Friday, 9 September 2011

MISTERI TASIK BAIKAL,TASIK PALING DALAM DAN TERTUA DI DUNIA


Tasik Baikal terletak di selatan Rusia di wilayah Siberia, antara Irkutsk Oblast dan Republik Buryat.
Tasik itu adalah yang paling dalam (1620 meter), tertua berusia lebih kurang 30 juta tahun dan 
yang  kedua terbesar selepas Laut Kaspia.
Tasik ini dikenali sebagai salah satu daripada keajaiban semulajadi yang paling menakjubkan
di dunia dan mengandungi satu perlima air tawar dunia.  Ia juga dikenali kerana saiznya.
Satu daripada 800 spesis yang menjadi tuan rumah Baikal ialah anjing laut, satu misteri saintifik memandangkan tasik itu ialah beratus kilometer dari laut terdekat.
Pada musim sejuk, Baikal sering membeku di landasan kereta api Siberia.
Sejak 1992 tasik itu dan keseluruhan kawasan yang mengelilinginya telah ditetapkan sebagai taman
negara.
Baikal yang kini merupakan tempat perlindungan untuk pencinta alam dan satu destinasi percutian
indah.

Aksi PENGEMIS Menipu Dirakam Lensa Kamera

Sumber tertera pada foto.


Kejadian ini mungkin dirakamkan di China berdasarkan latar masyarakat yang dipaparkan. Wanita
yang beraksi sebagai pengemis menagih simpati masyarakat dengan memangku pasangannya yang
berlakon seolah-olah sedang menghidap penyakit kronik.

Lakonan kedua-dua "pengemis" ini berjaya membuatkan orang ramai yang lalu lalang di kawasan
itu bersimpati dan menghulurkan wang kepada mereka.





Namun....
Lihatlah..!!!
Lelaki yang kononnya sakit tenat dirakam sedang berjalan berbeza daripada keadaannya sebelum
itu. Kedua-duanya menuju ke suatu tempat untuk menukarkan pakaian sebelum menjamah makanan
di sebuah gerai. -DCM










P/s: Senario begini juga berlaku di Malaysia. Jangan terpedaya jika tiba-tiba anda didekati lelaki atau
wanita yang kelihatan bertongkat atau menagih simpati dengan memakai pakaian comot. Realitinya, pendapatan mereka sehari lebih besar daripada pendapatan anda yang bekerja di kantor yang
berhawa dingin!

