Elok kita renungkan maksud Ayat-Ayat berikut. Ada banyak Ayat-Ayat Al-Qur'an yang menyebut
mengenai matahari, bulan, bintang, awan, angkasa dsb.:
[0885] Al-An’am 6:96. Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar) dan
[0885] Al-An’am 6:96. Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar) dan
yang menjadikan malam untuk tinggal berehat dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira
waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa,
lagi Maha Mengetahui.
[1369] Yunus 10:5. Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-
[1369] Yunus 10:5. Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-
tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa.
Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar.
Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu
mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).
[1783] Ibrahim 14:33. Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.
[1913] An-Nahl 16:12. Dan Dia memudahkan bagi kamu malam dan siang dan matahari serta bulan

dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya
yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang
mahu memahaminya.
[2516] Al-Anbiya’ 21:33. Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari
[2516] Al-Anbiya’ 21:33. Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari
dan bulan, tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).
[2613] Al-Hajj 22:18. Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi
[2613] Al-Hajj 22:18. Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi
tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan dan bintang-bintang
dan gunung-ganang dan pokok-pokok kayu dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari
manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya
dan maksiatnya) dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka dia tidak akan beroleh
sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.
[2916] Al-Furqan 25:61. Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat
[2916] Al-Furqan 25:61. Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat
peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi.
[3401] Al-’Ankabut 29:61. Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada
[3401] Al-’Ankabut 29:61. Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada
mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan yang memudahkan matahari
dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?
[3498] Luqman 31:29. Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang
[3498] Luqman 31:29. Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang
dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia memudahkan matahari dan bulan
(untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang
telah ditetapkan dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang
kamu lakukan.
[3673] Fatir 35:13. Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam
[3673] Fatir 35:13. Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam
(silih berganti) dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan, tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan, sedang mereka yang kamu sembah (yang lain dari Allah) tidak
mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.
[3744] Yasin 36:39. Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di
[3744] Yasin 36:39. Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di
akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti
tandan yang kering.
Semoga Allah SWT merahmati kita semua
Semoga Allah SWT merahmati kita semua
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete