Gelisah hati Khalifah Yazid ketika itu, semua ulama di Baghdad ditewaskan dalam perdebatan
dengan utusan maharaja Rom. Buntu memikirkan maruah Islam yang bakal tercalar di
mata dunia. Harapannya bersandar kepada Imam Hammad bin Abi Sulaiman Asyaari, semoga
mengajar Dahri, utusan Maharaja Rom itu.
Kesanggupan Imam Hammad yang pada mulanya menolak untuk berdebat dengan Dahri merupakan
berita gembira kepada Khalifah Yazid. Baginda juga menetapkan majlis debat itu diadakan di
Masjid Baghdad supaya orang ramai dapat mengikutinya.
Imam Hammad pula berasa susah hati. Mulutnya tidak lekang daripada mengucapkan zikir sambil
berdoa memohon petunjuk bagi menghadapi masalah yang melanda umat Islam ketika itu.
Keesokan harinya selepas solat Subuh, Imam Hammad bermuzakarah dengan anak-anak muridnya.
Beliau melahirkan rasa dukacita kerana masih belum mendapat ilham menghadapi lelaki bernama Dahri
itu.
“Malam tadi saya bermimpi berada di sebuah dusun buah-buahan yang begitu indah. Di sana saya
melihat ada sepohon kayu rendang dan lebat buahnya. Tiba-tiba muncul seekor khinzir lalu memakan
buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Bukan setakat buah,keseluruhan pokok itu musnah
kecuali batangnya. Kemudian muncul seekor harimau lalu menerkam khinzir itu,” kata Imam Hammad
sambil menyatakan rasa peliknya mengenai mimpi itu.
“Tuan, izinkan saya menafsirkan mimpi itu,” tiba-tiba seorang pemuda mencelah.
“Dipersilakan,” kata Imam Hammad.
“Menurut tafsiran saya, dusun yang luas dan indah itu adalah agama Islam itu sendiri. Pokok yang
berbuah lebat itu adalah sekelian ulama pada hari ini. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal
adalah diri tuan sendiri. Khinzir yang merosakkan pula adalah si Dahri. Harimau yang keluar
membunuh khinzir itu adalah saya, maka izinkan saya untuk memadam kesombongan Dahri.
InsyaAllah, saya dapat mengalahkannya,” sahut pemuda itu.
Imam Hammad gembira mendengar kata-kata anak muda yang paling disayanginya itu. Dia yakin
dengan kemampuan anak muda tersebut. Maka dikhabarkanlah kepada Khalifah Yazid akan
hal berkenaan.
Pada mulanya Khalifah Yazid ragu-ragu memandangkan umurnya yang masih muda. Tetapi Imam
Hammad meyakinkan baginda bahawa beliau mempunyai ilmu yang tinggi. Akhirnya Khalifah
Yazid bersetuju.
******************************
Hari yang ditetapkan telah tiba. Ramai orang berkumpul di masjid Baghdad demi menyaksikan
perdebatan itu. Khalifah Yazid juga telah berada di sana dengan harapan Dahri tewas di tangan Imam
muda dari Kufah.
Seperti majlis debat sebelumnya, Dahri bangun dan naik ke mimbar masjid kemudian dengan
berucap dengan suara tinggi
“Mereka menuduh aku tiada pegangan agama kerana tidak percaya wujudnya tuhan. Memang
benar pernyataan itu. Kerana itu aku mencabar para ulama untuk berdebat dengan aku,
Dahri yang bijaksana.
Maka pemuda itu bangun lalu berkata “Wahai lelaki yang sombong, orang yang tahu jawapannya pasti
dapat menjawab persoalan kamu.”
Suara itu mengejutkan Dahri dan orang ramai yang berada di sana. Matanya memandang tajam ke
arah anak muda tersebut.
“Anak muda yang masih hingusan, jangan masuk campur urusan orang-orang tua. Telah 40 orang ulama
aku tewaskan, dan aku akan cabar semua ulama agar tunduk denganku,” tempelak Dahri sambil
bercekak pinggang.
“Wahai Dahri yang sombong dan tidak percaya tuhan, dengan izin Allah, saya akan menjawab
segala persoalan kamu!” kata pemuda tersebut.
“Siapa kamu? Sedangkan ulama-ulama berserban besar, berjubah labuh sudah aku kalahkan, inikan
pula pemuda hingusan!” lantang Dahri membidas anak muda tersebut.
“Wahai Dahri anak didik Maharaja Rom, bukankah Maharaja Rom sendiri mempercayai tuhan?
Untuk apa dia menghantar kamu ke mari?” soal pemuda tersebut pula.
Aku diperintahkan bagi mencabar ulama-ulama Islam supaya berdebat dengan aku. Selepas semua
ulama aku tewaskan, baru aku pulang. Maharaja Rom akan meraikan kejayaan itu dengan
memakaikan mahkota di atas kepalaku,” jawab Dahri.
“Sekiranya kamu kalah, apa hukumannya?” tanya pemuda itu lagi.
“Aku tidak akan kalah kerana tiada satu pun manusia di muka bumi ini akan dapat menjawab
soalanku itu,” balas Dahri dengan angkuh.
“Pada hari ini, kamu akan saya kalahkan. Kamu akan menjadi hina dina sekembalinya kamu nanti,”
kata pemuda tersebut.
“Siapa nama kamu wahai anak muda?” Soal Dahri.
“Nama sebenar saya Nukman, dan saya akan berdebat dengan kamu hari ini sambil orang ramai
termasuk Khalifah akan menyaksikannya,” jawab pemuda tersebut.