Disebalik AREA 51

Dari sekian banyak pusat penelitian yang terkenal di dunia , adalah Area 51, merupakan fasiliti pengembangan dan pengujian militer yang sangat rahsia (top secret), yang dioperasikan oleh angkatan Udara Amerika Serikat. Area 51 berlokasi di dalam daerah pelatihan dan pengujian Nevada . Lokasi Area 51 berada di Lincoln Country berjarak 115,5 km sebelah utara Las Vegas dengan luas dianggarka...n 103 kilometer persegi.Area 51 didirikan pada tahun 1955 yang pada awalnya diperuntukkan melakukan pengujian pengembangan pesawat mata-mata Amerika Syarikat Siri U-2 yang baru diciptakan. Pesawat U-2 dapat terbang sampai ketinggian 70.000 kaki. Selama operasinya U-2 telah secara bebas terbang di atas wilayah Uni Sovyet sampai akhirnya satu pesawat U-2 tertembak jatuh pada tahun 1960. Akhirnya U-2 dicat berwarna hitam pada tahun 1960-an. Ia untuk menampakkan seolah-olah adanya penampakan benda angkasa yang tak dikenal biasa disebut UFO (Unditified Flying Object), beberapa U-2 dicat dengan warna silver mengkilat. Sejak itu Area 51 terus berkembang dan digunakan untuk berbagai pengembangan suatu projek yang disebut sebagai Projek Hitam (Black Project) yang terdiri dari pesawat siri Blackbird, siri Stealth Fighter dan siri Stealth Boomber. Siri Blackbird merupakan kelanjutan dari seri U-2 yang dimulai tahun 1962 dengan rancangan type A-12 dan SR-71. Sebagai contoh, type SR-71 memiliki kecepatan jelajah mencapai 3500 km/jam dengan ketinggian efektif jelajah 4830 km.Sejalan dengan penelitian pesawat tempur yang canggih, diperoleh pula data-data tentang adanya kehadiran mahluk angkasa yang menuju Bumi, yang lebih dikenal dengan nama Alien. Akhirnya sampailah kita pada suatu pertanyaan seberapa besar kemungkinan keberadaan Alien di alam semesta ini. Untuk hal itu, Area 51 telah terlibat dalam penyelidikan teknologi Alien. Berdasarkan isu yang sahih dan dipercaya oleh banyak pakar, bahawa team Area 51 telah menemui dan menyelidiki secara rahsia runtuhan UFO yang ditemukan di daerah Roswell, negara bahagian New Mexico, Amerika Serikat, tahun 1947. Walau pun belum terdapat bukti yang jelas, beberapa pakar luar telah menduga bahawa ilmuwan Area 51 memiliki dan merawat satu mahluk Alien di suatu tempat yang sangat rahsia. Ia diperkuat lagi dengan pengakuan Bob Lazar seorang fisikawan, pada tahun 1989 bahawa dia telah bekerja disalah satu tempat penelitian yang berada pada daerah selatan Area 51 dan bahawa Area 51 telah melakukan pengujian pesawat terbang yang luar biasa canggihnya dan juga telah melakukan komunikasi dengan Alien.Keberadaan Alien di Area 51 ini menimbulkan satu teori konspirasi yang merupakan hasil pengumpulan data dari runtuhan pesawat Alien yang jatuh di Roswell dan pengakuan Bob Lazar pernah terlibat pada kegiatan tersebut, seperti pertemuan dengan keadaan di angkasa dengan menggunakan peralatan secukupnya, pengembangan senjata canggih sangat tinggi dan kegiatan-kegiatan yang secara luas di seluruh dunia. Berdasarkan isu yang beredar kegiatan teori konspirasi ini dilakukan di Danau Groom yang berada di sekitar lokasi Area 51. Namun sampai sejauh ini belum ada suatu penjelasan ilmiah yang dapat menjelaskan keberadaan Alien yang sesungguhnya. Usaha yang dilakukan adalah mengumpulkan data berupa laporan dan foto UFO dari internet.
~shafie rawi~


Kisah-Kisah Seram Di Genting Highland!

Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting adalah satu kawasan yang menghimpunkan beberapa
tempat penginapan di satu kawasan seperti First World, Resort Hotel, Highlands Hotel dan Theme
Park Resort. Genting Highlands berasa di paras 1860m di atas bukit. Seperti yang kita tahu, pelbagai
cara untuk kita mencapai ke puncak ini; bas, teksi, dan kereta gondola yang terpantas di dunia dan terpanjang di Asia Tenggara.

Apa yang orang minat sangat nak pergi ke Genting ada dua sebab. Satu untuk pergi ke Theme Park
dan yang kedua majoritinya pergi ke Genting untuk berjudi di Kasino. Mana taknya, Kasino Genting
ini Menang award World’s Leading Casino Resort, World Travel Awards 2005/2007/2008/2009/2010, Asia ’s Leading Casino Resort dan World Travel Awards 2005/2006/2007/2008/2009/2010.

Jadi segala misterinya bermula di sini. Menurut sumber orang ramai, terdapat satu bilik yang private di
dalam Kasino ini kecuali untuk VVVIP yang tertentu sahaja. Sumber menyatakan di dalamnya
terletaknya sekuntum bunga teratai emas. Teratai Emas ini seolah-olah menjadi “tukang tilik nasib” bagi semua mereka yang datang berjudi di sini. Kenapa? Sebab waktu bunga tersebut mengembang, ramai penjudi akan menang dan jika bunga ini tidak mengembang, semua keuntungan akan pergi ke Kasino. Dengar kata, di dalam bilik ini juga terdapat Sami-Sami yang berjaga di dalam itu. Apa kes perlu sami ini? Sebab ramai orang dikatakan membawa “Belaan/Makhluk” untuk memberi mereka kemenangan, jadi
semua “Belaan” ini akan disekat di pintu masuk Kasino sekiranya Sami-Sami ini dapat tahu ada orang
bawa.

Satu lagi, terdapat tempat parking yang berada di selekoh yang menghampiri Genting, dikatakan tempat
letak kereta mereka yang membawa “Belaan” kerana di atas sana semua “Belaan” ini akan dikesan oleh pihak Genting. JAdi “Belaan” ini semua terpaksa tinggal di situ.Memang pihak Genting tidak
membenarkan sesiapa untuk membawa “Belaan” mereka,oleh itu terdapat tokong dan Jin Besar di
Genting untuk menghalang semua ini.

Ini cerita Kasino dan juga di Tempat Letak Kereta, sekarang mari kita lihat pula misteri di tempat
penginapan dan pangsapuri di Genting.

1. Amber Court





Ini merupakan tempat yang paling menakutkan dan memang ramai orang cerita kena kacau kat sini.
Dan yang paling penting, even mereka yang tinggal di First World Hotel serta menghadap ke Amber
Court pun kena kacau. Terdapat juga satu bilik private seperti di Kasino di mana mereka menyimpan
jin-jin mereka di Amber Court. Menurut sumber, management selalu bagitau untuk jangan kacau bilik ini
atau buka bilik ini dan itu. Tapi kenapa? Apa sebabnya? Biliknya seperti di bawah ini:



Macam mana mereka yang tinggal sini dikacau:

-Tv terpadam dan terbuka sendiri
-Orang bertukang malam-malam
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan

Ini kata seorang penghuni di sana:

“Amber Court ngan Billion Court mmg berhantu. member aku kene kacau ngan ju-on kat situ. dia
cangkung masa member aku tgh mandi. staff genting pun cakap tempat tu mmg barhantu.
kitorg mmg cadang nk stay sbb nk tgk hantu tp masa drive pegi sana mlm2 mmg agak spooky. tp xigt
nape xjadi stay.”

“aku tidur, tetiba tingkap bilik kena ketuk bertalu2…
aku punyalah takut…
…..mula2 malu nak kecoh2, malu dgn roomate aku…
lama2 hilang malu, takut punya pasal,
aku nangis sampai member aku terjaga…
bila sama2 takut, dua2 menjerit, “Woi… kitaorang ngantuk lah…nak tidur… pegi main jauh2.. kita orang
tak der masa nak layan ko..”…
aku dah stop jerit.
member aku pulak pegi belasah tingkap tu dgn bantal, bantai tingkap tuh cukup2…
pastu baru diam…”

“aku nk citer pasal amber court ni…bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak sana tapi lepak kt
bawah jer lah…sunyi nyerr tempat tu sampai jer terus paking depan hotel tu ada tempat duduk bawah
lampu tu…baru jer berapa minit lepak2 dgn member2 kat situ …hehehhh nak taw apa jadii…..
kedengaran satu jeritannn dari bawah paking pastu ada bunyik melolong dari tingkat atass sekali….
aku nk blah dahh masuk dlm kreta..cam bangsatt bunyikk tu..bunyik jerit sama macam dlm movie hantu…tapi member2 rilexs jer…kalau korang nk tahu lanjut korang boleh datang lepak kt bawah tu malam2
pastu sembang dagn pak guard kat situ…hahahhah macm2 dia citer…kat situ sebenarnya port bunuh diri…”

2. Apartment Ria





Ini cerita apa yang mereka kata pernah berlaku di sini dan mungkin menjadi sebab ianya berhantu:
“kononnya dalam bilik tuh ada seorang lelaki cina yang telah membunuh diri dengan mengelar-gelar
badannya dan kemudian menggantungkan dirinya di tengah-tengah rumah tersebut……… setiap hari kejadian yang berlaku itu akan berulang-ulang kembali dan ada penghuni hotel yang penah terserempak dengan lelaki cina tersebut dengan keadaan badan berlumuran darah.. memang menyeramkan suasana di dalam bilik hotel tersebut….. sehingga kini, bilik tersebut tidak pernah di buka dan di palang dengan kayu…. kalau ada di antara anda yang penah mendiami hotel tersebut, pasti anda akan perasan ada sebuah bilik
bilik yang telah di palang dengan kayu…. “
Ini yang berlaku di sini:

