Makam maharaja China, Qin Shi Huang, disebut-sebut sebagai salah satu penemuan arkeologi
terbesar pada abad ke-20. Sejarah mencatatkan, Qin Shi Huang merupakan maharaja pertama
Dinasti Qin yang memimpin China di antara tempoh 221SM - 210SM.
Salah satu karya monumentalnya selain penyempurnaan pembinaan bangunan Tembok Besar China
ialah pembangunan makam agungnya sendiri. Berbeza dengan Firaun Mesir Kuno, Cheops (Khufu)
yang memilih untuk membina sebuah Piramid Agung di Giza sebagai tempat peristirahatan terakhirnya, Maharaja Qin Shi Huang lebih gemar untuk memilih makamnya menjadi tab sebuah Istana dengan
penjagaan ribuan patung tentera.
Makam maharaja berkenaan memang begitu mempesonakan. Terdapat lebih kurang 8000 patung
yang menggambarkan susuk para tentera dan kuda-kuda perang berdiri disepanjang makam.
Yang lebih menarik lagi, semua patung-patung tersebut tidaklah sama antara satu dengan yang lainnya
baik sama ada pada bentuk pakaian, mimik wajah, gaya rambut, hingga persenjataan yang mereka
pegang. Selain itu, mereka juga dibezakan oleh pangkat ketenteraannya seperti Jeneral, hingga ke
para perajurit biasa. Patung askar yang mempunyai saiz tubuh yang paling tinggi ialah yang
berpangkat jeneral.
Patung-patung yang disebut sebagai Askar Terracotta ini keselururuhan diperbuat daripada tanah
liat. Ketinggiannya pun adalah tidak sekata antara 183 hingga ke 195 cm. Untuk bahagian kepala,
ia diperbuat secara berasingan dari bahagian badan agar mempunyai bentuk dan mimik wajah yang
berbeza di antara satu sama lain. Sementara bahagian-bahagian wajah seperti bibir, mata, dan telinga ditambah secara manual dan bentuknya disempurnakan oleh sentuhan tangan si pembuat patung.
Patung yang telah siap dibentuk akan dibakar agar penghasilannya menjadi lebih keras dan kukuh.
Untuk tahap akhir, proses pengecatan akan dilakukan walaupun kebanyakan patung itu kini catnya
telahpun semakin memudar.
Sejak ditemui oleh beberapa petani tempatan di wilayah Xian, Negeri Shaanxi, China pada tahun 1974
yang silam, hingga kini tapak berkenaan masih lagi terus dilakukan proses penggalian bagi membongkar
lebih banyak kemisterian dan keajaiban di tapak berkenaan. Para pakar Arkelogi menganggarkan masih banyak lagi patung dan artifak-artifak lain yang masih tertanam di tapak berkenaan. Mereka juga belum dapat memastikan apakah jumlah angka penemuan patung dan artifak lain ini akan terus bertambah. Perkiraan terbaru menyebutkan, terdapat lebih daripada 8000 patung askar, 130 kereta perang dan
520 kuda, serta 150 pasukan berkuda yang terdapat di tiga terowong utama makam. Sungguh ia
merupakan pemandangan yang menakjubkan ketika mengingati baharu satu peratus daripada
keseluruhan bahagian makam yang telah digali dan diselongkar!
Tidak semua harta benda dan perhiasan sang maharaja telah ditemui. Kononnya, masih banyak harta
benda berharga milik Maharaja Qin Shi Huang yang disimpan di suatu bahagian makam yang belum
lagi ditemui, di mana tempat itu telah dipasangkan pelbagai perangkap yang boleh menembak anak
panah secara automatik kepada sesiapa yang berani mengusiknya. Bahkan diyakini para pekerja
yang memasang perangkap-perangkap tersebut turut dikuburkan hidup-hidup agar rahsia tempat
berkenaan terus terjaga. Terdengar cukup menakutkan, bukan?
