Kita sebagai penduduk malaysia, negara sentiasa saja mempunyai ancaman dari negara-negara luar terutamanya dari Singapura dan Indonesia. Jadi untuk menjadi sebuah negara yang selamat, kita mempunyai tentera ternsendiri seperti Tentera Darat Malaysia untuk menjaga keamanan negara kita dari segala ancaman luar. Tetapi persoalannya disini, adakah kekuatan tentera kita cukup kuat untuk menahan segala ancaman ataupun peperangan (jika terjadi) yang berlaku di negara kita? Adakah tentera kita mampu bersaing dengan tentera-tentera negara lain termasuk Singapura dan Indonesia? Adakah kelengkapan tentera kita maju, moden dan setanding dengan negara lain? Persoalan ini sering membuat aku tertanya-tanya. Di bawah adalah anggaran kepada kekuatan (termasuk kelengkapan senjata dan kelengkapan peperangan yang lain) Tentera Darat Malaysia (TDM) yang diberi kepercayaan untuk menjaga kedaulatan negara Malaysia ini.
Tentera Darat Malaysia kini mempunyai kelengkapan dan kekuatan seperti berikut :
3 Divisyen Infantri (2 Div, 3 Div dan 4 Div) di Semenanjung
- Markas 2 Divisyen Infantri, Kem Tun Razak, Bukit Gedong, Pulau Pinang
- Markas 3 Divisyen Infantri, Kem Terendak, Melaka
- Markas 4 Divisyen Infantri, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur
1 Divisyen Infantri (1 Div) di Sabah dan Sarawak
- Markas 1 Divisyen Infantri, Kem Bukavu Satok, Kuching
Divisyen Infantri ditubuhkan daripada 10 buah briged infantri dan 1 Briged Mekanis. 1 Briged Para dan 1 Grup Gerak Khas (Briged) diletakkan di bawah naungan dan perintah Markas Tentera Darat. Divisyen 3 (3 Div) kini dalam proses pengubahsuaian menjadi satu pasukan unit menyeluruh (Combined arms) dengan unit-unit tempur infantri, armor, artileri dan pasukan udara.
PASUKAN SIMPANAN TENTERA DARAT : 50,000 orang
Pada masa ini Tentera Darat mempunyai 4 Divisyen Infantri Tempur di bawah pemerintahan Markas Medan Tentera Darat. Formasi Tentera Darat disusun menjadi pasukan seperti berikut :
Unit-unit Tentera Darat Malaysia mempunyai kekuatan berikut :
Rejimen Askar Wataniah mempunyai 16 Rejimen Infantri (Siri 500) dengan setiap Rejimen mempunyai 3 Batalion Infantri. Anggota Simpanan Rejimen Askar Wataniah berjumlah 50,000 orang diletakkan dalam 60 batalion (Rejimen Askar Wataniah).
- 26 Batalion Infantri Standard
- 4 Batalion Infantri Ringan (Light Infantry)
- 3 Batalion Infantri Para
- 4 Batalion Infantri Mekanis
- 1 Batalion Infantri Bantuan
- 5 Rejimen Armor (4 Rejimen IFV, 1 Rejimen Kereta Kebal CVR(T) dan 1 Skuadron Para)
- 16 Rejimen Artileri (4 Rejimen Pertahanan Udara, 2 Rejimen MLRS, 1 Rejimen Artileri Para dan 9 Rejimen Artileri Medan)
- 3 Rejimen Gerak Khas
- Batalion Serangan Udara (Air Assault) dalam perancangan penubuhan
Rejimen Askar Wataniah mempunyai 16 Rejimen Infantri (Siri 500) dengan setiap Rejimen mempunyai 3 Batalion Infantri. Anggota Simpanan Rejimen Askar Wataniah berjumlah 50,000 orang diletakkan dalam 60 batalion (Rejimen Askar Wataniah).
KELENGKAPAN KETENTERAAN
Sepertimana pasukan tentera darat lain di dunia, Tentera Darat Malaysia dibekalkan dengan senjata-senjata terkini yang diperolehi dari beberapa negara.
Malaysia telah mengumumkan pemilihan karbin Colt M4A1 buatan Amerika Syarikat telah dipilih menjadi raifal tempur standard untuk anggota Tentera Darat Malaysia. Pemilihan karbin M4 menepati spesifikasi ATM yang mahukan senjata yang jauh lebih fleksibel, ringan, mempunyai ciri-ciri inovatif dan mudah digunakan. Senjata ini akan dikeluarkan buat di Malaysia dengan secara berlesen oleh SME Ordnance. Perolehan karbin M4 membabitkan permulaan 14,000 unit dan akan dilakukan secara berperingkat. M4 Carbine akan dilengkapkan dengan aksesorinya. Hantaran fasa pertama dijangka Oktober 2006. Pembelian M4 Carbine bernilai RM70 JUTA melibatkan peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi pemodenan sistem persenjataan ATM.
KELENGKAPAN LAIN:
ARMOR
KENDERAAN PENGANGKUT
PELURU BERPANDU
Sepertimana pasukan tentera darat lain di dunia, Tentera Darat Malaysia dibekalkan dengan senjata-senjata terkini yang diperolehi dari beberapa negara.
