Saturday, 2 July 2011

Asal usul Volkswagen

Kereta Volkswagen sudah pun terkenal sejak perang dunia kedua lagi di Malaysia. Kebanyakan kereta volkswagen yang berada di Malaysia ketika itu adalah jenis Beattle 2 pintu dan van serbaguna.
Namun disebalik produk kenderaan yang meluas dari Jerman itu ada sesuatu yang menarik dan mungkin mengejutkan kita. Ianya bertambah menarik dan misteri apabila ‘kejutan’ itu dibuat sendiri oleh pengasasnya iaitu Adolf Hitler.

Kereta Volkswagen sebenarnya direka sendiri oleh pemimpin diktator Jerman iaitu Adolf Hitler sebelum kereta itu memasuki pasaran. Idea lakaran itu diperoleh oleh Hitler ketika beliau sedang duduk bersantai di sebuah restoran di Munich pada 1932.

Hitler melakar sendiri rekabentuk Beetles dengan objektif kereta itu mampu memberi keselesaan kepada pemiliknya dengan ciri-ciri bersantai dan mudah dikendalikan. Nama pertama yang dicadangkan ialah Kraft durch Freude (KdF-Wagen, lyang bermaksud “strength through joy car”).
Setelah siap lakaran, Hiter memberikan plan itu kepada pengarah Daimler-Benz iaitu Jacob Werlin sambil berkata,
“Take it with you and speak with people who understand more about it than I do. But don’t forget it. I want to hear from you soon, about the technical details.”

Namun demikian, Daimlr-Benz tidak mengeluarkan Volkswagen tetapi kereta itu dikeluarkan oleh kilang Porche milik Dr. Fredinand Porche dengan tema “Peoples’s Car”. Oleh itu, semua teknologi kereta dari A hingga Z adalah buatan Porche.

Kereta ini dibina untuk tujuan perang. Injinnya tidak menggunakan air sebagai penyejuk, hanya menggunakan angin. Jadi ianya amat sesuai digunakan di padang pasir. Injin kereta diletakkan dibelakang supaya tidak senang kena peluru semasa peperangan (tidak senang meletup). Selain itu, ia juga menyelamatkan injin dari dimasuki pasir jika dipandu di gurun. Ianya juga jimat dari segi penggunaan petrol.

Apekejadah itu DEJA VU?

Anda rasa mcm pernah pergi ke tempat itu, Anda rasa seperti pernah lalui tempat itu.. (ANDA RASA PERNAH MENGALAMINYA).. Tetapi sebenarnya anda langsung tak pernah laluinya! Itulah yg di namakan DEJA VU.. perkataan ini di ambil drpd bahasa Perancis..

Hampir semua dari kita pernah mengalami apa yang dinamakan deja ...vu:

iaitu sebuah perasaan aneh yang mengatakan bahawa peristiwa baru yang sedang kita rasakan sebenarnya pernah kita alami sebelumnya. Peristiwa ini biasanya merupakan sebuah tempat baru yang sedang dikunjungi, percakapan yang sedang dilakukan, atau sebuah acara TV yang sedang ditonton. Lebih aneh lagi, kita juga seringkali tidak mampu untuk dapat mengingat bila dan bagaimana pengalaman sebelumnya itu terjadi secara terperinci. Yang kita tahu hanyalah adanya perasaan sensasi yang membuatkan kita tidak merasa asing dengan peristiwa baru itu.

Keanehan fenomena deja vu ini kemudian melahirkan beberapa teori metafizik yang cuba menjelaskan sebab musababnya. Salah satunya ialah teori yang mengatakan bahawa deja vu sebenarnya berasal dari kejadian serupa yang pernah dialami oleh jiwa kita dalam salah satu kehidupan sebelumnya(reincarnation) di masa lampau.

