Friday, 8 July 2011

Menempuhi Ujian-NYA



Assalamu'alaikum w.b.t. Dalam pada kita menempuhi hari-hari dalam kehidupan ini, kita seringkali terlupa adanya Yang Maha Pencipta bersama kita. Namun sedarkah kita bahawa Dia walau sesaat pun tak lepas pandanganNya pada kita? Hidayah, nikmat dan rahmat diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Lebih kuat iman seseorang itu, lebih kuat juga dugaan dan ujian yang diberikan-Nya.


Kenapa diri ini diuji?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.
  • Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa sesuatu perkara tak seperti yang diinginkan?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
  • Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa ujian seberat ini?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. 
  • Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa tertekan?

Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.
  • Surah Al-Imran ayat 139

Bagaimana menghadapinya ?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
  • Surah Al-Imran ayat 200Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
  • Surah Al-Baqarah ayat 45

Hikmah ujian?

Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka...
  • Surah At-Taubah ayat 111

Kepada siapa kita berharap?

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.
  • Surah At-Taubah ayat 129

"Aku Tak Tahan"!
  
..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.
  • Surah Yusuf ayat 12, 87

Seni Botani

Tanaman yang mengagumkan, boleh dijadikan ubat-ubatan, makanan, udara, bahan bangunan, perabot dan seni. Tetapi ada juga tanaman yang hidupnya membentuk menjadi jambatan, meja, tangga, kerusi, patung, bahkan bangunan. Disebut sebagai seni botani.



nampaknya konsep ini kembali ke zaman prasejarah. Mungkin contoh tertua adalah jambatan hidup yang di beri nama " Cherra Punjee " di India. Di kedalaman timur laut India, dimana tempat itu adalah tempat paling basah di bumi. Tidak ada jambatan yang dibangunkan disitu.



Root Bridges of India
Tumbuh dari akar pohon lobak.




ketika jambatan sampai di bibir sungai , maka akarnya pun tembus ke dalam tanah dan memerlukan waktu yang lama untuk menjadi kukuh. Secara semulajadi, wujudlah jambatan itu. Root Bridges memiliki panjang lebih dari 100 kaki, memakan waktu 10 hingga 15 tahun untuk dimanfaatkan sepenuhnya sebagai jambatan. kekuatannya boleh menahan beban 50 orang dewasa atau lebih.




Salah satu yang paling Unik dari akar Cherrapunjee adalah

" Double-Decker Umshiang Root Bridge "





Jembatan ini dari waktu ke waktu akar nya semakin kukuh. Masih ada dan di gunakan sehari hari oleh penduduk sekitar Cherrapunjee. dijangka sudah digunakan lebih dari 500 tahun

The Chair That Grew

Pada tahun 1903 , Krubsack memuji ahli kayu yang telah membuat 'beechwood' sebuah kerusi. Krubsack mengatakan yang suatu hari kelak akan tumbuh perabot yang lebih baik dan kuat dari perabot yang di buat oleh tangan manusia. Lima belas tahun lamanya, dia membuat perabot yang setiap sendi di kursinya di buat oleh tumbuhan itu sendiri.



Meskipun ramai yang menawarkan supaya kerusinya terkenal, Krubsack menolak untuk menjual. kerusi ini boleh dilihat di pintu masuk Noritge Furniture.


6 kisah pelik HAKIM

1) Hakim AS memenjarakan seorang lelaki kerana menguap di mahkamah
Circuit Judge Rozak Daniel menjatuhkan hukuman ke atas  Clifton Williams iaitu penjara enam bulan kerana telah menguap dengan kuat semasa prosedur mahkamah berlangsung.





2) Hakim yang menggunakan pita untuk  menutup mulut defendan yang bising
Hakim Mahkamah Perbandaran Stephen Belden bosan dengan gangguan yang berulang-ulang dari suspek rompakan lalu dia mengarahkan timbalannya untuk meletakkan pita di mulut defendan itu untuk menutup mulutnya yg bising




3) Hakim yang menjatuhkan hukuman melalui telefon kerana defendan lewat ke mahkamah
Aftab Ahmed, 41, yang terperangkap dalam lalu lintas selama dua jam dalam perjalanan ke mahkamah dijatuhkan hukuman oleh hakim melalui telefon bimbit.
Hakim Caroline Ludlow memutuskan untuk meneruskan prosedur mahkamah kerana dia mempunyai diari tugas yang penuh pada hari itu dan terpaksa duduk di mahkamah daerah untuk tugas lain pada hari itu.
Dia tidak mahu menanggung lebih banyak kos meneruskan kes itu pada masa yg lain.





