Monday 17 October 2011

Kenali Bapa Steve Jobs Yang Sebenar!

Kita semua sudah tahu yang pengasas Apple merupakan anak angkat sejak lahir. Tapi tahukah kita
siapakah bapa sebenar beliau yang bernama Abdul Fattah “John” Jandali? Di sini saya akan ceritakan
sedikit sebanyak tentang bapa semulajadi Steve Jobs.

Abdul Fattah Jandali merupakan seorang imigran warga Syria. Abdul Fattah sekarang berumur
80 tahun, dilahirkan... di Hims, dalam wilayah Homs Syria pada 15hb Mac, 1931. Beliau berpindah
ke Beirut, Syria semasa berumur 18 tahun dan memasuki American University di sana pada tahun
1952.

Antara tahun 1952-1956, disebabkan oleh situasi ekonomi dan politik Syria yang semakin buruk,
beliau berpindah ke Damascus University di mana beliau telah memilih untuk menjadi Peguam tanpa
restu bapanya. Bapanya merupakan seorang yang hartawan di Syria walaupun tidak berpendidikan
tinggi.

Bapanya merupakan seorang yang memiliki tanah yang luas di Syria. Selepas itu beliau telah berpindah
ke New York dan tinggal bersama rakan keluarganya dan memasuki Columbia University mengambil
bidang Sains Politik dan Ekonomi. Beliau menuntut di Universiti Columbia selama 1 tahun sebelum
berpindah ke Wisconsin dan menamatkan pelajarannya dalam bidang Sains Politik di University of
Wisconsin pada tahun 1956 dengan thesis bertajuk “United Nations Efforts to Set Standards for
National Independence.” sebelum menjadi profesor di Universiti berkenaan.

Semasa beliau mengajar di universiti tersebut, beliau telah bertemu dengan Joanne Carole Schieble

dari Green Bay, Wisconsin USA yang berkebetulan pada masa itu sedang membuat program
Post Graduate di situ. Mereka mula “dating” dan dan akhirnya hubungan mereka semakin intim
sehinggakan perhubungan tersebut tidak direstui dan dilarang oleh bapa Joanne, apabila mengetahui
Abdul Fattah adalah warga asing berketurunan Arab. Beliau tidak bersetuju Abdul Fattah mengahwini Joanne. Tambahan pula ketika itu, Joanne telah mengandung anak hasil perhubungan tersebut, masih bersekolah dan tidak berkahwin. ( Ini pada tahun 1950an di mana masalah hamil anak luar nikah tidak berleluasa seperti sekarang di Amerika)

Abdul Fattah telah menambahkan nama “John” sebagai namanya, dan mahu dikenali sebagai John

Abdul Fattah Jandali. Oleh kerana mereka inginkan anak tersebut dilahirkan, Abdul Fattah dan Joanne akhirnya telah berpindah ke San Francisco, California di mana Joanne telah melahirkan anak mereka
pada 24hb Feb, 1955. Seminggu selepas itu mereka menyerahkan anak mereka kepada keluarga angkat yang menamakan anak tersebut sebagai “Steven Paul Jobs”.

Setahun kemudian, pada 26 hb Disember 1956, Abdul Fattah mengahwini Joanne di Preble, Green
Bay, Wisconsin setelah bapa Joanna meninggal dunia. Mereka memperolehi anak perempuan
bernama Mona pada 14hb Jun, 1957 semasa Abdul Fattah berumur 26 tahun.

Abdul Fattah Jandali dan Steve Jobs - Adakah mirip ayah dan anak?


Setelah berkahwin, mereka berpindah ke Syria. Dengan harapan Abdul Fattah untuk menjadi Diplomat
di Syria tidak kesampaian disebabkan oleh masalah politik Syria yang begitu serius, Abdul Fattah
akhirnya bekerja sebagai Manager di sebuah syarikat Panpisan minyak. Joanna tidak gembira tinggal
di Syria menyebabkan beliau pulang ke Greenbay Wisconsin, dan melahirkan anak mereka Mona
di sana tanpa Abdul Fattah. Abdul Fattah kemudiannya pulang semula ke MAdison Wisconsin,dan
mula mengajar di Universiti berkenaan. Beberapa tahun selepas itu, beliau dan Mona bercerai.

Sekarang Abdul Fattah berumur 80 tahun dan bekerja sebagai General Manager di Boomtown Casino
di bandar Reno, Nevada.

Memperolehi dua orang anak yang popular, iaitu Steve Jobs, Pengasas Apple Computer dan Mona Simpson, seorang novelis tersohor di USA dan merupakan satu-satunya adik kandung Steve Jobs.

Abdul Fattah hanya mengetahui yang Steve Jobs adalah anak biologinya pada tahun 2005. Bermula
dari itu beliau telah menghantar emel beberapa kali kepada Steve setelah mengetahui masalah kesihatan
Steve.

Setelah mendengar berita tentang kematian Seteve Jobs, Abdul Fattah menghubungi bekas isterinya
Pn Simpson tetapi isteri beliau tidak menjawabnya. Beliau juga membaca cerita tentang “speech” atau ucapan yang diberi oleh Steve di Stanford University pada tahun 2005 dan Steve memberitahu yang
beliau adalah anak angkat – seperti quote beliau ini - “My biological mother was a young, unwed
college graduate student … She felt very strongly that I should be adopted by college graduates”

Mona Simpson - satu-satunya adik Steve Jobs
Steve Jobs pernah berhubung dengan ibunya Pn Simpson dan juga adik beliau Mona tetapi tidak
dengan Abdul Fattah. Mona pada tahun 1993, pernah menulis sebuah novel bertajuk
“The Lost Father,” iaitu kisah seorang ayah yang tidak pernah dikenalinya. Malangnya, Steve Jobs
tidak pernah berjumpa dengan bapanya……. (sumber Wallstreet Journal)

No comments:

Post a Comment