Menurut sejarawan Sima Qian (145 90 SM), pembinaan makam agung Maharaja Qin Shi Huang
telah bermula sekitar 246SM pada saat usia Maharaja baru menginjak 13 tahun dengan jumlah
pekerja dalam lingkungan 700.000 orang. Namun apakah tujuan utama Maharaja Qin Shi Huang
membina semua ini?
Faktanya, makam ini didirikan sebagai gambaran pada sebuah istana bawah tanah yang begitu besar
dan mewah. Bahkan dikatakan ia adalah sebuah istana bawah tanah dengan struktur yang rumit dan kompleks namun penuh dengan kemegahan dan kemudahan. Sungai tiruan yang diperbuat daripada
air raksa dan langit istana yang diperbuat dengan hiasan mutiara turut memperindahkan istana tersebut.
Kepercayaan kerajaan menyebutkan bahawa Maharaja Qin Shi Huang akan terus memimpin
kerajaannya dikehidupan berikutnya (alam baka / akhirat). Untuk itu ia membuatkan sebuah istana
sebagai pusat kerajaan, lengkap dengan para bala tenteranya dan pegawai-pegawai kerajaan.
Sumber: berita-harian-online.com/misteri-makam-tentera-terracotta/
Tuesday, 18 October 2011
Beware! - Mazhab Kristian Yang Mirip Islam
Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam - gambar Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara
peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru?
Saat Maghrib telah tiba.. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas sholat. Semuanya
berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang
menunaikan kewajiban sholat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok kristian ortodok,
sebuah sektsa dalam agama Kristian. Boleh jadi, orang awam akan terkeliru sebab , sektsa ini
memang sangat mirip Islam.
Bukan saja asalnya serumpun,Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya nyaris sama.Tengoklah saat mereka sholat.. Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila berjamaah,
juga memakai bahasa Arab.
Rukun sholatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud.. Bezanya,bila kaum Muslimin diwajibkan
sholat 5 kali sehari,penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-
masing dua rakaat.
Mereka menyebutnya:sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis(dhuha), sa'atus sadis (dhuhur),
sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam).
Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan
dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil
kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April.
Jika dalam Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan
Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus.
Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga mengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan
Gambar2 ajaran kristian ortodok yg mungkin anda keliru.... jadi berhati2laaaa kita tentang ajaran
kristian ortodok... hebah kan laaa pada kawan2 kiter...Yang pasti........... ini bukan ayat al-Quran.....
Semoga kita semua berhati2..... jangan sampai terbeli.....dan digantung di rumah kita.
Sebarkanlah supaya semua teman2 kita maklum. Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan
oleh org2 KAFIR.............. Perhatian Kalu ternampak penghujungnya ditulis Surah Injilu Matay terus
reject. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah,
Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran........sebenar ayat Bible
wallahualammmubissawab........
KEAJAIBAN DOA DALAM PENGUBATAN ISLAM
Rasulullah S.A.W. telah menerangkan doa adalah suatu rawatan berpandukan kepada hadisnya iaitu ;
" Saya mohon dari Allah yang Agung Tuhan Arash yang Agung agar disembuhkan penyakit ini".
( Sahih At-Tirmizi )
Rasulullah juga telah mendoakan Saad bin Abi Waqas ketika beliau ditimpa sakit dengan doanya :
" Ya Allah sembuhkanlah Saad ( 3 kali )" ( Sahih Al-Bukhari )
Aishah (r.a.) juga telah meriwayatkan hadis yang membuktikan bahawa Rasulullah S.A.W. telah
mengubati ahli keluarganya yang sakit dengan meletakkan tangannya di tempat yang sakit dan
seterusnya membacakan doa :
"Ya Allah Tuhan Manusia, sembuhkanlah sakit ini, kamu sahajalah ( ya Allah ) penyembuh,
tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dariMu, kesembuhan yang tidak
meninggalkan keburukannya".
