran
apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.

Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

Atheis menjawab: “Tentu sekali.”

Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun
selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang
terjadi sebenarnya?”

Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan
kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa
 rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku
sekarang, bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir
lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut.
Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat
 mengetahui bagaimana bentuknya.”

Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu
untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan
bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam

Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu
sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan?
Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”

Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan
lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan
aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu
ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku
pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ketujuh

Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab
oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka
tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”

Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu
lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan
kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.

Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan
jawapan. Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk
menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan
mata kepala kamu.”

Soalan Kelapan

Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu
tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang
tidak masuk akal.”

Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya
pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita
juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di
dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.

Soalan Kesembilan

Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka
telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang
dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah
kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di
bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”

Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat.
Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi
apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang
Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan
kelompok Atheis tersebut ke bawah).”

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya
telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang
seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita. Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man
bin Thaabit r.a serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang amsih
 hidup atau yang telah wafat.

*******************************

Sedikit Fakta Tentang Kematian

1. Sebelum meninggal dunia, pendengaran adalah indera terakhir yang akan meninggalkan tubuh kita.
Indera pertama yang akan ‘pergi’ ialah penglihatan, diikuti oleh rasa, bau dan sentuhan. 

2. Kepala manusia masih dalam keadaan sadar selama 15 hingga 20 detik setelah dipenggal!

3. Mayat pada hari ini lebih lambat membusuk dibandingkan dulu karena banyak terdapat bahan
pengawet di dalam makanan yang kita makan. Satu lagi fakta, mayat membusuk empat kalilebih
cepat di dalam air dibandingkan yang dikubur di dalam tanah.



4. Lebih 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barang yg dibuat untuk
orang yg menggunakan tangan kanan.


5. Saat Alexender The Great mati pada 323 sebelum Masehi, sebuah jalan khas telah dibuat dari
Babylon ke Mesir untuk membawa mayatnya. Kalau ditaksir biaya pengurusan mayat Alexender itu
dengan nilai mata uang pada hari ini, biayanyanya dianggarkan US$600 juta!


6. Tidak lama sebelum Thomas Edison mati pada 1931, sahabatnya Henry Ford telah mengambil
nafas terakhir beliau dan menyimpannya ke dalam sebuah botol. 


7. Pencipta seri TV Star Wars, Gene Roddenberry adalah manusia pertama yang abu mayatnya
disemadikan di luar angkasa.


8. Masyarakat Mesir purba menganggap kucing adalah hewan suci. Oleh karena itu mereka akan
mencukur kening mereka apabila kucing peliharaan mereka mati.


http://cinta-syamsudin.blogspot.com/2011/07/sedikit-fakta-tentang-kematian.html


sumber : http://wahw33d.blogspot.com/2011/08/sedikit-fakta-tentang-kematian.html#ixzz1X5MLhXFm

RAHSIA DISEBALIK SOLAT

Niat Sembahyang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

... Berdiri Betul
Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

Takbiratul Ihram
Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

Al-Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

Rukuk
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

Iktidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur

Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotulmustaqim.

Duduk Antara Dua Sujud (awal)
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

Duduk Antara Dua Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar.

Tahiyat Akhir
Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh munkar & nakir di dalam kubur.

Selawat ke atas Nabi SAW
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

Salam
Memelihara kita di dalam kubur.

Tertib
Akan pertemuan kita dengan Allah.

SUBHANALLAH =)
Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?


Dia Peluk Islam Kerana Melihat Kebenaran Al-Quran Mengenai Fir'aun



Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan
untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat
terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut

Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat

ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia

bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan
autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada

19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau
diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille,

termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh

tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan

dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang

lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru,

iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan

Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan
itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini

sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa

 Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat

mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui
kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir
dan tepat.

Kisah Firaun dalam al-Quran
Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran

yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya
 Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal

kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada
di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)?

Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa
dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang

tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera

Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel
dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28
dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian

mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam
mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir
dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi

pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya
kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya

mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi
serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun

bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya

pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan

sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible,
the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.



Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille

berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara
kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam

Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti
itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula

 jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

- Siti Ainiza
sumber







5 Macam Sakit Kepala Dan Cara Mengatasinya

Hati-hatilah bila Anda sering mengalami sakit kepala. Gangguan kesehatan ringan ini sebenarnya bisa merupakan salah satu gejala dari penyakit yang lebih besar. Hal ini ada hubungannya dengan pengelompokan dua jenis sakit kepala. Sakit kepala utama disebabkan oleh disfungsi atau aktivitas yang berlebihan dari fitur-fitur yang sensitif terhadap rasa sakit di kepala. Pada kelompok kedua, yang juga lebih jarang, disebabkan oleh penyakit yang mendasar.
Namun, pada dasarnya ada lima jenis sakit kepala, yang penekanannya berangkat dari bagaimana rasa sakit itu dihasilkan. Menurut Clinical Methods, rasa sakit juga bisa terjadi pada setiap bagian dari kepala, termasuk kulit, otot-otot, pembuluh darah, sinus, struktur gigi, dan saraf-saraf wajah.

Vaskular, penyebab migrain
Rasa sakitnya disebabkan oleh pembesaran pembuluh darah di dalam kepala. Tipe paling populer dari sakit kepala vaskular adalah migrain, yang menurut American Headache Society dialami sekitar 28 juta orang di Amerika. Migrain bisa kambuh, dan jika sedang muncul baru akan sembuh setelah 4-72 jam. Rasa sakitnya antara sedang sampai parah, dengan rasa berdenyut-denyut yang timbul pada satu atau dua sisi kepala. Gejala lain dari migrain adalah mual, muntah, dan sensitif terhadap cahaya atau suara. Sebanyak 3 dari 4 penderita migrain adalah perempuan. Artinya, lebih banyak perempuan yang mengalami migrain daripada pria.

Cluster
Sakit kepala jenis ini adalah tipe lain dari sakit kepala vaskular. Namun kebalikan dari migrain, penyakit ini lebih banyak mendera kaum pria. Rasionya enam banding satu, demikian menurut Cluster Headache Support Group. Rasa sakit yang begitu menyiksa, bisa berlangsung selama 15-180 menit. Biasanya terjadi pada satu sisi kepala, di belakang mata, atau pada daerah pelipis. Sakit kepala biasa terjadi pada waktu-waktu tertentu, seringkali saat jam-jam tidur, selama 4-8  minggu.

Myogenik
Saat bekerja, Anda pasti sering merasa leher dan pundak Anda kaku. Kadang-kadang diikuti dengan sakit kepala. Sakit kepala jenis ini memang sering dianggap sebagai ketegangan akibat otot-otot yang menegang di leher, pundak, kulit kepala, atau rahang. Pemicunya bukan sekadar cara duduk yang salah, tetapi juga stres, gelisah, atau depresi. Tidak heran bila sakit kepala ini termasuk yang paling umum, dengan intensitas ringan hingga sedang. Pada sebagian orang, rasa sakit juga diikuti dengan menurunnya nafsu makan.

Peradangan
Inilah urutan kedua sakit kepala yang disebabkan oleh penyakit atau kelainan yang menghasilkan peradangan di dalam kepala. Tipe sakit kepala akibat peradangan yang paling umum adalah sakit kepala akibat sinus, yang disebabkan oleh peradangan pada sinus dan diperparah dengan reaksi alergik. Penyebab lain dari sakit kepala jenis ini adalah meningitis, dimana terjadi peradangan dari membran yang mengelilingi otak dan saraf tulang belakang.

Traction
Biasanya disebabkan oleh lesi yang menekan struktur dan pembuluh darah di kepala. Tumor metastatik (tumor maligna yang menyebar ke bagian tubuh lain), abses, atau hematoma (pembengkakan lokal yang terisi darah), bisa menyebabkan sakit kepala jenis ini. Rasa sakitnya akan lebih parah pada pagi hari, dan menjadi lebih parah saat pengidapnya batuk, buang air kecil, atau mengejan.

Cara Atasi Sakit Kepala

Botox
Obat satu ini mungkin terkenal sebagai penghilang kerut, namun ternyata toksin ajaib tersebut juga manjur untuk meredakan sakit kepala.

“Botox bisa membuat otot yang sedang berkontraksi akibat sakit kepala menjadi rileks,” ujar Traci Purath, MD, selaku pimpinan medis di Comprehensive Headache Care, di Wheaton Franciscan Medical Group yang berlokasi di Franklin, Wisconsin.

