Tuesday 18 October 2011

PAGAR DIRI DARI SIHIR

(Imam Malik)  
Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, bahawa Baginda bersabda:
“Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi
kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw.”

MEMAGARI DIRI DARI SIHIR

Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir)Di bawah ini ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh
di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.
Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara memagari diri anda
dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1)

Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah.

Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis
tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

“Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah,dia tidak akan mendapat sebarang
kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”.

Riwayat al Bukhari.


Pagar Kedua (2)

Berwuduk sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk.
Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana
diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

Ertinya: “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana
sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan
ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik
untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam
keadaan bersuci’”

Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.


Pagar Ketiga (3)

Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman
dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan
mengambil peluang untuk mendampingi mereka.

Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan
kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

Ertinya: ‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat
berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.’

Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.

Pagar Keempat (4)

Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir.

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat
mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk
menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya
adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas’ud r.a. telah berkata:

Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur ingga ke Subuh
dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:

Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya”

Riwayat al Bukhari dan Muslim.

Pagar Kelima (5)

Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya
upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu
masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk
oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan
dengan berkata :

Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang
kekotoran dan gangguan syaitan”.

Riwayat al Bukhari dan Muslim.

Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6)

Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin
yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya
sambil berdoa :

“Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya,
dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya.
Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan
orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan
perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya”

Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik.

Pagar Ketujuh (7)

Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga
terlelap.

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:

“Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan
Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi”.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:

“Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ía sendiri sememangnya penipu”.

Riwayat al Bukhari

No comments:

Post a Comment