Wednesday, 21 September 2011

Apa Itu Ginco?

Apa itu Ginco? Ini bukanlah nama saitifik untuk minuman Cincau!

"Ginco" dalam bahasa Negeri Sembilan bermaksud "Gaul". Hanya org Nismilan tulen tau apo makno ginco ni.


Cth ayat. "Ginco lauk itu dengan nasinya" maksudnya lebih kurang begini "Gaul lauk itu dengan nasinya". 
Memang kegemaran aku klu mkn ginco sumo lauk yg ado dlm pinggan. Klu ada rendang ko dlm pinggan tu, sambal ko, den x kiro, ginco totap ginco. klu x ginco raso mcm xpueh mkn. Klu mkn nasik lemak, sambal tu kena ginco sebati dongan nasik, baru pueh mkn...Mmg kadang2 org polik tgk skit tgk style aku mkn, mcm mamak skit. Bini aku pelik tgk. tp sbb style aku mkn, ramai yg tetibo plak selero nk mkn wlupn seblm tu kata dh kenyang.

So kengkawan, tambah 1 lg perbendaharaan kata korang dlm hidup ni..

10 Tabiat Mudah Menabung

1. Berhenti merokokKatakan sekotak rokok ialah RM10. Jika seminggu anda menghisap dua kotak rokok, bermakna anda telah jimat RM20 seminggu.

2. Bawa bekal makanan ke tempat kerja
Sehari RM6, didarab dengan 5 hari bekerja anda sudahpun jimat RM30.

3. Cuci kereta sendiri
Selain sebagai riadah bersama keluarga, anda dapat menjimatkan caj cuci kereta RM10-RM15 sekali cuci.

4. Beriadah di rumah
Menjadi tabiat sesetengah orang kita yang berdaftar di gym dan kelab kesihatan untuk bersenam. Anda boleh beriadah di rumah bersama keluarga sebagai alternatif.

5. Bayar bil kad kredit pada masanyaElakkan caj faedah atau denda lewat dengan membayar bil kad kredit pada masanya.

6. Ajar anak anda sendiri
Habiskan masa berkualiti bersama anak anak dengan menjadi guru tuisyen kepada mereka.

7. Lepak di gerai Mamak berbanding restoran
Ubah gaya hidup dengan melepak di gerai Mamak berbanding ke restoran makanan segera seperti Starbucks, McDonalds atau KFC yang makanannya mahal.

8. Kurangkan penggunaan elektrik
Elakkan pembaziran dengan menghadkan penggunaan penghawa dingin dan matikan alat elektrik yang tidak digunakan.

9. Rancang pembelian barangan dapur
Ikut senarai beli belah untuk elak membeli barangan yang tidak diperlukan

10. Bayar bil dengan perbankan Internet
Gunakan perbankan Internet untuk membayar bil dan anda dapat menjimatkan belanja petrol ke pejabat pos atau TM Point.

7 jenis wajah mayat di dalam kubur

MOGA CATATAN INI MENDATANGKAN KEINSAFAN

( 1) Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan syirik kepada Allah. Dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

( 2) Mayat yang mukanya berbentuk babi.
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu serta lalai dalam solatnya.
sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

( 3 ) Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.Itulah mayat yang hidupnya derhaka kepada kedua ibu bapa.

( 4 ) Mayat yang perutnya buncit dan meletup.
Itulah mayat semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

( 5 )Mayat yang kukunya mencengkam dan melilit seluruh tubuhnya.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi mengata dan mengumpat orang.

( 6 )Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai.
Itulah mayat orang yang suka makan riba.

( 7 )Mayat yang wajahnya tersenyum,
itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.