Friday, 9 September 2011
MISTERI TASIK BAIKAL,TASIK PALING DALAM DAN TERTUA DI DUNIA
Tasik Baikal terletak di selatan Rusia di wilayah Siberia, antara Irkutsk Oblast dan Republik Buryat.
Tasik itu adalah yang paling dalam (1620 meter), tertua berusia lebih kurang 30 juta tahun dan
yang kedua terbesar selepas Laut Kaspia.
Tasik ini dikenali sebagai salah satu daripada keajaiban semulajadi yang paling menakjubkan
di dunia dan mengandungi satu perlima air tawar dunia. Ia juga dikenali kerana saiznya.
Satu daripada 800 spesis yang menjadi tuan rumah Baikal ialah anjing laut, satu misteri saintifik memandangkan tasik itu ialah beratus kilometer dari laut terdekat.
Pada musim sejuk, Baikal sering membeku di landasan kereta api Siberia.
Sejak 1992 tasik itu dan keseluruhan kawasan yang mengelilinginya telah ditetapkan sebagai taman
negara.
Baikal yang kini merupakan tempat perlindungan untuk pencinta alam dan satu destinasi percutian
indah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment