Friday, 19 August 2011

Tembakau asal dari kencing Iblis???

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka” .

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”

Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”

Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”

(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12)
Kepada rakan-rakan ku yang merokok, moga kita tidak rasa tersinggung hati dengan hadis ini

Sumber : 1) http://nelayan-lautdalam.blogspot.com/
2)

Nota :

Berkemungkinan hadis di atas palsu dan sengaja direka cipta kerana pelbagai alasan.Hujah-hujah mengapa hadis palsu adalah seperti berikut:

1) palsu, tembakau cuma ditemui oleh penjajah sepanyol ketika mendarat di latin amerika sekitar abad ke 16M. kaum latin amerika yg pertama kali menanam tembakau.

2) Hadis ini adalah palsu.Ia tidak diriwayatkan dalam mana-mana kitab hadis, yang sahihnya atau yang dha`ifnya.
Ia adalah satu pembohongan yang keji atas nama Nabi. Haram menyebarkannya.

3) jika wujud hadith yg spefisik dan sahih dalam bab merokok, maka mudahlah Majlis Fatwa kebangsaan memfatwakan haramnya merokok…sampai sekarang, MFK belum lagi gazzette fatwa keharaman rokok kerana faktor terbesar ialah tiada larangan khusus dalam AQ & AS. ia cuma Qias sahaja dan lapuran sains klinikal sahaja

4) penulis buku HARAM MEROKOK ini iaitu Adil Akhyar pernah menulis buku mengenai “poligami tidak sunnah” ( nonsense ? )

5) Manuskrip setua mana sekalipun memang tidak dikira. Jika tidak sudah tentu para huffaz meriwayatkannya. Hadith ini juga tidak ditemui dalam karya hadith sahih, da’if, dan mawdu’ (palsu).

Read more: http://www.suarabawahtanah.com/2011/04/hadis-mengenai-hukum-merokok-sebenarnya.html#ixzz1KJpROnzK

Pengharaman rokok bukan datang dari hadis Nabi secara direct. Lebih kurang seperti dadah. Tapi adalah Fatwa yang dikeluarkan ulama’2 berdasarkan dalil aqli(akal, perbandingan) dan naqli(Hadis, Al-Quran).

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.
* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad Umar Hashim (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK
1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

Asap adalah makanan para Jin,iblis dan syaitan adalah dari golongan Jin yang jahat yang telah berikrar di hadapan Allah akan menyesatkan manusia dari keturunan Adam supaya menjadi pengikut mereka.Kakitangan Syaitan dan Iblis ini yang berupa manusia dari keturunan Yahudi Laknatullah akan sentiasa memusuhi Islam dan berusaha secara halus meresapi kehidupan umat Islam.

Hasilnya kini umat Islam berpecah belah dengan pelbagai gejala sosial yang boleh membuatkan sebuah negara hancur sahsiah dan moral.Fitnah dan adudomba menjadi kesukaan pengikut Syaitan ini.Artis menjadi pujaan,ulamak mendapat kejian.Kehidupan yang berpaksi kepada kebendaaan menjadi pegangan dan kebanggaan.Roh Islam kian pudar dan tidak mendapat keberkatan Allah kerana Pemimpin yang dipilih rakyat menjadi kuda tunggangan Yahudi,sekutu Iblis dan Syaitan.
sumber: http://waksab.blogspot.com/2011/04/tembakau-asal-dari-kencing-iblis.html

No comments:

Post a Comment