Begitulah secara ringkas betapa Rasulullah S.A.W. sendiri berdoa untuk kesembuhan penyakit yang
dialami. Maka tidak salah bagi kita dalam masyarakat zaman ini untuk terus berdoa sebagai usaha menyembuhkan penyakit yang dialami. Doa adalah senjata mukmin, justeru itu lakukanlah doa setiap
hari, bermunajatlah kepada Allah dan berserah diri dengan pengharapan doa pada setiap masa,
nescaya penyakit kita akan disembuhkan dengan izinnya jua.
Pengalaman 1 :
Seorang pesakit wanita dari negeri Pantai Timur mengalami masalah pendarahan hidung dan juga
gangguan makhluk halus sejak sekian lama. Mengikut panduan doktor pakar di salah sebuah hospital terkemuka beliau dinasihatkan untuk menjalani pembedahan di hidung untuk menyembuhkan penyakit
yang beliau alami.
Sebagai alternatif beliau telah mendapatkan khidmat rawatan Islam selama beberapa ketika menjejak
masa 6 bulan dengan kesungguhan menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai doa sambil diurut ke
hidung beliau disamping doa-doa pengubatan yang lain, akhirnya telah berlaku keajaiban kesan usaha
keras dan doa yang diamalkan selama ini dengan izin Allah.
Baru-baru ini beliau telah pergi ke hsopital kerana temujanji dengan doktor pakar untuk mengetahui
bilakah masanya beliau akan di bedah. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor pakar tersebut merasa
terkejut untuk memberitahu hasil kesan pemeriksaan rapi terhadap pesakit. Doktor pakar tersebut juga
telah memanggil para jururawat untuk mengesahkan hasil pemeriksaan sekiranya berlaku kesilapan
dipihak doktor tersebut. Apa hasilnya?
Doktor pakar tersebut telah mendapati seakan terdapat kesan berlaku pembedahan di dalam hidung
pesakit dan menyebabkan hidung beliau didapati pulih. Itulah kata doktor pakar. Persoalannya, si
pesakit tidak pernah dibedah oleh mana-mana doktor sekalipun kerana hanya doktor pakar itulah
rujukan sakit beliau. Jadi siapakah yang membedah hidung pesakit andaikata dari segi perubatan
moden memang terdapat kesan pembedahan dalam hidung pesakit? Keajaiban seperti ini memang
jarang berlaku dalam dunia pengubatan Islam.
Untuk mengesahkan tidak berlaku pembedahan dalam hidung, doktor pakar menyuruh si pesakit menghubungi ibubapa beliau dan bertanyakan andaikata semasa kecil pesakit telah dibedah di
bahagian hidung, jawabnya tidak pernah sama sekali.Doktor pakar tersebut akhirnya terus mendoakan
agar si pesakit untuk terus menjaga kesihatan dan bersyukurlah dengan kesembuhan yang beliau dapati. Adakah kesembuhan itu sementara atau untuk selamanya hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.
Pesakit sebenarnya telah mendapatkan rawatan secara berterusan dengan kaedah pengubatan Islam
secara berdoa dan diurutkan jari ke hidung pesakit selama beberapa bulan. Mungkin juga secara
kebetulan, doa yang dibacakan itu beserta kesembuhan yang memang Allah hendak anugerahkan
kepada pesakit. Akhirnya pesakit diminta untuk melakukan sujud syukur kerana kesembuhan itu
sememang milik Allah S.A.W.
Begitulah keajaiban doa dan juga kekuatan doa.
TAZKIRAH : MENGAPA KITA MEMBACA SURAH AL-KAHFI SETIAP MINGGU
Kelebihan Surah al-Kahfi
- Abu Sa‘id al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah s.‘a.w bersabda:
“Sesiapa yang membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, pasti nur akan meneranginya antara dua Jumaat.”
(Riwayat dikemukakan oleh al-Sayuti – dinilai Sahih).
- Abu Darda’ meriwayatkan bahawa Rasulullah s.‘a.w bersabda:
“Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat dari awal surah al-Kahfi, ia terpelihara daripada Dajjal.”