“Huh, janganlah kamu bermimpi mengalahkanku. Sedangkan mereka yang berserban malah
berjubah pun telah ku kalahkan,” kata Dahri dengan bongkaknya.
“Ketahuilah Dahri, Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban dan jubah
labuh, tetapi Dia mengurniakan kemuliaan kepada orang yang bertakwa,” kata pemuda itu
sambil membacakan ayat ke 11 surah al-Mujaadalah yang bermaksud
“Allah meninggikan darjat orang beriman dan berilmu dengan beberapa darjat.”
Dahri segera menutup telinga kerana tidak suka mendengar ayat-ayat suci al-Quran dibacakan.
“Anak muda yang petah bercakap, kamu membuat aku marah dan memaksa aku menyahut cabaran
kamu. Sekiranya kamu kalah, mahukah kamu menjadi khadam aku?” tanya Dahri dengan marah.
“Saya tidak mahu bertaruh kerana agama saya tidak membenarkannya. Tetapi sekiranya kamu
kalah, mahukah kamu berjanji pulang ke negeri Rom dan jangan menjejakkan kaki kamu ke sini lagi?”
jawab pemuda itu.
“Aku setuju dengan permintaan kamu itu. Aku juga akan meminta persetujuan khalifah, sekiranya
kamu kalah, kamu akan menjadi khadam aku,” balas Dahri, dan debat pun bermula antara mereka.
“Soalanku yang pertama, benarkah Allah itu wujud?” soal Dahri memulakan majlis dialog itu.
“Sesungguhnya, Allah itu wujud,” tegas pemuda itu.
“Sekiranya benar, bila dia dilahirkan?” soal Dahri sambil tersenyum, soalan itu yang membuatkan
ramai ulama terkelu lidah.
“Allah tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan. Dia yang pertama, dan Dia juga yang terakhir,
tidak ada sesuatu sebelumnya mahupun selepasnya,” jawab pemuda itu.
Mustahil tiada yang mendahului, dan kemudian darinya. Buktikan dengan contoh kepadaku,” balas Dahri.
Imam muda itu menunjukkan lima jari tapak tangannya lalu berkata “Cuba kamu lihat ibu jari ini, adakah
jari sebelumnya? Cuba lihat pula jari kelingking ini, adakah jari selepasnya?
Sekiranya jari tuhan boleh buat begitu, apatah lagi diriNya.”
Sekiranya begitu, pada tahun berapakah tuhan lahir?” soal Dahri lagi.
“Sama seperti yang ku rungkaikan tadi. Sebelum masa dan tarikh dicipta, Allah terlebih dahulu
wujud. Kewujudannya tidak terikat oleh masa dan tarikh,” jawab pemuda tersebut.
“Berikan buktinya,” pinta Dahri.
“Adakah kamu tahu ilmu mengira?” tanya Imam muda tersebut.
“Sejak kecil aku sudah mengenal angka,” jawab Dahri
“Apakah angka sebelum satu?”
“Kosong atau tiada..”
“Sekiranya angka satu itu tiada sebelumnya, mengapa kamu hairan Allah yang Maha Satu itu tidak
ada yang mendahuluinya?”
Dahri terkesima kerana anak muda yang dianggap hingusan itu mudah mematahkan hujahnya.
Namun, dia tidak mahu mengaku kalah lalu terus bertanya,
“Sekiranya Allah itu wujud kata
kamu, dimanakah tuhan itu berada kerana setiap yang wujud pasti ada tempatnya?”
“Maha suci Allah yang tetap wujud tetapi tidak mempunyai tempat!” Jelas pemuda itu.
“Bukankah setiap yang wujud pasti ada tempatnya? Lihat pohon kayu itu tempatnya di atas tanah.
Manusia wujud di muka bumi. Ikan itu wujud tempatnya di dalam air. Setiap yang wujud
pasti ada tempatnya,” bantah Dahri sambil tersenyum sinis.
Soalan Keempat
Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam
Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam
keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan
kamu mengadap?”
Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang
Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang
gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”
Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”
Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan
Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”
Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan
pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”
Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum
Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum
mereka dengan kepetahan anak muda itu.
Soalan Kelima
Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras
Soalan Kelima
Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras
seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”
Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan.
Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan.
Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran
apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.
Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”
Atheis menjawab: “Tentu sekali.”
Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”
Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”
Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun

selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang
terjadi sebenarnya?”
Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan
Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan
kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”
Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa
Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa
rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku
sekarang, bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir
lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”
Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut.
Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut.
Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.
Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat
Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat
mengetahui bagaimana bentuknya.”
Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu
Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu
untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan
bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”
Soalan Keenam
Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”
Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu
Soalan Keenam
Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”
Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu
sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan?
Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”
Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan
Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan
lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”
Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan
Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan
aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu
ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku
pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”
Soalan Ketujuh
Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab
Soalan Ketujuh
Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab
oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka
tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”
Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu
Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu
lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan
kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”
Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.
Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan
Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.
Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan
jawapan. Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk
menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan
mata kepala kamu.”
Soalan Kelapan
Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu
Soalan Kelapan
Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu
tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang
tidak masuk akal.”
Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya
Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya
pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita
juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di
dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”
Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.
Soalan Kesembilan
Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka

telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang
dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”
Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah
Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah
kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di
bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”
Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat.
Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat.
Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.
Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi
Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi
apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang
Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan
kelompok Atheis tersebut ke bawah).”
Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya
Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya
telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.
Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang
Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang
seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita. Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man
bin Thaabit r.a serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang amsih
hidup atau yang telah wafat.
*******************************
No comments:
Post a Comment