Sunday, 6 November 2011

7/13 = Tunjukkan Kepadaku Jalan Yang Lurus



●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●
        7/13 = Tunjukkan Kepadaku Jalan Yang Lurus
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

Assalamualaikum Tuan-puan semua. Tanpa disangka (Kitab Memintas Al-Masih Dajjal) selamat tiba pada fasa ke-7 pada hari ini, bagaikan dicaturkan oleh Yang Maha Menentukan = AL-QAHHAR (rujuk 99 nama Allah, nama ke 15) tatkala memilih tajuk ini dengan Nama di atas sedikit linangan air mata telah berlaku, kami hanya menyampaikan tetapi kami sendiri sedar, ramai lagi keluarga kita sendiri yang sangat susah untuk kami cerahkan.

Yup, subconscious mind atau minda bawah sedar sangat terkesan terhadap mereka, artikel yang dilepaskan kali ini, jatuh pula pada tarikh:
7 Ramadhan 1432
7 Ogos 2011
Hari Ahad.

Segala Puji Pada Allah, Tuhan Alam Semesta ini,  proses Alter Terahsia yang kami janjikan telah mendapat pemerhatian MERAH dari MIDDLE EARTH, banyak artikel kami, komen pencerahan kami, gambar dakwah kami, telah berjaya dipancarkan melalui siri pencerahan kami di Alam Maya & Alam Nyata. Tahniah kepada yang sempat menemui PAGE ini, kepada yang mengenali penulis, anda akan dapati diri kami seperti berikut = Apperance Not Same With Reality

Artikel Pencerahan Bermula.



[Ayat 6]
"Tunjukilah kami jalan yang lurus."

[Ayat 7]
"Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula orang-orang yang sesat."
[Al-Quran]
[Surah Al-Fatihah]

Tuan-puan semua. Tahukah anda, Surah Al-A'laq = Al-Iqrak (nama timangan lain) adalah wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, mengapa pula surah Al-Fatihah mendapat pesan dari Nabi supaya disusunkan menjadi surah pertama? Baca baik-baik jaringan matriks kami kali ini. Ia sangat berkait rapat dengan pencerahan kami dari Siri 1 sehinggalah siri 6 dalam Kitab ini. Baiklah, Pencerahan bermula:



PENCERAHAN PERTAMA:
[Ayat 6]
"Tunjukilah kami jalan yang lurus."
[Al-Quran]
[Surah Al-Fatihah]

Keterangan:
Allah mengajar umat manusia supaya sentiasa hanya meminta pertolongan dari Nya. Ayat ini takkan turun kalau tidak ada 1 dugaan yang SUPER POWER bakal ditatang oleh umat Muhammad. Ayat ini mengajar kita supaya sentiasa berada di jalan yang lurus walau apa pun dugaan di keliling kita. Jalan yang lurus bermaksud = ajaran & cara hidup Islam yang asli & harmoni. Sekuat mana pun ujian untuk kita jangan lupa pada misi roh kita, iaitu kembali pada Allah.

Jasad kita adalah sangkar pada roh kita sedangkan roh kita sangat merindu kembali kepada penciptanya tapi sayang, nabi kita berpesan, umatku akan berpecah kepada 73 golongan, hanya 1 golongan masuk syurga. Ini diperkuatkan lagi dengan nasihat baginda, dari 1000 orang umat akhir zaman, 999 dari mereka adalah Yakjuj Makjuj. Barang siapa yang tak ikut cara hidup Islam, maka hidupnya tak lurus, bila hidupnya tak lurus, maknanya dia ada kebarangkalian meniru hidup "orang lain". Bila kita mula hidup dengan cara hidup mereka, secara tak langsung kita menolak JALAN YANG LURUS.