“Obat ini memblokir saraf sensorik yang mengirimkan pesan rasa sakit ke otak, dan dapat meredakan tegangan di dahi serta leher belakang,” tambah Traci. Sekitar 8 suntikan, yang rasanya hanya seperti cocokan peniti, cukup untuk meredakan rasa sakit di kepala.

Efeknya memang baru terasa sekitar 8-10 hari setelah penyuntikan. Perawatan ini memang direkomendasikan, namun tidak boleh lebih dari 3 bulan.

Akupuntur
Teknik tusuk jarum ini diakui bisa meredakan sakit kepala. Jarum-jarumnya ditusukkan pada bagian yang sakit, biasanya seperti leher, dahi, dan pipi. Bagi Anda yang takut jarum tidak perlu khawatir karena jarumnya sangat kecil sehingga kemungkinan tak bakal bisa dirasakan.

Perawatan ini bisa membuat penderita merasakan rileks. Biasanya hasil maksimalnya bisa dirasakan selama beberapa bulan hingga setahun.

Seks
Berapa kali Anda menolak ajakan mesra pasangan karena sedang menderita pusing?! Jika sering, maka sekarang Anda perlu mengubah keputusan itu, apalagi jika Anda ingin segera sembuh dari pusing tersebut.
Seks bisa melepaskan rasa sakit yang menghantam kepala seseorang. “Sebab endorpin dan hormon pereda rasa sakit lain turut dilepaskan selama orgasme, sehingga bisa membuat seseorang merasa rileks dan lebih tenang,” ujar Traci. Meski begitu, efek pengobatan dengan cara ini memang sebentar saja. Latihan atau olah raga

Jika Anda sering mengalami sakit kepala dan memerlukan pengobatan secara berkala, maka olah raga merupakan caranya. “Saat Anda aktif bergerak, Anda meningkatkan stamina, mengurangi stres, dan bisa tidur lebih nyenyak,” ujar Jan Brandes, MD, asisten profesor di klinik saraf Universitas Vanderbilt.

“Semakin keras latihannya, misalnya seperti jogging, jalan cepat, berenang, maka semakin hilang rasa sakit yang timbul akibat tegangan di kepala. Namun, jika Anda mengalami migrain, latihan keras macam ini hanya akan memperburuk keadaan, jadi kenali baik-baik jenis sakit kepala Anda.

Air
Ini satu lagi alasan mengapa Anda dianjurkan minum 8 gelas sehari. Dehidrasi merupakan salah satu penyebab terbesar timbulnya sakit kepala.

“Saat tubuh tidak mendapat cukup air, maka tubuh mulai menyimpan cairan yang sudah ada dan memberi sinyal ‘kehausan’, di antaranya lewat sakit kepala atau migrain,” ujar Tracy.

Berita baiknya adalah dengan minum, Anda bisa merasa sedikit lebih baik. Jadi, agar kondisi tubuh tetap seimbang dan terjaga, maka minumlah 8-10 gelas air setiap harinya.

Namun, jangan berlebihan juga, karena cairan berlebih dalam tubuh bisa mengurangi kadar elektrolit dan sodium dalam tubuh.

Makanan ringan
Anda baru pulang dari kantor, dan kepala Anda terasa seperti habis ditinju. Anda baru sadar bahwa sudah berjam-jam lamanya Anda tidak mengisi perut hari itu.

Saat tubuh tidak mendapat masukan makanan, tingkat gula darah menjadi labil, sehingga menyebabkan timbulnya sakit kepala. Ini merupakan cara tubuh untuk mengatakan, “Beri aku makan. Aku kelaparan!”
Ambillah makanan kecil seperti apel, misalnya, untuk meredakan sakit kepala dan membawa tingkat gula darah Anda kembali normal. Tolak godaan untuk mencomot permen, karena kandungan gulanya bisa mengagetkan dan malah mengacaukan kadar gula Anda.

Kafein
Selain bisa membuat mata ngantuk agar tetap melek, ternyata kopi memiliki keuntungan lain, yaitu kandungan kafeinnya bisa mengontrol rasa sakit kepala.

