Thursday, 13 October 2011

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS



1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gel...arannya Azazil. Dicipta dari api
(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi
kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi
orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
(terkena?? hahaha..)

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin
!!!! (terkena lagi?? hahaha..)

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman
meninggal pun jin tidak perasan/tahu.

Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin
tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya
dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka
barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.
Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum
duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan
membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak
perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak
bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah
jumpa orang yang di rasuk.

* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Guna TELUR !





Ramai Wanita Salah Faham Dengan 'DIET'!

Bila sebut ‘DIET’, kebanyakan wanita salah faham. Jamu, pil diet, ubat-ubatan menguruskan
badan dan bermacam lagi merupakan perkara yang terlintas diminda ramai wanita apabila perkataan
‘DIET’ disebutkan kepada mereka.

Sebab itulah ramai yang dimasukkan ke hospital (FAKTA!). Mereka ingat. Cara diet tu kena
ikat perut, tak boleh makan itu dan ini.
‘DIET’ sebenarnya adalah terma bagi amalan pemakanan. ‘DIET’ yang sihat adalah amalan
pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Pengambilan pelbagai jenis makanan perlu bagi
memastikan kesemua nutrien yang berguna dapat diambil bagi memastikan badan menyerap segala
khasiat-khasiat tersebut.


Memang tidak dinafikan dengan melakukan ‘DIET’ yang betul, ia mampu
mengembalikan bentuk badan yang langsing serta menyerikan wajah dengan
cara yang lebih ‘natural’.
 
Fakta yang perlu anda ambil perhatian :


Jenis Diet
Tugas
Kesan
Pengambilan Herba/JamuMemberi kesusutan berat badan jangka pendek sahaja.
Bertindak seperti ubat untuk mengurangkan selera makan.
Kesan jangka panjang : rasa loya, rasa lesu, sembelit dan tekenan darah yang rendah
Kesusutan tidak dapat bertahan untuk jangka masa panjang.
Kekurangan tenaga dan nutrien


Pengambilan Pil Diet
Memberi kesusutan berat badan jangka pendek sahaja.

Bertindak seperti ubat untuk mengurangkn selera makan untuk sementara waktu sahaja.
Kesan jangka panjang : boleh menyebabkan kebergantungan pengambilan pil yang serius

Kesusutan tidak dapat bertahan untuk jangka masa panjang.
Kekurangan tenaga dan nutrient pda badan
Penggunaan Julap / Teh PelangsingMenggalakkan kesusutan air dalam badan.


Kehilangan air yang banyak namun lemak tetap tinggal dalam badan
Mengakibatkan kekurangan karbohidrat yang menyebabkan ketosis iaitu dimana proses penguraian lemak di badan tidak dapat dilengkapi

Sumber : “Makan Dengan Bijak – Pelaburan Sepanjang Hayat” terbitan Jabatan Dietik &
Dietari, Institut Jantung Negara

Dari fakta ini, adakah anda mengambil langkah bijak dalam ‘DIET’ dengan mengambil pil diet
atau pemakanan pelangsingan seperti jamu atau teh pelangsing?

Tahu Tak Camne Rupa Bentuk WiFi ?

adalah lukisan cahaya WiFi, ianya benar-benar kelihatan seperti gambar-gambar dibawah, malangnya
kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar, apa yang pasti inilah bentuk WiFi. Tak percaya?
Kalau tak percaya, sila jangan percaya...







Seni Fotografi 3D

Gambar dibawah merupakan gambar fotografi 3D, walaupun tak banyak pergerakkan tapi masih
lagi didalam bentuk 3D, ia juga dipanggil sebagai Gambar Fotografi Stereo. Apapun korang tahu tak
macam mana gambar ini diambil? Dan macam mana pulak boleh bergerak-gerak? Kalau nak tahu sila
skrol sampai bawah.











Gambar-gambar diatas diambil menggunakan kamera stereo ni...

Kopi LUWAK - Mai Secawannnnn!!!

Nama kopi ni ialah "Kopi Luwak", tak pasti berasal daripada mana, berdasarkan pada jenama kopi
tersebut ialah kopi, jadi aku anggap mungkin dari seberang iaitu Indonesia. Apapun aku rasa korang
takkan minum kopi ni lepas korang tahu resepi rahsianya atau proses pembuatannya...
Cuba tengok.












Kui...kui basuh la macam mana bersih sekali pun, kompem aku takkan minum.
Memang hampeh...

 
 

KISAH DOA DUA BERADIK

Dikisahkan terdapat dua orang adik beradik lelaki. Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin.
Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba
Allah yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang agak pandai dan lebih berketerampilan dari adiknya. Saban hari dia berdoa agar Allah
mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada Allah agar dipertemukan dengan isteri yang cantik
lagi kaya. Dia meminta kepada Allah agar dirinya juga kaya raya dan nampak hebat di mata orang.

Si adik pula, tidak begitu pandai. Dia amat lambat dalam banyak hal. Untuk berdoa pun dia menyalin
 terlebih dahulu di kertas dan doa itulah yang dibaca setiap kali menunaikan sembahyang.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengan si abang.
Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya membina kehidupannya sendiri.

Si abang akhirnya kaya raya, malah bertambah kaya apabila dia memasuki bidang bisnes. Dia sudah
mula alpa dengan Allah, melewat-lewatkan solat, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai
untuk meminta kekayaan daripada Allah. Kalau masuk dalam bab perniagaan dan kekayaan dunia,
 maka bersungguh-sungguh dia memohon doa ke hadrat Allah. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia
minta. Si abang rasa dia sungguh istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan akademik yang tidak
begitu baik, dia hanya mendapat kerja sederhana, dan terus menetap dan menjaga rumah pusaka.
Si adik, walau bagaimana pun dia masih rajin beribadat dan kerap berdoa. Dia masih juga melihat kertas
bila berdoa.

Si abang tahu, adiknya rajin berdoa. Tapi si abang memerhatikan hidup adiknya tidak berubah-ubah.
Lantas di satu hari, ketika si abang menziarahi adiknya, si abang berkata dengan sombong:


“Aku tengok hidup kau ni tidak pernah berubah. Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, semua doa aku Allah makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas mana nak khusyuk. Tak cukup hebat” tutur abang dengan sedikit lagak.

Adik tersenyum sahaja. Dia suka abangnya menegur kerana padanya teguran abang amat bermakna.

Si adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan beradoa melihat kertas saban hari dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, adik meninggal dunia. Ketika abang mengemas rumah pusaka, dia terjumpa satu kertas.
Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Setelah membuka dan menatap isi kandungan kertas itu, air mata si abang gugur satu persatu.
Dia merasa begitu hiba bila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis:

“ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abangku”

Ya Allah…

Si abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada Allah dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan Allah SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada
Allah malahan tidak meminta apa-apa pun untuk dirinya. Dia hanya memohon agar segala doa
abangnya dimakbulkan. Sedangkan dia sebagai abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan si adik.

Si abang mula menyedari, rupanya bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh
Allah, lantas segala doanya menjadi makbul .

Sesungguhnya doa org yg mendoakan kita lebih mustajab. Selamat Beramal ^_^