Tatkala jalan hidup kita bengkang bengkok, maka hidup kita takkan pernah tenang. Ketenangan hanya sampai bila JALAN YANG LURUS dipatuhi tapi sayang, ayat ini turun atas ASBAB kedatangan fitnah akhir zaman, lebih2 lagi peranannya menyelamatkan kita. Ayat ini mendidik kita supaya sentiasa bermohon kepada Allah supaya hidup kita selalu lurus. Bila Allah perhatikan kita selalu istiqomah dalam meminta, pasti 100% dia tunaikan sebab itu kita kena selalu minta pada Allah, supaya hidayah & petunjuk dikurniakan pada kita



Kita benar2 hidup di ambang kemunculan Al-Masih Dajjal & Al-Masih Mahdi sebelum turunnya Nabi Isa (oleh itu luruskan hidup kita). Ini kan berlaku selagi mana Tasik Galilee (signal penting dari Allah) belum kering lagi dan kerana itu, sebelum kejadian ini berlaku, pastilah apa yang Nabi Muhammad risaukan patutnya dah berlaku. Apakah dia wahai anak cucuku? Ianya apa yang baginda nabi amarankan ---> FITNAH AKHIR ZAMAN. Ianya meliputi semua cara hidup manusia yang asalnya lurus, tapi akhirnya bengkang bengkok sebab itulah ayat Al-Quran sangat relevan sepanjang zaman (always up to date, NO NEED UPDATE!!! ). Bila anda amati betul2 AURA ayat no.6 Al-Fatihah ini barulah anda akan faham jaringan matriks seterusnya. -----------> WHY???


================================================
"Yang menggerakkan hati manusia ni ialah Allah, Allah sendiri bagi nasihat kepada Nabi & semua Rasul-rasulnya supaya jangan bersedih. Kalau ada umatnya yang tak mau ikut jalan mengenal tuhan, sebabnya yang bagi hidayah & petunjuk itu adalah datang dari Allah. Allah yang pilih tapi ingat untuk dipilih kita kena mintak!!!"

Nota:
Untuk terpilih sebagai orang yang SESAT, anda tak perlu mintak pun!!!

"Dan Allah, sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus."
[Al-Quran]
[Al-Baqarah]
[Ayat 213]

"Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus dan di antara jalan-jalan yang dituju, ada yang terpesong dari kebenaran dan jika Allah kehendaki, tentulah Allah memberi petunjuk kepada kamu semua!!!"
[ Al-Quran ]
[ Surah Al-Nahl ]
[ Ayat Ke - 9 ]

Sesungguhnya engkau tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
[Al-Quran]
[Surah Qasas]
[Ayat Ke 56]
===============================================

PENCERAHAN KEDUA:
[Ayat 7]
a) "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,"
b) "bukan orang-orang yang Engkau telah murkai,"
c) "dan bukan pula orang-orang yang sesat."
[Al-Quran]
[Surah Al-Fatihah]



Keterangan:
 a) "orang yang dikurniakan nikmat = ialah orang yang dikurniakan JALAN YANG LURUS."
  • bila orang itu dikurniakan jalan yang lurus, maknanya orang itu orang ISLAM
  • bila makhluk itu ISLAM, maka ia tidak bersempadan, maknanya ia tak mengira bangsa atau makhluk
  • bila makhluk itu ISLAM, maka Allah 100% turunkan nikmat tak terhingga
  • tanggungjawap "hamba" adalah meminta, sedangkan tanggungjawap "tuan" adalah menunaikan
  • bila makhluk itu jalan hidupnya lurus, maka nikmat hidup akan diturunkan mengikut ekosistem
  • dan jangan lupa, bila makhluk yang yang punyai HIDUP YANG LURUS LAGI BERSYUKUR, Allah tambahkan nikmat
  • bila anda memahami jaringan matriksnya, anda akan memahami petikan ayat suci ini pula:

Dan ketika Tuhan kamu memberitahu:
“Demi sesungguhnya!!! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu!!! Dan demi sesungguhnya!!! Jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras!!! ”
[Al-Quran]
[Surah Ibrahim]
[Ayat 7]

Di mana-mana pun permukaan planet bumi ini, di mana ada orang yang lurus hidupnya (iaitu orang ISLAM), pasti di situ ada nikmat Allah hidangkan samada terang-terang atau HIDDEN (sorok2). Perhatikan bumi di negara manakah yang tanahnya menjadi tempat sujud & rukuk tanpa kehadiran sumber galian?



Buka senarai bendera2 dunia. Bentangkan bendera dunia yang ada SALIB (negara Christian) vs bendera yang ada BULAN SABIT (negara Islam) negara mana yang Allah kurniakan nikmat hasil bumi? Dan negara mana pula beria-ria menyedut hasil negara itu dengan disokong oleh pengkhianat negara itu? Siapa yang beri laluan kepada orang luar meratah nikmat kita atau "DARA" kita??? Bukankah orang negara itu sendiri? Siapa yang beri laluan bendera SALIB menjajah bendera BULAN SABIT? Adakah hanya kerana kita merajuk pada pemerintah & tak mengenang budi yang selama ini kita nikmati, maka dengan senang2 kita hendak menjemput orang luar meramas kenikmatan kita ?



