7-Eleven ialah sebuah francaisor, pelesen, dan pengendali rangkaian kedai serbaneka antarabangsa yang juga, sejak Mac 2007, menjadi rangkaian kedai terbesar dalam semua kategori setelah mengatasi McDonald's dengan 1,000 cawangan. Kedai-kedainya terletak di 18 buah negara, dengan pasaran-pasaran terbesar di Jepun, Amerika Syarikat, Taiwan dan Thailand.
7-Eleven ialah anak syarikat SEVEN & I HOLDINGS CO. di Jepun.
Antara tawaran-tawaran 7-Eleven termasuk produk label persendirian, termasuk Slurpee, iaitu minuman separa beku yang diperkenalkan pada pertengahan 1960-an, dan Big Gulp, iaitu minuman ringan yang diisi dalam cawan besar yang bersaiz antara 20 dan 64 auns bendalir.
Kedai-kedai 7-Eleven di Malaysia dimiliki oleh CONVENIENCE SHOPPING SDN. BHD. (CSSB) yang kini mengendali kira-kira 800 buah kedai di seluruh negara dan berancang untuk mengembang sehingga 1000 cawangan. 7-Eleven di Malaysia ditubuhkan pada 4 Jun 1984 oleh BERJAYA GROUP BERHAD.
7-Eleven diasaskan pada tahun 1927 di Dallas, Texas, Amerika Syarikat, apabila seorang pekerja Southland Ice Company, Joe C. Thompson, mula menjual SUSU, TELUR dan ROTI dari sebuah dok ais. Lokasi asalnya merupakan hadapan kedai yang diubahsuai di Southland Ice Company, sebuah kilang pembuatan ais. Sungguhpun adanya kedai runcit kecil dan perniagaan am di kawasan sekeliling, para pengurus kilang ais mendapati bahawa penjualan "barang serbaneka" seperti roti dan susu memang popular. Maka, terbukalah beberapa cawangan 7-Eleven di kawasan Dallas. Mula-mulanya, kedai-kedai ini dibuka dari 7 PAGI hingga 11 MALAM, iaitu tempoh perniagaan yang agak panjang pada waktu itu, maka demikianlah nama kedai ini. Syarikat ini mula menggunakan nama 7-Eleven pada tahun 1946. Menjelang tahun 1952, 7-Eleven membuka kedainya yang ke-100.
Pada tahun 1962, 7-Eleven mula menguji penjadualan 24 jam di Austin, Texas. Pada tahun 1963, kedai 24 jam dibuka di Las Vegas, Fort Worth dan Dallas.
Pada zaman 1980an, syarikat ini mengalami masalah kewangan, menjual bahagian aisnya, dan telah diselamatkan daripada bankrup oleh Ito-Yokado, francaisnya yang terbesar. Pada tahun 1987, John Philp Thompson, CEO 7-Eleven, telah melengkapkan $5.2 bilion pembelian pengurusan syarikat yang bapanya menjadi pengasas. Pembelian balik itu mengalami kesusahan daripada kejatuhan pasaran saham 1987 dan selepas kejatuhan untuk menaikkan hutang kewangan, syarikat telah menawarkan sebahagian daripada saham syarikat sebagai satu permulaan untuk melabur di dalam bon syarikat.
Syarikat Jepun telah berjaya mendapat kawalan saham pada tahun 1991, semasa Japanese asset bubble awal 1990an. Ito-Yokado membentuk Seven & I Holdings Co. dan 7-Eleven telah menjadi salah satu subsidiari pada tahun 2005. Pada tahun 2007, Seven & I Holdings telah mengumumkan yang mereka akan mengembangkan operasi di Amerika, dengan penambahan 1,000 stor 7-Eleven di A.S.
7-Eleven, Inc. Merupakan kedai serbaneka terbesar dunia dengan mempunyai 39,400 kedainya di 16 negara, sebanyak 8,300 kedai di Amerika utara sahaja, dan mempunyai cawangan terbanyak di luar dari tempat ditubuhkan mengatasi mana-mana cawangan kedai-kedai lain termasuk cawangan makanan ringan seperti KFC atau McDONALD.
7-Eleven menambah satu lagi kedainya di seluruh dunia setiam 6 ½ jam.
7-Eleven adalah yang pertama … beroperasi 24 jam sehari … menjual kopi dengan bancuhan sendiri ... menjual minuman bergas dengan pelanggan menuangnya sendiri … dan menjual minuman bergas bersaiz besar.
7-Eleven kedai yang pertama mengiklankan kedainya di televisyen..
7-Eleven adalah kedai serbaneka pertama yang memberi pelanggannya “kebebasan untuk memilih” dengan menawarkan pelbagai jenama minuman bergas yang terkenal di mesin airnya.