Malaysia telah mengumumkan pemilihan karbin Colt M4A1 buatan Amerika Syarikat telah dipilih menjadi raifal tempur standard untuk anggota Tentera Darat Malaysia. Pemilihan karbin M4 menepati spesifikasi ATM yang mahukan senjata yang jauh lebih fleksibel, ringan, mempunyai ciri-ciri inovatif dan mudah digunakan. Senjata ini akan dikeluarkan buat di Malaysia dengan secara berlesen oleh SME Ordnance. Perolehan karbin M4 membabitkan permulaan 14,000 unit dan akan dilakukan secara berperingkat. M4 Carbine akan dilengkapkan dengan aksesorinya. Hantaran fasa pertama dijangka Oktober 2006. Pembelian M4 Carbine bernilai RM70 JUTA melibatkan peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi pemodenan sistem persenjataan ATM.
Sepertimana tentera darat lain di dunia, Tentera Darat Malaysia juga memiliki pelbagai jenis persenjataan lain, kebanyakannya digunakan oleh pasukan khas seperti Grup Gerak Khas atau anggota tentera yang memiliki tugas khas seperti penembak tepat.
KELENGKAPAN LAIN:
ARMOR
MODEL | ASAL | KEGUNAAN | VERSI | JUMLAH | NOTA |
Bumar-Labedy PT-91. | Kereta kebal utama | PT-91M "Pendekar" | 48 | ||
FNSS ACV 300 | Kenderaan tempur infantri | ACV 300 Adnan | 211 | Penghantaran tambahan 30 unit dijadualkan pada 2010 berdasarkan pengumuman di DSA 2008. | |
MIFV K200 | Kenderaan pembawa anggota | K-200 KIFV yang dimodenkan | 111 | ||
FV101 Scorpion | Kereta kebal ringan | FV 101 Scorpion | 26 | ||
Sibmas | Kenderaan sokongan tembakan berperisai | Sibmas 90 | 184 | ||
Rheinmetall Condor | Kenderaan pembawa anggota berperisai | Condor APC | 460 | ||
Alvis Stormer | Kenderaan berperisai ringan | - | 25 | ||
Haegglunds Bandvagn 206 | Kenderaan berperisai ringan | - | 80 | ||
Avibras AV-VBL | - | Kenderaan arahan artileri | AV-VBL | 4 | |
V-150 | Kenderaan sokongan tembakan berperisai Kenderaan pembawa anggota | - | - | ||
Pindad APS-3 | Kenderaan pembawa anggota berperisai | Anoa | 30 | Bagi kegunaan tentera pengaman Malaysia di Lebanon. |
KENDERAAN PENGANGKUT
- 1511x Trak HICOM Handalan (4x4) 3 tan.
- 168x Kenderaan penarik meriam Pinzgauer (4x4) 2 tan.
- 164x Pengangkut mortar Pinzgauer (6x6) 2 tan dengan 144 treler peluru.
- 85x Kenderaan taktikal berkelajuan tinggi URO VAMTAC (VehÃculo de Alta Movilidad Táctico) (4x4) 3 tan.
- 13x Kenderaan kembalik ringan Isuzu FTS33H (4x4) 6 tan.
- 29x Pelindung komunikasi Isuzu FSS32G (4x4) 5 tan.
- 19x Ambulans medan IVECO M4010 (4x4) 2 tan.
- 04x Kenderaan komunikasi satelit IVECO M4012 (4x4) 2 tan.
- 33x Ambulans medan Gomba Stonefield.
- 4x4 Land Rover Defender .
- 4x4 G-wagon (pemasangan tempatan).
- Trak Mercedez Benz 911 3 tan (dibersarakan)
- Trak TATA 1613 3 tan.
- Trak Bedford RL 3 tan (dibersarakan)
- Volvo C303 (dibersarakan).
PELURU BERPANDU
NAMA | ASAL | VERSI | JUMLAH | NOTA | ||
PERTAHANAN UDARA | ||||||
MBDA Rapier | "Jernas" | 15 | - | |||
Shorts Starburst | Standard | 700 | Kebanyakan dipasang pada pelancar LML | |||
Anza | Mk.II | 500 | PAC only | |||
9K38 Igla | SA-18 | 200 | Sistem pertahanan udara mudah alih. | |||
ANTI KERETA KEBAL | ||||||
Baktar-Shikan | Standard | 450 | - | |||
9К115-2 Metis-M | Standard | 20 | - | |||
MBDA ERYX | Standard | 270 | PAC only | |||
Saab Bofors Dynamics AT4 | Standard | Tidak diketahui | Digunakan oleh Pasukan Operasi Khas sahaja | |||
C-90 CR (M3) | RB LAW | Tidak diketahui | - | |||
Carl Gustav | M2 | Tidak diketahui | - | |||
Raifal rekoil M40 | Standard | 150 | - | |||
RPG-7 | Standard | 584 | - | |||
ARTILERI | ||||||
Astros II MLRS | Keris 300 mm | 18 | - | |||
Denel howitzer G5 | Howitzer Mk.3 | 28 | - | |||
VSEL FH-70 | Standard | 15 | - | |||
OTO Melara Mod 56 | Standard | 200 | - | |||
Oerlikon 35 mm | Standard | 29 | - | |||
Bofors 40 mm | Standard | 36 | - | |||
ACV-S 300 | - | - | 8 | Pembawa mortar bergerak berperisai. |
No comments:
Post a Comment