Friday, 12 August 2011

Lelaki Mahu Beli Kereta dengan Syiling Seberat 300 Kg



Menurut China Daily, seorang ahli perniagaan di China mahu membeli kereta dengan syiling yang dikumpulnya. Peniaga tepung dengan nama keluarga Wang, tiba di sebuah kedai kereta di Xianyang, Shaanxi dengan syiling seberat 300 kg.

"Saya mahu membeli kereta. Saya ada 60 000 yuan (RM27 756) tunai," katanya kepada jurujual.

Menurut Wang, dia mengumpul sekitar 10,000 yuan (RM4,626) syiling setiap bulan yang diperolehnya melalui pembayaran pelanggannya.

Cuba teka apa respons penjual kereta yang ditemui Wang? Menurut laporan, penjual itu tidak kisah untuk menerima syiling tersebut, namun dia menghadapi kesukaran untuk mencari bank yang mahu menerima bayaran dengan cara yang jarang-jarang dilakukan itu. Setakat ini, hanya sebuah bank sanggup menerima syiling itu. Walau bagaimanapun, pihak bank hanya  mahu menerima 15,000 yuan (RM6,940) syiling.

Sehubungan dnegan itu, Wang masih menunggu mana-mana bank yang sanggup menerima baki syiling sebelum memandu pulang kereta yang baru dibelinya.

No comments:

Post a Comment