Seorang penjaga gol sebuah kelab bolasepak di Crotia,Ivan Banovic, mendapat kad kuning semata-mata kerana membawa keluar seekor kucing dari padang.
Ia terjadi semasa perlawanan Division I Crotia di antara kelab Sibenik dan Medjimurje Cakovec. Kisah ini menjadi liputan luas di media-media Crotia, Isnin (23/11).
Ivan Banovic merasa terkejut semasa pertandingan memasuki minit ke-20 kerana tiba-tiba ada seekor kucing berjalan ke arah tiang gol yang dikawalnya. Banovic (25) mengangkat haiwan tersebut dengan penuh kasih sayang dan kemudian meletaknya di tempat selamat berdekatan papan skor.
Namun, pengadil menganggap tindakan Banovic tidak sepatutnya dan segera mengeluarkan kad kuning buat pemain itu dengan alasan, meninggalkan padang tanpa izin.
Tindakan pengadil itu menjadi kemarahan penonton, mereka mengejek pengadil tu.Penonton menuduh pengadil itu tidak mempunyai perasaan kemanusian.
No comments:
Post a Comment