-Bunyi orang pindah rumah, bunyi ‘ting’ seperti oven dah panas, bunyi lesung ditumbuk dan lain-lain lagi
-Bunyi lif yang selalu terbukak (tapi bila tengok tak bukak pon)
-Ada masa lif akan stop sendiri di tingkat-tingkat tertentu, sampai tutup pun dia akan terbukak balik..
(Kalau nasib tak baik,nampak la pape)
-Terasa diperhatikan,di penjuru bilik
-Ada ‘orang’ lain dalam apartmen
Ini cerita mereka di Apartment Ria:
“hishh apartment RIA mmg ade sesuatu..kat sume penjuru pon rase scary je..die punye bilik pon seram je..tapi aku ni stok berani aaa gak..ade skali aku masuk 1 bilik ni (1 unit 2 bilik) before tu x rase ape pon normal je..skali bile masuk je bilik tu sbb nak amik bantal tetibe je bulu roma naik..rase cam seram jerr..
mcm ade mende je kek bilik tu…pehtu memalam ade bunyi ‘tinng’. mcm bunyi bile oven dah panas.”

3. First World Hotel



Ini hotel yang pernah menjadi Hotel Terbesar di dunia sebelum ini. Setakat ini, dah lebih dari 20 kali stay
kat sini tapi nasib baik belum pernah mengalaminya satu. Tapi ramai juga yang dah kena kacau di sini.
Ini kesnya:

-Ada orang berjalan dari atas katil, memang terasa tilam korang penyek time ‘benda’ tu berjalan, serta dengar bunyinya skali
-Darah keluar dari tingkat atas,nampak kat cermin tingkap
-Nampak kelibat orang terjun dari atas, berbaju merah
-Kelibat wanita berambut panjang mengurai, dalam bilik
-Tv terbuka sendiri, takde siaran
Ini cerita dari orang yang mengalaminya:

kat 1st world pun seram aku dgr cita membe aku
ada pompuan rmbut panjang mengurai dok tunggu tepi katil
tu yg diorg cita la
tapi aku ada pegi stay kt 1st world last 2yrs
tak ingat tower brapa
dh penat kt theme park dia, so kitorg pn mls nk balik
stay sana mlm tu
mlm tu aku x leh tido
rasa cam ada org dok usha je aku baring
pastu cam dengar bunyi tv on (bunyi yg x de siaran tu), padahal aku dh off pun
membe aku kt katil 1 lg dh slamat dengko
aku rs aku tido pn still bukak mata smpai pagi
sunyi sepi genting tu kalu tgh mlm"last 2 weeks ago aku, mak aku ngan auntie gi genting and overnite kat
sana kat amber court...mlm tu kitorg kene kacau... camni citernye, amber court ni jauh sikit dari hotel first world, nak gi first world kene naik van..tpt dia kinda scarry, tak ramai org and buruk je..aku masa mule2 sampai tu mmg x sedap ati la nak stay sana.. tp sbb mak aku dah buat booking kan ko terpaksa la stay gak kat sana.. ok after check in tu kitorg gi aaa ke first world... bersuka ria kat sana... then before kuar dari bilik tu mak aku dah offkan dah lampu seme... then kitorg pun off ke first world otel... bersuka ria till kol 8 lebih. then kitorg pun balik laa.. sampai je kat apartment tu, tetiba jek lampu bilik and entrance dah tersedia pasang, hish... mak aku plak mulut capoi sabojela aku, dia gi ckp hey sape plak pasang lampu ni...dia sambut kite agaknye..aku rasa nak reply jek mak ni mulut tu capoinye jaga sikit  mulut tu eh.. tp aku diam jela.. pastu mak aku gi panaskan sardin kat dlm microwave.. then tetiba sardin tu leh meltop... habis bersepah sardin tu kat dlm microwave.. then mlm tu mak aku ketar 1 badan...aku rilek je tido.. then pagi tu makckik aku tanye mak aku..eh milah , ko ade bwk limau bwk masuk dlm bilik ni ke? then mak aku ckp ade.. smlm aku dah sprinkle dlm sardin tu... pastu makcik aku ckp...hah! patut la microwave tu meletop smlm... then lampu yg terpasang tu aku rasa keje dia gak..dia x suke kita stay sini... hmm gitula citenye.."

