Friday, 14 October 2011
Antara Peranan Jahat Syaitan
Mengikut kajian ulama, syaitan adalah jenis jin yang jahat perangainya. Syaitan berasal daripada
api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam
badan orang yang disukainya.
Selain mendatangkan punca penyakit, pengsan dan gila, jin juga kadangkala mencuri atau dipakai
untuk mencuri barangan orang.
Dalam ajaran Islam kita dapat mengesan bahawa malaikat, jin dan syaitan mempunyai jalan untuk mempengaruhi manusia supaya melakukan kebaikan atau sebaliknya.
Mengikut sebuah hadis Turmizi, “Malaikat menggunakan jalan itu untuk meniupkan ilham yang baik
maka syaitan pula menyampaikan bisikan jahat dan mendustakan Allah…”
Orang yang bersih jiwanya dapat mendengar suara ilham yang disampaikan oleh pelawat di hadrat hati.
Oleh itu, orang berkenaan berasa lapang dada dan terdorong untuk beramal. Malah ilham sendiri
menjadi faktor penting jiwanya berasa gembira. Orang yang kotor jiwanya didatangi oleh jin atau
syaitan. Malah mengikut surah al-Zukhruf ayat 36, Allah menyediakan satu syaitan secara tetap dalam
hati yang kosong daripada zikir.
Syaitan itu menjadi sahabat karibnya. Surah Fussilat ayat 25 menghuraikan kerja syaitan berkenaan
iaitu membisikkan kata-kata manis dan menghayalkan.
Sesungguhnya hasutan syaitan, jin atau roh jahat ke atas fizikal dan rohaniah manusia jelas sekali.
Hasutan itu masuk ke dalam diri mereka menerusi pelbagai jalan. Antara yang paling dahsyat dan ganas
ialah dengan renungan rohani ketika oarng yang berniat buruk mengamalkan jampi mentera atau sihir
untuk tujuan tertentu terutamanya untuk merosakkan orang yang dibencinya.
Inilah antara rahsia ( dan Allah Maha Mengetahui ) mengapa syirik disifatkan sebagai dosa besar oleh
Allah. Kerja seperti ini merosakkan kedua-dua pihak. Pengamal sihir rosak imannya, manakala
mangsanya pula rosak iman, anggota dan mentalnya.
JIN
Makna Jin: Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang Jin. Antaranya :-
Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk
dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas.
Surah Ar-Rahman ayat 15 :Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan
api ( Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij )
Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api
sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.
Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a: Maksudnya : " Malaikat
diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu
yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah).
ASAL KEJADIAN JIN
Keterangan "Al-Maarij "
Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau
" Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah,
hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang
sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam,
kuning dan biru.
Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan
sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.
Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula menyatakan bahawa angin
Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.
Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau
daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka
jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah
menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali
rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.
Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan
oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu,
hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa,
tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.
Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf
iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan
"Latifatur-Rabbaniah " sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan
Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai
dan sepadan dengan kejadian Jin.
Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut,
contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja.
Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala
Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata.
CARA PEMBIAKAN JIN
Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan
anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh.
Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin
perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru
lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat.
Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor.
Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila
menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah
proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.
Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib
pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari
kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama
Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa
perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin.
Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah " Jaan "
yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman.
Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang
kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang
kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah.
AGAMA PUAK-PUAK JIN
Jin Juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak
soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim,ada
yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak.
Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini
kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin
yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika
di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin.
Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan
yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada
Jin Islam yang bertaraf awam sahaja , Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam
yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.
Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas
serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur,
riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.
Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa " sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat
manusia yang fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.
Golongan Jin Islam yang awam dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan
berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu
bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang
Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang
kepada mereka untuk bersahabat.
RUPA BENTUK JIN
Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu
mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin
menyerupai manusia.
Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk
tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna,
iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin
Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang
soleh pula mempunyai rupa paras yang elok.
Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat.
Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir
seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh
di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan
manusia.
Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah
semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan,
di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun
baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin.
Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan
Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih
mengetahuinya.
Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di
antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin,
sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi ,
tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.
Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah
apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis.
Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada
Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
" Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka
tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah
nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah
( ketika menutupnya ) "
Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan
sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki
dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.
MELIHAT JIN
Pada prinsipnya Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh manusia dalam bentuk
yang asal sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh
di lihat dalam rupa bentuk yang diingininya.
Jin juga boleh di lihat oleh manusia dalam keadaan sihir atau ketika meminum air sihir atau
melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk memperlihatkan dirinya kepada manusia.
Di dunia semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-
Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di
akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang
Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia.
Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah kemampuannya untuk mengubah
dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa. Contohnya dalam peperangan Badar, Iblis telah menampakkan dirinya dalam bentuk seorang lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam
rupa Suraqah bin Malik yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam.
( Iblis dan Syaitan adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin ).
Dalam Sahih Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin yang menampakkan dirinya
dalam bentuk seekor ular dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular tersebut.
Di samping itu Jin juga boleh menampakkan dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain
seperti rupa bentuk kucing, anjing dan sebagainya.
KUMPULAN-KUMPULAN JIN
Jin juga seperti manusia yang inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan
Jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah
ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang menunggu
kubur, kumpulan yang menunggu gua, kumpulan yang menunggu mayat manusia, kumpulan
yang menunggu hutan rimba, kumpulan yang menunggu bukit bukau, kumpulan yang menunggu
air mata air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya.
JENIS-JENIS JIN
Sama seperti manusia Jin juga terdiri dari pada berbagai jenis atau bangsa, antara yang
tersohor ialah :-
1. Iblis Bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan..
2. Asy-Syaitan Syaitan-syaitan
3. Al-Maraddah Peragu-peragu ( pewas-was )
4. Al-Afrit Penipu-penipu
5. Al-A’waan Pelayan-pelayan
6. Al-Tayyaaruun Penerbang-penerbang
7. Al-Ghawwaasuun Penyelam-penyelam
8. At-Tawaabi Pengikut-pengikut ( pengekor )
9. Al-Qurana Pengawan-pengawan
10. Al-Ummaar Pemakmur.
GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG-ORANG MELAYU
Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakkan
dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu.
Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di kalangan
orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin.
ANTARA JIN-JIN YANG POPULAR DI KALANGAN ORANG-ORANG MELAYU
IALAH:
Hantu Raya, Hantu Pontianak, Hantu Polong, Hantu Toyol, Hantu Langsuir, Hantu
Penanggal, Hantu Pelesit, Hantu Air, Hantu Bukit, Hantu Kubur, Hantu Pari, Hantu Punjut,
Hantu Jerangkung, Hantu Laut, Hantu Bawah Tangga, Hantu Galah, Jin Tanah,
Hantu Kum-Kum, Hantu Bungkus, Hantu Pocong, Hantu mati di bunuh, Hantu Bidai,
Hantu pari-pari, Hantu Kopek ( Tetek ), Harimau Jadian, Jembalang Tanah, Hantu Tengelong.
KERAJAAN-KERAJAAN JIN
Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya yang tersendiri. Antara Raja Jin alam bawah
yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai’ah dan Maimon. Empat raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s ialah Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
Manakala Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaail,
Mikiyaail, Sarifiyaail, ‘Ainyaail dan Kasfiyaail. Raja Jin yang mengusai kesemua Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM YA LI.. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin
di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.
ANAK-ANAK IBLIS JUGA MEMPUNYAI KERAJAAN YANG BESAR ANTARANYA :
1. Thubar Merasuk manusia yang di timpa musibah dan bala.
2. Daasim Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan silatulrahim, rumah tangga, keluarga, sahabat handai, jemaah dan sebagainya.
3. Al-‘Awar Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi
dan sebagainya
4. Zalanbuur Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.
ANTARA JIN, IFRIT, SYAITAN DAN IBLIS
Jin, Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah merupakan sebahagian daripada golongan Jin, cuma tugas
dan fungsi mereka sahaja yang berbeza. Jin sebagaimana yang telah diterangkan di atas ialah
sejenis mahkluk Allah yang tersembunyi dan tidak kelihatan oleh manusia. Pengetahuan
mereka lebih luas dan sangat panjang usianya.
Manakala Ifrit pula adalah daripada golongan Jin yang sangat kuat dan bijak menipu serta
sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong lagi amat durhaka
kepada Allah.
Iblis dan Syaitan juga terdiri daripada golongan Jin dan mereka merupakan golongan Jin
yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan
mendapat kutukan Allah sehingga ke hari kiamat.
Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :
" Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan
menghalang halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangani
mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur ( taat )."
Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abid dan alim di kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua
ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia
( Adam ). Maka dengan sifat beliau yang sombong itu Allah telah melaknatnya menjadi kafir
dengan nama Iblis.
Bermula dari saat itulah Iblis melancarkan gerakan permusuhan dengan manusia sehingga ke
hari kiamat.
Allah telah menjelaskan bahawa terdapat tiga jenis permusuhan dilakukan oleh Jin ke atas
manusia iaitu :-
Melalui Kejahatan ( As-Suu’ ) : iaitu berkenan dan gemar kepada dosa-dosa dan maksiat hati
dan segala anggota tubuh badan.
