Saturday, 25 June 2011

Gambar Panas!!! Dunia Artis - Baju Ajaib : Apa Lebihnya Baju Ini? Yusry KRU Ada Jawapannya....


Mungkin, baju yang dipakai oleh Yusri sangat mahal harganya sehingga tak tercapai akalku. Warna & design baju dah sama, cuma partner je lain-lain.
Pengajarannya, baju lama jangan dibuang sebab ia boleh digunakan untuk tackle yang lain

Imam Muda Semakin Ke Penghujung... Akan Disiarkan Secara Langsung Dari Dewan Muktamar Pusat Islam Jab. Agama Islam WP 1 Julai Nanti

Imam Muda Hassan (kanan) dan Nazrul layak ke peringkat akhir program Imam Muda musim kedua. - Foto BRIAN MOH
KUALA LUMPUR: Dua peserta program Imam Muda musim kedua, Nazrul Izwan Zolkiflee (Nazrul), 26, dan Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza (Hassan), 26, berjaya mara ke peringkat akhir program tersebut pada 1 Julai ini.
Imam Muda 2 peringkat akhir akan disiarkan secara langsung dari Dewan Muktamar, Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, di sini pukul 9 malam.
Sementara itu, tiga peserta iaitu Mohd Fakhrurrazi Hussin (Fakhrul), 27, Ammar Wan Harun (Amar), 27, dan Mohd Azlan Zulkarnain (Azlan), 25, tersingkir di minggu kesembilan pada Jumaat.
Menurut mudir (pengetua) Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz, pemilihan Nazrul dan Hassan atas kerja keras dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang program ini berlangsung.
“Mereka mempunyai kelebihan ilmu dan latar belakang agama yang menunjukkan mereka sentiasa berada di kemuncak sepanjang tiga bulan ini.
Fahrin Ahmad menggantikan pengacara Ustaz Dzulkarnain Hamzah yang kemalangan jalan raya.
“Mereka juga mudah menerima arahan tidak mengira waktu dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas serta cabaran yang diberikan,” kata Hassan yang lebih mesra disapa ustaz ini.
Selain itu, kedua-duanya mempunyai kebolehan tambahan seperti pandai berlagu dan penuh irama apabila diuji membacakan ayat-ayat al-Quran dalam peperiksaan yang diberikan.
Pada peringkat akhir ini, mereka akan diberikan tugasan praktikal pulang ke kampung masing-masing dan mengendalikan projek sendiri yang mendatangkan manfaat kepada semua pihak.
Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, kedua-dua finalis itu akan melakukan perancangan idea dengan bantuan lapan peserta Imam Muda yang telah tersingkir.
Mudir Datuk Hassan (tengah) ketika mengumumkan keputusan di samping mursyid program tersebut.
“Mereka akan mencari dana sendiri untuk melakukan projek ini dan melihat sama ada komuniti membantu atau tidak. Jika mendapat sambutan, maknanya projek mereka berjaya.
“Kita juga akan meletakkan ‘wayang pacak’ di kedua-dua kampung finalis ini untuk menyaksikan lintas langsung peringkat akhir Imam Muda,” ujar Izelan.
Sementara itu, finalis Nazrul seakan-akan tidak percaya dengan kejayaannya melangkah ke peringkat akhir.
“Saya terima dengan reda dan yakin segala-galanya mempunyai hikmah. Saya akan pikul tanggungjawab ini sebaik mungkin.
“Sepanjang sembilan minggu, program ini banyak mengajar saya tentang kepentingan memiliki ilmu dan perlu sentiasa menambah ilmu sampai bila-bila,” ujarnya yang bakal pulang ke kampungnya di Felda Moakil, Labis, Johor.
Dalam pada itu, seorang lagi finalis Hassan sedikit fobia sebelum pengumuman itu dilakukan kerana dia pernah tersingkir dalam program Akademi Al-Quran musim keempat.
“Saya takut tersingkir lagi. Bagaimanapun perasaan tersebut bertukar menjadi terkejut dan ajaib apabila diumumkan saya layak ke peringkat akhir. Saya terus terbayangkan wajah mak dan arwah ayah serta menganggap ia seperti hadiah buat mereka.
“Apabila sampai ke peringkat ini, saya rasa sangat bersyukur dan akan berjuang sehabis baik,” katanya yang berasal dari Kampung Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak.
Dia yang kehilangan bapa sewaktu usia tujuh tahun itu bercadang untuk melakukan gotong-royong membersihkan kubur arwah bapanya.
Juara akan menerima hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.
Naib juara bakal memenangi biasiswa pakej emas di universiti yang sama, wang tunai RM20,000, pakej perabot, pakej umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.