4) Hakim yang memenjara pekerja sendiri kerana menaip terlalu perlahan
Circuit Judge, Charles Greene menghantar Ann Margaret Smith ke penjara kerana dianggap menghina mahkamah di Fort Lauderdale, Florida, selepas dia gagal menyelesaikan taipan transkrip yang diperlukan untuk perbicaraan mendengar rayuan bagi perogol yang disabitkan.





5) Hakim yang dipecat kerana memenjarakan semua 46 orang yang hadir di mahkamah
Hakim Robert Restaino, Niagara Falls, New York, telah dipecat kerana menahan 46 orang yang hadir ke mahkamah selepas tiada seorang pun daripada mereka yang mengaku memiliki telefon bimbit yang berbunyi semasa sesi mahkamah itu.

'Every single person is going to jail in this courtroom unless I get that instrument now. If anybody believes I'm kidding, ask some of the folks that have been here for a while. You are all going."'

Apabila tiada siapa yang tampil, hakim itu mengarahkan kumpulan itu diambil oleh polis penjara, di mana mereka diperiksa setiap seorang dan dimasukkan ke dalam sel yang sesak.





6) Hakim yang menyaman bandar $ 1 juta selepas tergelincir di mahkamah
Mahkamah Agung Keadilan Jack Battaglia, hakim New York menyaman bandar AS $ 1 juta (£ 500,000) selepas tergelincir di atas lantai yang baru di mop dalam mahkamah.Tulang lututnya patah dalam kemalangan tersebut.

Doa Pembuka 12 Pintu

Jangan pelik dengan tajuk doa itu, doa ini aku peroleh dari Dato Fazilah Kamsah. Doa ini menurutnya bagi memohon agar dimudahkan segala urusan kita pada hari berkenaan. Siapa yang belum bertemu jodoh, yang inginkan keberkatan hidupnya setiap hari, digalakkan untuk membaca doa ini setiap hari apabila hendak keluar dari rumah. Dan jadikanlah doa ini amalan harian. Doanya adalah;



Yakinkan dalam hati apa yang anda inginkan. Insya-Allah akan berhasil hajatnya. Paling penting sekali, moga mendapat rahmat dan keberkatannya setiap hari. Amiin. :)

Isra' Mikraj, Kisah Langit dan Bumi




 Bangganya Bumi kepada Langit

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah s.w.t. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain." Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, ‘arasy, kursi dan syurga ada padaku."

Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah s.w.t. seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari’atnya juga di tempatku."

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah s.w.t. dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah s.w.t. mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah s.w.t. memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau ‘Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini." Jibrail a.s.bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"



Buraq yang membawa Rasulullah s.a.w

Allah s.w.t. berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu." Kemudian Jibrail a.s. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail a.s.terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail a.s. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan." Berkata Jibrail a.s., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu." Kemudian Jibrail a.s.memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. Wallahu’alam.

Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan Israk dan Mikraj.



sumber : lembaran ilmu - Ditulis oleh Kapt Ir Dr Kategori: IS-Sirah Islamiah, IS-Tahukah Anda, ISLAM

Kisah Seram..


Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.
Ia nya diceritakan oleh Umar kepada penulis untuk pedoman semua
pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut.
...Seorang lelaki yang bernama Sokri (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga
nama baik keluarga tersebut). Sokri adalah seorang bomoh di kampung
tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana
setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau
akan berjaya.

Satu hari di waktu senja ada seorang budak melalui rumah Sokri budak itu
adalah Umar pencerita kisah ini. Umar terdengar seseorang sedang
bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya
sebelum ini.

Umar cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau
melihat Sokri bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Umar tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Umar cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Umar dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Sokri tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk
itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.
Tiba-tiba Umar melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Umar terus melarikan diri.

Sampai saja di rumah Umar terus menemui bapanya dan menceritakan
kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Sokri. Bapanya mengatakan bahawa Sokri menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan
menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Umar berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya
seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya
tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Umar terus masuk
tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau
bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak
matanya berasa amat berat sekali.