7-Eleven adalah kedai serbaneka pertama yang menjual top up.
Slurpee® terjual paling banyak di Winnipeg, Manitoba, di Canada, diikuti dengan Detroit, Mich. Tetapi kedai yang paling banyak menjual slurpee terletak di Kennewick, Washington.
Pelanggan 7-Eleven di seluruh dunia menghirup 13 juta Slurpee® setiap bulan. Sejak diperkenalkan pada 1966, hampir 6.5 bilion Slurpee telah dijual, hampir mencukupi untuk membekalkan slurpee kepada setiap manusia di muka bumi ini.
7-Eleven menjual 60 juta donat dan pastri setiap tahun – sebagai purata, setiap minit, 7-Eleven menjual 275 ‘fresh bakery’.
7-Eleven menjual lebih banyak kopi segera dari barangan lain –1 juta cawan setiap hari. Ianya lebih dari 10,000 teko kopi dalam setiap jam, setiap sehari, setahun. 7-Eleven boleh menyediakan kopi untuk penduduk kelahirannya di Dallas setiap hari
Jika disusun makanan ‘fresh bakery’ yang dibuat untuk 7-Eleven setiap tahun, ia akan memanjang sehingga 6,000 batu.
7-Eleven menggunakan 365,000 paun gula setiap bulan untuk membuat donut dan pastri lain.
Hampir satu pertiga dari 6 juta manusia yang singgah di 7 eleven di Amerika setiap hari hanya untuk membeli makanan ringan.
7-Eleven adalah destinasi terkenal untuk membeli minuman di Amerika. Lebih dari separuh pengguna di sana membeli minuman tanpa alkohol disitu.
Dianggarkan sebanyak 25 peratus dari penduduk Amerika tinggal kurang dari satu batu dari kedai 7-Eleven.
7-Eleven menjual lebih kurang 100 ‘hot dog’ setiap tahun, ianya lebih banyak dari mana-mana kedai di Amerika,
Apabila Big Gulp 32-auns diperkenalkan pada 1980, ianya adalah minuman ringan terbesar didunia. 8 tahun kemudian, 7-Eleven memperkenalkan pula 64-auns Double Gulp, ianya masih lagi memegang rekod sebagai minuman ringan terbesar di dalam pasaran
7-Eleven menjual hampir 38 juta gelen minuman ringan setahun – cukup untuk memenuhkan 51 kolam renang bersaiz olimpik.
7-Eleven menjual 41 juta gelen susu setiap tahun–mencukupi untuk menuang dua gelas susu untuk semua kanak-kanak, lelaki dan perempuan di Amerika.
7-Eleven menjual lebih 2,300 sandwich setiap jam.
Jika semua kad prabayar yang dijual 7-Eleven disusun, ia mencukupi untuk membuat 30 padang bolasepak.
Jika semua minuman ringan yang dijual di 7-Eleven dalam setahun, ianya mencukupi untuk memenuhi Typhoon Lagoon di Walt Disney World sebanyak dua kali.
7-Eleven mempunyai rangkaian terbesar ATM dari mana-mana kedai lain di Amerika.
Jualan murah terbesar di 7 Eleven adalah pada hari Krismas.
Sumber:
6 PERKARA YANG MUNGKIN KORANG TAK TAHU TENTANG 7-ELEVEN MALAYSIA:
7-Eleven pertama di Malaysia dibuka pada 9 Oktober 1984 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan masih beroperasi sehingga kini.
“Cawan Lutsinar” untuk Slurpee diperkenalkan pada 21 Januari 2008 supaya pelanggan dapat membuat campuran mereka sendiri dari perisa yang ditawarkan.
8oz. Cawan kecil slurpee pertama diperkenalkan pada 10 November 2008 untuk waktu yang tertentu.
7-Eleven menggunakan beg plastik yang mesra alam.
7-Eleven Malaysia meraikan ulang tahun 25 nya pada on 6 April 2009, ia juga bersempena pembukaan kedainya yang ke seribu 1,000 di Bandar Sunway.
Di Malaysia, hari 7-Eleven diadakan pada 7 November (7/11) yang mana Julai 11 juga adalah hari kelahiran rasmi 7-Eleven.
FAKTA MENARIK 7 ELEVEN DI SELURUH DUNIA
7-Eleven menjual lebih banyak kopi segera dari barangan lain –1 juta cawan setiap hari. Ianya lebih dari 10,000 teko kopi dalam setiap jam, setiap sehari, setahun. 7-Eleven boleh menyediakan kopi untuk penduduk kelahirannya di Dallas setiap hari
Sumber:
Wikipedia
No comments:
Post a Comment