Impian : Rumah Pertamaku...


cer tgk harga RUMAH..rumah ratusan ribu..harga makin naik dan payah nak turun..tp rumah makin lama makin kecik..ruang tamu letak je sofa da xmuat nak letak pape da..dalam bilik letak je almari dan katil terus da xad tempat nak berpijak..skang laman rumah tanam sepasu 2 dah penuh..ni permasalahan besar..!!cer tgk kalu org berkeluarga besar y ada ank 5-6 org..bilik ada 3..satu ntuk parents 2 lg kena bahagi ikut jantina..bangunan makin tinggi!!rumah makin kecik..NI KE KEMAJUAN y KERAjaan nak buat?? kalu mcm tu baik negara x maju...

kenapa gua akan boikot kedai 1 malaysia?

rasanya ramai yang dah tahu bahawa kedai 1 malaysia ni diuruskan oleh mydin holdings. ala mamak mydin anak beranak tu la siapa lagi. senang cerita memang banyak barang mydin la ye dak? cuma label je ditukar kepada lambang 1 malaysia bagi nampak konon kononnya rakyat didahulukan. dengarnya seluar dalam 1 malaysia pun ada dijual! peh..


berikut antara komen pengunjung dan pekerja, dipetik dari malaysiakini

"Harga boleh tahanlah rendah cuma produk terhad. Dari segi bungkusan memang menarik, tapi kualiti tidak tahulah" - Zafirul

"Mesti mahu cuba dahulu. Harga bolehlah (murah). Mesti tengok kualiti dia (barangan) baru boleh cakap. Mesti mahu cuba kualiti dahulu baru boleh tahu boleh datang lagi ke tidak" - Alice

"Kedai 1 Malaysia terpaksa 'meminjam' kakitangan daripada syarikat Mydin Mohamed Holdings Bhd yang mengendalikan kedai berkenaan" - Nuriah, pekerja kedai

"Harga barangan yang tidak berjenama 1Malaysia tetap dijual dengan harga sama seperti di kedai lain" - Angeline

* * * * * * *

rata rata, ramai yang masih ragu ragu dengan tahap kualiti barang murah berjenama 1malaysia tersebut. ye la, kalau melibatkan makanan mesti la kualiti diutamakan. tapi pada gua, kalau dah namanya mydin, memang gua tak berapa percaya la kualiti dia. terus terang cakap punya. lagipun bukan pengalaman seminggu dua, ini pengalaman peribadi yang dah masuk berbelas tahun! kalau google mydin punya tahap kualiti memang silap silap terus geleng kepala taknak pergi mydin. kah kah kah!

berikut antara komen forumer terhadap kualiti barangan mydin, dipetik dari forum cari.com.my

jgn beli barang elektrik atau part-part elektrik yang kecik-kecik tu....hampeh semacam....ader ke beli starter lampu ...dibungkus 3 dan berharga RM 2.00....setiap satu tahan seminggu ajer...heheheheh....3 starter cuma tahan 3 minggu ajer....padan ngan muka aku - forumer A


jgn sesekali beli Jam kat Mydin...bukan setakat hampeh...tapi taraf hancus.... - forumer B

Ari tu, ingat nk beli Olay Total Effect kt Mydin sbb murah. Hubby beria2 tak bagi! Kata dia, nk beli menda lain tak per but klau menda2 kosmetik, brg elektrik, menda2 makan (jamu, ect), Mydin is not the place! - forumer C

* * * * * * *

gua ni bukanla nak mengajak orang ramai boikot mydin dan kedai 1 malaysia ni. itu hak kebebasan beli belah masing masing.