Sunday, 29 May 2011

Barbican Atau Istak?


Isu Semasa
Assalamualaikum dan salam blogger,
Berkenaan dengan isu panas "Bir Arab ada alkohol"
saya bukan nak kata yang mana  satu betul atau tidak ,cuma nak kongsikan apa yang saya jumpa
  
How to Make a Barbican

Shake with ice and strain into a cocktail glass. Barbican Ingredients 

1/2 oz Drambuie
 
3 oz Scotch Whisky
 
1 oz Passion fruit Juice

http://www.drinkswap.com/how/barbican.htm

Tapi mungkin Barbican yang di jual di malaysia berlainan,yang masih menjadi misteri ialah jenama apa yang sebenarnya yang disahkan mengandungi alkohol itu,
Barbican atau Istak,ada yang kata barbican,ada yang kata Istak.tapi tak dapat dipastikan sebab JAKIM masih lagi menyembunyikan fakta sebenar tanpa bagitahu jenama apa sebenarnya yang mengandungi Alkohol.

Ini pula apa yang saya jumpa disini
http://www.husainibrahim.com/?p=644

husainibrahim Reply:
August 31st, 2010 at 17:33
Saya mengandaikan saudari juga pernah meminum Barbican tersebut sama ada di kedai-kedai makanan Arab atau di negara Arab sendiri.

Barbican merupakan produk minuman sebuah syarikat milik warga Saudi bernama Aujan Industries. 

Aujan Industries ditubuhkan pada 1909 oleh Ahmad Aujan yang berasal dari Bahrain (masa tu Bahrain dgn Saudi ni satu).

Justeru, mengetahui ia adalah produk Muslim dan diterbitkan pula di negara Saudi yang peratus Muslim yang tinggi dan mempunyai kawalan terhadap produk makanannya, kehalalannya tidak menjadi pertikaian lagi. Wallahua’lam.
Yang ini pula pandangan dari Dr.yusuf Qaradawi
Al-Qaradawi mengatakan bahawa minuman yang mempunyai alcohol sebanyak 5/1000 or 0.5% adalah dibenarkan dalam Islam. Beliau yang juga Pengerusi “International Organisation of Islamic Jurists” mengatakan bahawa ia dibenarkan kerana kuantiti alcohol yang kecil itu tidak menyebabkan mabuk. 
Tetapi bagi Al-Qaradawi, syaratnya ialah alcohol tersebut terhasil secara semula jadi (natural fermentation or anaerobic conversion). Ini kerana, jumlah alcohol sebanyak 5/1000 atau 0.5% di dalam minuman, adalah terlalu kecil dan tidak signifikan untuk menjadikan minuman itu haram, apatah lagi jika ia (alcohol) itu dihasilkan secara semula jadi dan tidak melalui proses campuran pembuatan oleh kilang atau seumpamanya.

Fatwa tersebut telah dikeluarkan oleh Al-Qaradawi berikutan banyaknya pertanyaan daripada masyarakat tentang perlambakan minuman tenaga dan makanan yang mengandungi alcohol dalam kuantiti yang kecil di pasaran.

Dan pandangan dari Ustaz Zaharudin

Bir yg didakwa halal sebelum ini rupanya ada nisbah alkohol, yg mana dalam hadis menyebut, "apa yg banyaknya memabukkan, maka sediktnya juga haram" ما أسكر كثيره فقليله حرام . Atas sebab itu,  apabila didakwa bir yang dijual itu TAK MABUK DAN TAK ADA ALKOHOL, maka ulama kata ia HARUS (BOLEH MINUM). Tiada yg salah dgn pendapat ulama tu. Cuma perlu difaham dengan teliti sahaja letak duduk perkara. Namun sekarang bila sudah terbukti ada alkohol walau pada nisbah kecil, ia kembali kepada hukum sebenar, ia adalah HARAM.

Dengan bongkaran baru-baru ini, apa yang jelas adalah umat Islam ditipu oleh pengeluar kerana ada minuman bir yang didakwa tiada alkohol, rupanya ada alkohol.

Fahamkan perbincangan illah dan kaitan dgn isu bir yang didakwa halal tu. Hadis nabi yg menjadi pegangan bahawa arak haram kerana memabukan adalah " كل مسكر خمر كل خمر حرام" (ertinya : Setiap yang (minuman & makanan) yang memabukkan itu adalah arak dan setiap arak itu haram) . Banyak lagi matan lain yang berbeza lafaz tapi ertinya adalah sama.
Untuk pengetahuan, saya sedang merujuk kepada kes ini http://www.hmetro.com.my/articles/2011052803044620110528030446/Article


An-Nu'man bin Basyir berkata,"Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, 'Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia.
 

Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya.
Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya.
 

Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. 
Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging.
Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.'"
(HR. Bukhori)

No comments:

Post a Comment