Selain itu, kafein juga bisa mempermudah penyerapan obat migrain.Tak hanya itu, kafein juga mampu mengekang serangan sakit kepala dengan menarik/ mengerutkan pembuluh darah.

Namun, meski begitu, bagi beberapa orang, kafein justru malah bisa menimbulkan sakit kepala. Jadi konsumsi dengan hati-hati.

Tidur
Menyempatkan diri untuk tidur selama 8 jam mungkin kedengaran langka, apalagi bila Anda tergolong sibuk. Bagaimana pun juga, tidur terlalu banyak atau sedikit bisa menimbulkan sakit kepala.

Tubuh manusia memerlukan waktu setidaknya 7 jam untuk mengisi ulang hingga kembali segar, dan sakit kepala pun bisa hilang karenanya. Cobalah untuk tidur dan bangun pada jam yang sama tiap hari.

Menulis
Anda bisa menuangkan segala beban pikiran melalui tulisan. Terlalu banyak berpikir bisa membuat kepala menjadi sakit, sehingga dengan menuangkan beban tersebut dalam sebuah kertas dipercaya dapat membuat beban di kepala menjadi enteng.


sumber : http://wahw33d.blogspot.com/2010/05/5-macam-sakit-kepala-dan-cara.html#ixzz1X5FTvrqZ

Teka Teki Makhluk Pertama yang diciptakan Allah di Muka bumi sebelum Nabi Adam a.s


Ibnu Abbas ra mengatakan, “Setelah Allah menyempurnakan penciptaan langit dan bumi dengan segala sifatnya, gunung-gunung telah ditancapkan, angin telah dilepaskan, di bumi telah ada binatang-binatang liar dan bermacam-macam burung, maka buah-buahan mengering dan berjatuhan ke bumi dan di bumi tumbuh rerumputan yang satu sama lain saling tumpang tindih. Pada saat itu, bumi mengadukan persoalan tersebut kepada Tuhannya. Atas pengaduan itu, Allah menciptakan umat yang beraneka ragam dan berlainan jenis, yang diberi nama Jin.

Mereka memiliki jiwa dan aktivitas. Lalu mereka bertebaran seperti debu halus karena jumlah mereka yang sangat banyak. Tanah datar, pegunungan, dan berbagai pelosok dunia telah dipenuhi oleh mereka. Mereka menempati permukaan bumi dalam jangka waktu yang dikehendaki oleh Allah. Di antara mereka ada yang putih, hitam, merah, kuning, bercak-bercak, totol-totol, tuli, buta, menawan, jelek, kuat, lemah, perempuan, dan laki-laki. Satu sama lain kawin dan melahirkan keturunan. Mereka disebut Jin karena mereka samar, tidak kelihatan.

Setelah mereka menyesaki bumi dan dunia kian menyempit karena mereka terus bertambah, bertambah pula bencana karena mereka, maka Allah mengirimkan angin topan kepada mereka. Angin tersebut membinasakan mereka. Hanya sedikit dari mereka yang tersisa. Mereka adalah yang pertama kali membuat rumah, membelah batu, memburu burung, dan binatang liar.

Semua itu terus-menerus mereka lakukan dalam waktu yang lama. Kemudian satu sama lain di antara mereka saling berlaku aniaya: akibatnya, mereka saling berperang. Akan tetapi, perangnya bukan menggunakan senjata. Sebagian di antara mereka melenyapkan sebagian yang lain dengan memblokade rumah-rumah sehingga mereka yang terkepung binasa karena lapar dan haus.

Setelah tindakan perusakan yang dilakukan mereka kian memuncak, maka Allah mengirimkan umat yang berasal dari laut kepada mereka yang jasad-jasadnya lebih besar daripada mereka dan bentuknya lebih menakjubkan, yang disebut dengan Bin. Umat tersebut menyerbu mereka sehingga kaum Jin binasa, tidak satu pun yang tersisa.