Umar cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat
dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.
Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Umar membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan
mendengar orang menyebut nama Sokri. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya
bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Umar melihat bapanya berjalan
diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya
bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh Umar bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Sokri. Umar terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Umar melihat orang sedang menggali
kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Umar
berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.
Umar melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang
berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat sekujur bentuk tubuh seperti seekor anak gajah di dalam kubur Tadi, setelah diteliti maka sahlah sebenarnya didalam kubur yang akan disemadikan jenazah Si Sokri tadi terdapatnya……

SEKETUL UBI GAJAH yang sangat besar. Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi Umar di talian bebas tol :
1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai
perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI …… UBI… SAPER NAK
BELI UBIIIII..??????....

Kelebihan air kelapa

1. Air kelapa ternyata lebih berkhasiat dari susu kerana tidak mengandung kolesterol & rendah lemak.

2. Air kelapa dapat memperbaiki saluran darah dan dikenalpasti mampu membersihkan saluran pencernaan.

3. Air kelapa tidak hanya akan membuat sistem kekebalan tubuh anda lebih baik, tetapi juga membantu tubuh melawan beberapa jenis virus penyebab penyakit.

4. Jika anda menghidap penyakit batu karang, biasakanlah meminum air kelapa secara rutin. Kebiasaan meminum air kelapa akan mambantu memecah batu karang & memudahkan mereka keluar dari tubuh.

5. Air kelapa juga dikenalpasti sejak dahulu dapat menyembuhkan gangguan saluran kencing ? Segelas air kelapa akan meredakan rasa sakit akibat susah kencing.

6. Jika anda masih merasa pening, tak ada yang boleh memulihkannya dengan cepat selain meminum air kelapa.

7. Air kelapa yang rasanya lembut sangat kaya akan elektrolit & potassium. Potassium dapat membantu tubuh mengatur tekanan darah & fungsi organ jantung.

8. Air kelapa dapat menurunkan demam.



[Lawak]Typical Scenes Dalam Movie Yang Tiada Dalam Kehidupan Sebenar!!!

Korang mesti penah tengok scenes macam gambar dibawah ni dalam mane2 movie yang korang tengok kan.. Tapi kat dunia sebenar takkan terjadi pon.. Korang tengok la sendri... 









Amacam? Setuju tak?? Hehe

LIGHTER LAMA JANGAN DIBUANG

















Makna Di Sebalik "Jenis-jenis Rambut anda"


01) RAMBUT LURUS
- bijak- seorang yang happy
- bergaya
- cemburu
- pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

02) RAMBUT KERINTING TEBAL
- kurang bijak
- degil
- cemburu kuat
- romantic
- banyak pergaulan
- susah dalam menyelesaikan masalah diri
- tidak suka termenung

03) RAMBUT KERENTING NEGRO
- bijak
- ego
- cemburu buta
- romantic
- memilih
- mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

04) RAMBUT IKAL MAYANG
- bijak
- berfikir sebelum melakukan sesuatu
- berfikiran terbuka
- banyak pergaulan
- mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu

05) RAMBUT HALUS/LEMBUT
- bijak sangat
- memilih
- pemaaf
- manja
- tegas
- cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh

06) RAMBUT SIKIT
- bijak- sentiasa berfikiran negatif pada seseorang
- ego
- pandai membuka perniagaan walaupun kecil

07) RAMBUT PERANG
- kurang bijak
- berfikiran terbuka
- pemaaf
- sosial
- bijak lari daripada masalah

08) RAMBUT TEBAL
- bijak
- degil
- cemburu
- romantic
- kasar
- banyak kawan
- pandai mengambil hati seseorang

09) RAMBUT KUSUT
- sangat bijak
- berfikiran terbuka
- banyak pergaulan
- garang
- susah nak memaafkan seseorang
- pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan
- (kalu nak nampak bijak mcm empunya pesen rambut gini.... usaha kasik kusut rambut korang.. )

10) RAMBUT BERUBAN
- kurang bijak
- suka termenung
- social sikit
- berfikiran terbuka
- pandai selesaikan masalah diri

11)TIADA RAMBUT
- (Botak)
- kesian.. hahahaha