(Riwayat Muslim – dinilai Sahih).
Sebenarnya surah mengandungi pelbagai perkara tersirat. Surah al-Kahfi merupakan salah satu daripada
lima surah yang dimulai dengan Alhamdulillah, iaitu: al-Fatihah, al-Kahfi, al-An’am, Saba dan Fathir.
Di dalam al-Kahfi disebutkan empat perkara fitnah.
1) Fitnah pada agama: Kisah Ashabul Kahfi (Penghuni Gua)
2) Fitnah harta: Kisah pemilik dua kebun
3) Fitnah ilmu: Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidhir
4) Fitnah kuasa: Kisah Zul Qarnain
Bagi setiap fitnah yang disebutkan disebutkan juga ayat pelindung baginya:
1) Fitnah pada agama: Kisah pemuda yang berlindung di dalam gua daripada pemerintah yang zalim.
Lalu berlaku perkara yang menakjubkan. Mereka tinggal di dalam gua selama lebih 300 tahun.
Kemudian disebutkan ayat perlindungan iaitu:
اصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan
mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup
di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya
pula adalah melampaui kebenaran. (al-Kahfi: 28)
Dengan demikian, perlindungan daripada fitnah pada agama adalah dengan berdamping dengan
orang-orang soleh dan menghindari perhiasan hidup di dunia yang memperdayakan.
2) Fitnah Harta: Kisah pemilik dua kebun yang kaya. Allah SWT telah memberikan kepadanya segala
apa yang dikehendakinya. Tetapi dia kufur dan ingkar terhadap hari kebangkitan. Lalu Allah SWT membinasakan dua bidang kebun itu.
Kemudian disebutkan ayat perlindungan iaitu:
وَاضْرِبْ لَهُمْ مَثَلَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ أَنْزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الْأَرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيمًا تَذْرُوهُ الرِّيَاحُ وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ مُقْتَدِرًا (45) الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا (46)
Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang
Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah
Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal
faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (al-Kahfi: 45-46)
Dengan demikian, perlindungan daripada fitnah harta ialah dengan menyedari tentang hakikat dunia
dan mengingati akhirat.
3) Fitnah Ilmu: Kisah Saidina Musa AS dan Khidhir AS. Dalam beberapa peristiwa, Nabi Musa
tidak memahami hikmah dan melihat pada zahir sahaja.
Kemudian disebutkan ayat perlindungan iaitu:
قَالَ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا
Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insya Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu". (al-Kahfi: 69)
Dengan demikian, perlindungan daripada fitnah ilmu ialah dengan tawadhuk, sabar dan tidak
terpedaya dengan ilmu.
4) Fitnah Kuasa: Kisah Zul Qurnain yang memiliki kuasa pemerintahan dari timur ke barat bumi.
Beliau telah menolong satu kaum yang takut kepada Yakjuj dan Makjuj lalu ia menolong mereka
membina benteng.
Kemudian disebutkan ayat perlindungan iaitu:
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka
menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
(al-Kahfi: 103-104)
Dengan demikian, perlindungan daripada ialah dengan ikhlas kepada Allah dalam amalan.
Penutup surah ini disudahi dengan ayat perlindungan dari semua jenis fitnah:
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu,
diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya
dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan
janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
(al-Kahfi: 110)

Misteri Hajar Aswad dan rahsia besar ketika menciumnya
Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, iaitu sudut dari mana
Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu ‘RUBY’ yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.
Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.
Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasul SAW bersabda:
“Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan
dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas
dan benar”.
Hadis tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca do’a ketika hendak istilam (mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada setiap putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu
Umar RA. Artinya:
“Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil
membaca Bismillah Wallahu Akbar”.
ASAL - USUL HAJAR ASWAD
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka'bah banyak kekurangan yang dialaminya.
Pada mulanya Ka'bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.
Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan
mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Ka'bah itu hampir selesai, ternyata Nabi
Ibrahim masih merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku
letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan
sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik.
Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa
gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi
Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Ka'bah disunnahkan
mencium Hajar Aswad.
Perhatikan Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya
1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: “HajarAswad dan Makam Ibrahim berasal dari batu-batu ruby
syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur
dan barat. Setiap orang sakit yang memegangnya akan sembuh dari sakitnya”
Duhulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang
menziarahi Ka'bah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.
2. "'Barangsiapa menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia kembali
(suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari perut ibunya.'' (Muttafaqun alaihi).
3. Mencium hajar aswad pada masa menunaikan Haji Di Baitullah tidak dapat diwakilkan, Ia menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari, alangkah beruntungnya orang yang boleh menyentuh, mengusap
dan memegangnya.
Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda:
“Nikmatilah (peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga
dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.
Akhir kata, Kita semua tahu jika Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau
manfaat, begitu juga dengan Ka’bah, ia hanyalah bangunan yang terbuat dari batu.
Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam proses ibadah haji tersebut lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.
Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan
kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu”
Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam, scientis muslim, dan orang -orang yang
pandai bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.
Kerana ada rahsia besar dibalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa
yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya :
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada
lain hanyalah wahyu yang diwahyukan" (QS. An-Najm : 53 )
Allaaahu Akbar, Tiada Ilah lagi Yang Berhak DiSembah Selain Allah dan Saya (Penulis) Bersaksi
bahawa Muhammad Saw adalah Utusan Allah. Muhammad hanyalah seorang Rasul, Sungguh telah
berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul.
Mulai saat ini mari kita cuba berperilaku sebagaimana Nabi Muhammad, mencontohinya dalam segala
tindak tanduk, makan, minum, berpakaian, hingga tidurnya, sekalipun kita tidak mengerti rahsia besar
di sebaliknya.
Rasulullah pengsan mendengar keterangan Jibril tentang pintu neraka ke 7
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada Nabi saw pada waktu
yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:
"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dibesarkan
penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu
benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu benar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya."
Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun,
sehingga merah, kemudian diteruskan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga
hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau
dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara
langit dan bumi niscaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan bahangnya. Demi Allah yang
mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an
itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, niscaya
akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam
dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas bercampur nanah, dan pakaiannya potongan-
potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari
orang lelaki dan perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu
jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."
(nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibril:
"Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan
hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun, namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nashara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibril diam, segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau
terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum
sempat bertaubat."
Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan
kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda:
"Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang
akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibril juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya
dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan
bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

PAGAR DIRI DARI SIHIR
(Imam Malik)
Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, bahawa Baginda bersabda:
“Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi
kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw.”
MEMAGARI DIRI DARI SIHIR
Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir)Di bawah ini ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh
di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.
Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara memagari diri anda
dari sihir dan gangguan syaitan.
Pagar Pertama (1)
Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah.
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis
tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
“Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah,dia tidak akan mendapat sebarang
kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”.
Riwayat al Bukhari.
Pagar Kedua (2)
Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk.
Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana
diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana
sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan
ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik
untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam
keadaan bersuci’”
Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.
Pagar Ketiga (3)
Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman
dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan
mengambil peluang untuk mendampingi mereka.
Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan
kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: ‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat
berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.’
Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.
Pagar Keempat (4)
Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat
mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk
menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya
adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas’ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur ingga ke Subuh
dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:
Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya”
Riwayat al Bukhari dan Muslim.
Pagar Kelima (5)
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya
upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu
masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk
oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan
dengan berkata :
Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang
kekotoran dan gangguan syaitan”.
Riwayat al Bukhari dan Muslim.
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.
Pagar Keenam (6)
Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin
yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya
sambil berdoa :
“Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya,
dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya.
Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan
orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan
perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya”
Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik.
Pagar Ketujuh (7)
Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga
terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:
“Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan
Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi”.
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
“Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ía sendiri sememangnya penipu”.
Riwayat al Bukhari

Subscribe to:
Posts (Atom)