4. Cradle Rock



Tempat ini juga dikatakan juga agak “keras”. Ini ceritanya:

budak genting panggey tempat tu BATU BERAYUN…
sbab kedudukan batu macam tergantung…
alah korang misti perasan punyer…kalo pegi sana sebab tempat tu kat tepi jalan je/….
kat situ slalu gak ade budak kene sakat sebab merendek kat situ
depa kata kat situ ade kes suicide tapi da lame la…
membe aku kene kat situ…
dia gi jalan2 malam la time tu.dia nih slalu lpas keje pg jejaln kat area tu ader 1 mlm, tu nasib tak baik..
nampak la bende tu…
nampak cam pompuan nangis2……………..
ingat nak tolong la..pegi tanya…..
makin lama makin kuat nangisnya..
dari nangis tuka mengilai kuat…
nasib baik membe aku ni kire kuat gak la..
die blah slow2
besok demam gak la 2 hari

Sekian itu sahaja cerita yg saya dpt seperti yg terdapat di email, jika ada salah & silap, korg betulkan
lah ye? Jika korg pun ada alami gangguan makhluk halus ketika di Genting, korg ceritakanlah di bahagian.. Sama2 kita berkongsi.

Kelebihan Ilmu Ghaib Orang Melayu

Dalam dunia ni sahaja kawasan Nusantara ni penuh dgn macam-macam ilmu ghaib termasuk white atau black magic. Yang peliknya, negara atau bangsa lain tiada pula atau tidak banyak. Macam voodoo pun,setakat puak mereka sahaja yg handal, itu pun kena guna barang fizikal contohnya macam anak patung, tongkat pendek dan 'kerjasama' dgn makhluk ghaib.



Di Nusantara pula, orang Melayu pandai (kebanyakannya tak perlu guna barang sebagai perantaraan):

1. hantar kapak/parang terbang dgn cara bukak portal dimensi titik A ke B (destinasi)

2. keris/parang terbang - levitation

3. tolak hujan

4. gerak batin dan gerak ilham (kebanyakannya dalam silat)

5. kekuatan tumpuan/fokus - contoh dalam pertarungan, memberi tumpuan kepada buku lima dan menggambarkan bahawa buku lima umpama ketul hammer yg berayun, mmg menjadi sampai mangsa batuk berdarah, makan dalam berbulan2 dan boleh K.O.

6. teleportation/jumper - kes solat Zohor di Mekah, Isyak pula solat di rumah di Malaysia.

7. pyrokinesis - tak lut api

8. hydrokinesis - berjalan atas air

9. manipulasi minda - bayangan batin (kebanyakannya dalam silat)

10. psychokinesis/telekinesis - pukulan jarak jauh

11. manipulasi minda - ilmu pengasih

12. perubatan alternatif

13. ESP - ilmu mengelak musuh

14. etheric projection - boleh 'menghadirkan' diri utk rawatan jarak jauh di rumah pesakit

15. astral projection - meraga sukma @ terawangan

16. Clairsentience dan psychometry - boleh kesan (scan) jejak musuh, jejak harimau (dalam hutan) keadaan/suasana selamat atau tidak dsbnya

17. telepathy - komunikasi jarak jauh



18. tele-visualization @ remote view - cari org hilang

19. biokinesis - dpt jelmakan sebijik mcm tubuh sendiri utk jaga ladang @ pendua (org dulu-dulu kata hantu raya)

20. chronokinesis - dapat perlahankan masa, lari berdesup (banyak diamalkan utk perbuatan tidak sihat seperti mencuri dsbnya)

Contoh kebolehan Chronokinesis dalam filem adalah seperti dalam cerita bersiri Heroes, Hiro Nakamura yang mampu memperlahankan masa.

21. invisibility - dapat 'ghaib' sekejap walaupun lalu sebelah musuh

22. byk lagi sebenarnya...

Orang Melayu mungkin ada genetik/darah yg boleh 'trigger' dengan cepat dan mewujudkan 'jambatan' dengan minda sedar dan bawah sedar dan juga 'jambatan' antara zahir dan batin. Bangsa lain pula tiada kelebihan genetik ini, itu yang membuatkan orang Barat sanggup ke Himalaya/Tibet kononnya utk menuntut ilmu spiritual ni.

Dan dalam dunia ni juga, hanya Gunung Ledang (selain Himalaya) dan beberapa gunung lain di Malaysia yg betul mistik dibandingkan dengan gunung-gunung di negara lain.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman
keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk!
(SCROLL DI BAWAH)..