Kekejian ( Al-Fahsyaa’ ) : iaitu kejahatan yang lebih buruk dan jahat lagi. Kekejian ini
adalah sebahagian daripada perkara yang membawa kepada kedurhakaan dan maksiat
kepada Allah.
Melalui pembohongan dan menipu Allah melalui perbuatan, perkataan dan nawaitu.
Gambar Rebecca Nur Islam Yang Boleh Bikin ‘Berdarah Hidung’
Otak aku dah beku sampai tak tahu nak tulis apa. Jadi korang layankan je lah gambar-gambar
Rebecca Nur Islam yang boleh bikin berdarah hidung kat bawah ni. Itupun kalau nak tengok la.
Takut nanti betul-betul berdarah hidung macam mamat sorang ni. Tak pasal-pasal dapat tisu free.
Gambar : Berdarah sebab tengok pompaun seksi!!
Ayat-Ayat Al-Qur'an yang menyebut mengenai matahari, bulan, bintang, awan, angkasa
Elok kita renungkan maksud Ayat-Ayat berikut. Ada banyak Ayat-Ayat Al-Qur'an yang menyebut
mengenai matahari, bulan, bintang, awan, angkasa dsb.:
[0885] Al-An’am 6:96. Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar) dan
[0885] Al-An’am 6:96. Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar) dan
yang menjadikan malam untuk tinggal berehat dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira
waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa,
lagi Maha Mengetahui.
[1369] Yunus 10:5. Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-
[1369] Yunus 10:5. Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-
tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa.
Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar.
Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu
mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).
[1783] Ibrahim 14:33. Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.
[1913] An-Nahl 16:12. Dan Dia memudahkan bagi kamu malam dan siang dan matahari serta bulan
[1783] Ibrahim 14:33. Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.
[1913] An-Nahl 16:12. Dan Dia memudahkan bagi kamu malam dan siang dan matahari serta bulan
dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya
yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang
mahu memahaminya.
[2516] Al-Anbiya’ 21:33. Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari
[2516] Al-Anbiya’ 21:33. Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari
dan bulan, tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).
[2613] Al-Hajj 22:18. Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi
[2613] Al-Hajj 22:18. Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi
tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan dan bintang-bintang
dan gunung-ganang dan pokok-pokok kayu dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari
manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya
dan maksiatnya) dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka dia tidak akan beroleh
sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.
[2916] Al-Furqan 25:61. Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat
[2916] Al-Furqan 25:61. Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat
peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi.
[3401] Al-’Ankabut 29:61. Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada
[3401] Al-’Ankabut 29:61. Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada
mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan yang memudahkan matahari
dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?
[3498] Luqman 31:29. Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang
[3498] Luqman 31:29. Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang
dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia memudahkan matahari dan bulan
(untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang
telah ditetapkan dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang
kamu lakukan.
[3673] Fatir 35:13. Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam
[3673] Fatir 35:13. Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam
(silih berganti) dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan, tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan, sedang mereka yang kamu sembah (yang lain dari Allah) tidak
mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.
[3744] Yasin 36:39. Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di
[3744] Yasin 36:39. Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di
akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti
tandan yang kering.
Semoga Allah SWT merahmati kita semua
Semoga Allah SWT merahmati kita semua
The evolution of computers — Apple
1976 - Apple I
How did Apple technology from the first computer to the latest iPhone. 44 more after the break...
1977 - Apple II
1977 - Apple II
1978 - Disk II
1979 - Apple II Plus
1980 - Apple III
1983 - Lisa
1983 - Apple Mouse
1984 - Apple IIC
1984 - Macintosh
1985 - Macintosh XL
1986 - Macintosh Plus
1987 - Macintosh SE
1987 - Apple Newton next to an iPhone
1988 - Apple IIc Plus
1988 - Macintosh IIx
1989 - Macintosh SE/30
1989 - Macintosh portable
1990 - Macintosh IIfx
1991 - Macintosh PowerBook 140
1993 - Macintosh LC 575
1995 - PowerBook 5300
1996 - Power Macintosh 7220
1997 - 20th Anniversary Macintosh
1998 - iMac G3
1999 - Power Macintosh G3
1999 - iBook
2000 - Power Mac 4G Cube
2001 - the first iPod
2001 - PowerBook G4
2002 - iMac G4
2003 - iBook G4
2003 - PowerMac G5
2004 - iMac G5
2004 - iPod mini
2005 - iPod nano
2005 - iPod shuffle
2005 - Mac Mini
2006 - MacBook Pro
2007 - the first iPhone
2007 - iMac
2007 - Apple TV
2007 - iPod Touch
2008 - MacBook Air
2010 - iPad
2010 - iPhone 4
Subscribe to:
Posts (Atom)