Jin tinggal di bumi kurang lebih 500 tahun. Setelah itu, bumi dikuasai oleh Bin. Mereka menikah satu sama lain, melahirkan keturunan dan berkembang biak semakin banyak sehingga bumi kian penuh. Sebagian di antara mereka suka membenam ke bumi lapis ketujuh (menyusul : Penduduk Bumi Lapis Tujuh) dan menetap di sana untuk beberapa hari. Bagi mereka tidak ada tempat yang terhalang. Mereka adalah yang pertama kali menggali sumur, membuat sungai, dan mengalirkan air dari sumber-sumbernya dan dari laut. Mereka adalah yang pertama kali membuat mesin/roda, membangun jembatan di atas air, menangkapi ikan di lautan, dan memburu binatang-binatang liar di wilayah yang tidak berpenduduk.

Oleh karena itu, semua binatang, baik di daratan maupun di lautan, mengadukan urusan tersebut kepada Allah dan kerusakan yang disebabkan oleh mereka kian bertambah. Maka, Allah menciptakan Jan.”

Ibnu Abbas ra mengatakan, “Allah menciptakan Jan dari nyala api…” Beliau juga mengatakan bahwa Jan adalah golongan Jin laki-laki. Mereka memiliki jenis yang beraneka ragam. Di antara mereka ada yang disebut dengan Nahabir; ada juga yang disebut Nahamir. Umat ini layaknya seperti manusia, suka makan, minum, dan berketurunan. Di antara mereka ada yang Mu’min dan ada juga yang kafir. Dan nenek moyang mereka adalah Iblis yang dikutuk oleh Allah.

Diriwayatkan bahwa Allah menjadikan malaikat sebagai penghuni langit dan menjadikan Jan sebagai penghuni bumi. Setelah binatang liar dan burung mengadukan perbuatan Jin dan Bin, Allah menciptakan Jan, sebagaimana telah diceritakan. Setelah Allah menciptakan Jan, maka Dia menempatkan mereka di bumi. Setelah tinggal di bumi, mereka berperang dengan Bin. Jan terlalu kuat bagi Bin hingga mereka mampu menghancurkan Bin sampai tidak ada satu pun yang tersisa. Tinggallah Jan di bumi. Mereka menikah satu sama lain dan melahirkan keturunan sampai bumi ini penuh.

Selanjutnya, di antara mereka timbul kedengkian dan aniaya. Di antara mereka banyak terjadi pertumpahan darah. Sebagian dari mereka mengganggu sebagian lainnya. Atas kejadian ini, bumi mengadu kepada Tuhannya. Maka, ketika itu, kepada mereka Allah mengutus bala tentara malaikat. Dalam rombongan tersebut ada Iblis yang dahulunya bernama ‘Azazil. Dahulunya dia merupakan ketua malaikat. Dia bersama rombongannya mengusir Jan dari bumi. Akibatnya mereka mengungsi ke gunung-gunung dan tinggal di sana dan Iblis merampas bumi dari mereka.

Pada awalnya, si Iblis ini menyembah kepada Allah, baik di bumi maupun di langit. Akan tetapi, kemudian dia ujub dengan dirinya dan dia terasuki ketakaburan (merasa besar). Dalam keadaan demikian, Allah melihat apa yang ada di dalam hatinya, maka Zat Yang Mahaagung berfirman:

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (QS Al-Baqarah [2]: 30).

Kalimat "man yufsidu fiiha" pada penggalan kalimat diatas lebih tepat jika bukan diartikan sebagai "orang" tetapi akan lebih tepat jika dimaknai sebagai "makhluk".

Sehingga dari penggalan kisah yang diceritakan Ibnu Abbas r.a tadi, terungkap sudah Pernyataan para malaikat, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu (makhluk) yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah…”, maksudnya seperti makhluk-makhluk yang diceritakan terdahulu, yaitu Jin dan Bin. Sebab, mereka telah melakukan kerusakan di muka bumi dan menumpahkan darah.

Lalu siapakah sosok "manusia purba" yang fosil fosilnya ditemukan dan diketahui berumur ratusan juta tahun lalu? (Sumber: Syaikh Muhammad bin Ahmad bin Iyas, “Kisah Penciptaan dan Tokoh-tokoh Sepanjang Zaman” (diterjemahkan oleh Abdul Halim), Bandung: Pustaka Hidayah, Cet. I, Oktober 2002, hal. 13-72)



sumber : http://wahw33d.blogspot.com/2011/07/teka-teki-makhluk-penghuni-bumi-yang-di.html#ixzz1X5DHuOte