Pada awalnya, beberapa ilmuan beranggapan bahawa deja vu terjadi ketika sensasi optik yang diterima oleh sebelah mata sampai ke otak (dan ditakrifkan) terlebih dahulu daripada sensasi yang sama yang diterima oleh sebelah mata yang lain, sehingga menimbulkan perasaan biasa(familiar) pada sesuatu yang sebenarnya baru pertama kali dilihat. Teori yang dikenal dengan nama “optical pathway delay” ini dibuktikan ketika pada bulan Desember tahun lalu ditemukan bahawa orang butapun biasa akan mengalami deja vu melalui indera hidu, dengar, dan sentuhannya.

Selain itu, sebelum ini Chris Moulin dari University of Leeds, Inggris, telah menemui pula penderita deja vu kronik: orang-orang yang sering dapat menjelaskan secara terperinci peristiwa-peristiwa yang tidak pernah terjadi. Mereka merasa tidak perlu menonton TV kerana merasa telah menonton acara TV tersebut sebelumnya (padahal belum), dan mereka bahkan merasa tidak perlu pergi berjumpa doktor untuk merawat ‘penyakit’nya kerana mereka merasa sudah pergi ke doktor dan dapat menceritakan hal-hal tersebut selama kunjungannya!

Baru-baru ini, sebuah eksperimen pada tikus mungkin dapat memberi pencerahan baru mengenai asal-usul deja vu yang sebenarnya. Susumu Tonegawa, seorang neuroscientist MIT, membiakkan sejumlah tikus yang tidak memiliki dentate gyrus, sebuah bahagian kecil dari hippocampus, yang berfungsi normal. Bahagian ini sebelumnya diketahui terkait dengan ingatan episodik, yaitu ingatan mengenai pengalaman pribadi kita. Ketika menjumpai sebuah situasi, dentate gyrus akan mencatat tanda-tanda visual, audio, bau, waktu, dan tanda-tanda lainnya dari panca indra untuk disuaikan dengan ingatan episodik kita. Jika tidak ada yang sesuai, situasi ini akan ‘didaftarkan’ sebagai pengalaman baru dan dicatat untuk pembandingan di masa depan.

Menurut Tonegawa, tikus normal mempunyai kemampuan yang sama seperti manusia dalam menyuaikan persamaan dan perbezaan antara beberapa situasi. Namun, seperti yang telah diduga, tikus-tikus yang dentate gyrus-nya tidak berfungsi normal kemudian mengalami kesulitan dalam membezakan dua situasi yang serupa tapi tak sama. Hal ini, tambahnya, dapat menjelaskan mengapa pengalaman akan deja vu meningkat seiring bertambahnya usia atau munculnya penyakit-penyakit degeneratif seperti Alzheimer: kehilangan atau rosaknya sel-sel pada dentate gyrus akibat kedua hal tersebut membuat kita susah untuk menentukan apakah sesuatu ‘baru’ atau ‘lama’.

ref:http://popsy.wordpress.com/2007/08/01/mengapa-kita-mengalami-deja-vu/

kesimpulannya Deja-vu ini berlaku bila kita merasakan sesuatu itu tidak asing lagi bagi diri kita tapi sebenarnya belum berlaku.

Memagari Diri Dari Sihir

Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir). Di bawah ini ini dinyatakan cara-cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.? Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.


Pagar Pertama (1)
Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
 Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
 "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
[Riwayat al Bukhari]

Pagar Kedua (2)
  Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'"
[Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]

Pagar Ketiga (3)
Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya
akan didampingi oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari
puaknya.'
[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]



Pagar Keempat (4)
Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah
S.A.W. pun bersabda: Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing didalam telinganya"
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]

Pagar Kelima (5) 
 Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telahdirasuk oleh syaitan.


Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doaperlindungan dengan berkata :
Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6)
Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya"
[Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]

Pagar Ketujuh (7)
Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:
"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
"Ia telah bercakap benar kepada engkau, wahal sendiri sememangnya penipu"
[Riwayat al Bukhari.