MELIHAT KE DALAM INSIDEN TEMBAKAN DI SOMALIA

Bulatan K4, perhatikan bangunan tinggi. Lokasi strategik untuk keduduk sniper

pemandangan dari sisi lain, K4
bangunan tinggi di kawasan K4

ANALISIS TEMBAKAN

Analisa serangan ke atas kumpulan wartawan Malaysia ini dibuat dengan bantuan bekas penembak tepat terbaik ATM yang mempunyai “9 Confirmed Killed” dan pernah bertugas di Somalia malahan, rakan beliau sendiri pernah menjadi korban di negara itu. Beliau dikenali sebagai “Sniper Gunung”, baru sahaja balik dari Afghanistan untuk membantu pasukan khas kita menjalankan operasi di sana.

sniper gunung-penembak tepat renjer dengan 9 confirmed kill

Beliau mendapat pengesahan dari berita  bahawa mangsa terbunuh akibat tembakan dari peluru jenis “Armour Piercing”  (AP bullet) yang digunakan oleh penembak tepat atau Sniper.

Akhirnya kita tahu bahawa ada dua das tembakan. Salah satu tembakan mungkin tersasar dan satu lagi terkena kenderaan yang membawa Allahyarham, menembusi ketiak. Peluru dari jenis 7.62mm AP itu kemudian bergerak di dalam tubuh mangsa melalui satu proses yang dipanggil “Ricochet” dan
keluar pada bahu mangsa melalui lubang luka yang kita panggil “Outlet”. Proses Ricochet ini menyebabkan paru-paru mangsa luka, terpelantun akibat terkena tulang  dalam badan mangsa dan keluar ke atas melalui bahu.
peluru ni yang no.1 jenis match sniper pakai. anak peluru panjang. yang tengah tu 7.62x51mm NATO (GPMG, HK G3, SLR, HK11A1 etc-ect pakai) dan no. 3 tu 7.62x39mm AK pakai (peluru ketiga hampir meragut nyawa Sniper Gunung dan kini disimpan sebagai kenang-kenangan)ks.

JENIS SENJATA

Teori awal bahawa peluru datang dari sistem senjata GPMG ditolak kerana secara psikologi operator GPMG atau PKM tidak akan melepaskan tembakan satu atau dua das dari jenis senjata mesingan.

Ada dua das tembakan yang didengar agak kuat oleh saksi iaitu wartawan Bernama TV yang duduk di sebelah pemandu.Kemungkinan tembakan dilepaskan tidak kurang dari 300 ke 400 meter dan bergantung kepada arah angin, bunyi itu dibawa sekali jika angin menuju kepada kenderaan media Malaysia.

Melalui pengalaman Sniper Gunung, kawasan K4 yang menjadi medan serangan tersebut merupakan syurga penembak tepat kerana terdapat banyak bangunan tinggi.K4 merupakan gelaran yang diberi oleh askar marin Amerika Syarikat (AS) sebagai singkatan kepada Kilometer 4 dan menjadi bulatan strategik untuk mana-mana pihak yang mahu pergi ke Pasar Bakara atau lapangan terbang, stadium etc.

Di antara senjata yang paling popular diguna oleh penembak tepat di sana ialah dari jenis buatan Russia versi lama iaitu Dragunov SVD, kadang-kadang raifel jenis G3 digunakan.

raifel sniper SVD
raifel G3 buatan german yang kadang-kadang diguna untuk sniping di somalia


Mati katak-orangramai mengerumi mangsa yang terkorban selepas terkena tembakan Ak47 milik pemandu dalam kenderaan di hadapan. Kesalahan mangsa hanyalah mencuri sekampit beras yang diletakkan di belakang kenderaan itu. Gambar dari kedudukan sniping Sniper Gunung


PERLINDUNGAN

Kalau peluru dari jenis AP sudah digunakan, tidak ada jaket kalis peluru yang boleh menyelamatkan anda kerana ia diguna untuk merobek dinding kereta perisai.

MOTIF

Melalui pengalaman Sniper Gunung di Somalia, motif tembakan dan pembunuhan berlaku akibat hal yang remeh temeh.

Curi beras dari belakang kenderaan menyebabkan nyawa manusia melayang, orang di sana kadang-kadang suka untuk menembak sesiapa sahaja mungkin sebagai satu penghantaran message.

Mungkin dalam senario yang menimpa media Malaysia, ada puak yang marah kerana bantuan tidak sampai kepada mereka, mungkin bantuan disampaikan kepada puak atau kabilah yang menjadi musuh mereka.

Dipetik dari militaryofmalaysia.net