Beberapa keterangan ringkas mengenai youtube
Mungkin antara anda belum mengetahui tentang fakta dan sejarah mengenai youtube
YouTube adalah sebuah laman web perkongsian video yang paling popular saat ini. Para pengguna boleh memuatkan, menonton, dan berkongsi klip video secara percuma. Secara amnya, video-video di YouTube adalah klip muzik, filem, TV, serta video yang dihasilkan oleh para pengguna sendiri. Format yang digunakan video-video di YouTube adalah .flv yang boleh dimainkan pada pelayar web yang mempunyai plugin Flash Player.
1. Youtube ditubuhkan pada bulan februari 2005 oleh 3 orang bekas pekerja PayPal, iaitu Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim.
2. Pada awalnya pejabat pusat Youtube terletak di tingkat atas sebuah restoran Pizza dan Restoran Jepun di San Mateo, California.
3. Video awal yang pertama kali di muat naik di Youtube bertajuk Me at The Zoo, memaparkan Jawed Karim di kebun binatang San Diego. Sehingga kini, video tersebut masih dapat disaksikan di youtube.
4. Youtube melancarkan Beta test pada bulan Mei 2005, 6 bulan sebelum pelancaran rasmi yang dibuat pada bulan November 2005.
5. Pada bulan Julai 2006 atau 8 bulan selepas dirasmikan, lebih 65,000 video baru di muat naik ke laman web Youtube setiap hari, dengan 100 juta penonton setiap hari.
6. Pemilihan nama www.youtube.com telah mengakibatkan masalah bagi sebuah laman yang miripnya iaitu www.utube.com. Pemilik laman web, Universal Tube & Rollform Equipment, mengemukakan tuntutan terhadap YouTube pada November 2006 setelah mengalami lebihan bebanan secara teratur yang diakibatkan oleh pelawat yang tersalah masuk kerana mencari laman YouTube.
7. Pada bulan Oktober 2006, Google Inc. membeli Youtube bernilai USD 1.65 bilion
8. Pada tahun 2007 Youtube telah menggunakan Bandwidth menyamai besarnya Bandwidth keseluruhan internet di dunia pada tahun 2000.
9. Pada bulan Jun 2008 majalah Forbes melaporkan bahawa pendapatan Youtube pada tahun 2008 dianggarkan mencapai USD 200 juta.
10. Pada tahun 2008 Youtube mendapat penghargaan George Foster Peabody Award dan kerana telah menjadi Speakers Corners dan turut berjasa dalam pembangunan demokrasi dan kebebasan bersuara.
11. Sehingga kini Youtube menjadi penyedia laman talian Video paling dominan di Amerika Syarikat, malah mungkin di dunia, dengan menguasai 43 peratus daripada pasaran. Dianggarkan lebih 20 Jam tempoh video di upload ke Youtube setiap minit dengan 6 bilion penonton setiap hari.