Oleh itu, sebagai manusia yang diberi tuhan dengan JALAN YANG LURUS lagi dikurniakan NIKMAT, kita kena sentiasa bersyukur supaya Allah akan tambahkan nikmat menggunakan NIKMAT yang ada untuk membetulkan jalan2 yang bengkok dan jangan sesekali mengulangi kesilapan negara jiran kita seperti Afghanistan, Iraq, & Libya & lain2, hanya kerana marahkan pemerintah, kita menjemput orang luar menjamah hasil bumi kita milik kita yang sudah tentu kalau 1 kali sahaja mereka dah dapat takkan mereka mungkin akan pulangkan!!! Kerana apa ye??? Kerana NIKMAT kurniakan TUHAN sangat sedap berbanding NIKMAT ciptaan manusia. (SEBAB ITU NEGARA2 ISLAM hampir semuanya kaya raya, walaupun negara itu sekecil BRUNEI !!!)



Keterangan:
 b) "bukan orang-orang yang Engkau telah murkai = ialah orang Yahudi kafir (bukan semua Yahudi)"
  • ayat ini adalah simbolik kepada "mereka"
  • ya, mereka merupakan bangsa yang terpilih !!! (dipilih untuk dimurkai kerana sikap mereka)
  • mereka masih tidak beriman seperti orang2 yang hidupnya lurus, walaupun diturunkan banyak nabi & rasul
  • sebagai contoh, setiap bangsa pasti diturunkan nabi, apakan lagi di tengah2 ada yang berpangkat Rasul.
  • ada bangsa, cukup diturunkan 1 Rasul, tapi saki baki keturunan bangsa itu tetap HIDUPNYA LURUS ribuan tahun
  • ingat!!! Allah itu maha adil, tidak semua nabi itu semata2 diturunkan di benua Arab sahaja.
  • sudah pasti nabi yang berjumlah ratusan ribu itu berselerak di planet bumi
  • dan yang berpangkat Rasul hanyalah 313 orang, yang wajib dihafal hanya 25 orang.
  • ke mana kah saki baki nabi2 yang beratus ribu tanpa pangkat Rasul itu???
  • mudah sahaja, setiap bangsa ada diturunkan Nabi (sebab itu setiap bangsa ada rekod ZAMAN EMAS nya)
  • lihat Tamadun Aztech & Tamadun Maya, Allah takkan binasakan mereka tanpa terlebih dahulu diutuskan Nabi (dan anda harus ingat, tak semua nabi hendak Allah rekodkan dalam Al-Quran, pastilah juga bersebab kenapa?)
  • lihat Tamadun Lut & Tamadun Nuh telah Allah binasakan juga, walaupun telah diutuskan Rasul
  • (kena fikir juga, kenapa kisah tamadun ini direkodkan pula dalam Al-Quran)



Lihat kenapa ada Tamadun yang dah lama tak disinggahi Nabi tapi bila datang aje sinar ISLAM, mereka peluk Islam beramai2, lebih2 lagi ISLAM ajaran Nabi Muhammad, siapa lagi kalau bukan Tamadun Melayu!!! (apakah benar seluruh Nusantara beragama Hindu & Buddha sebelum kedatangan Islam Nabi Muhammad ?)

---> Sedangkan ada rekod mengatakan Nabi Ibrahim pernah singgah ke benua ini menyebarkan syariat ISLAM?
---> Perhatikan ajaran ISLAM IBRAHIM = Agama Hanif
---> Umat Melayu dengan senang & bijak memahami ISLAM tanpa kehadiran Nabi depan mata mereka!!!

(sebab itu bila syariat Muhammad sampai ke Nusantara, umat Melayu umat paling ramai PELUK ISLAM)

Untuk pemahaman, sila rujuk artikel Nabi di bawah:
http://www.facebook.com/note.php?note_id=183210651701628

INI SANGAT BERBEZA DENGAN YAHUDI. Jarak antara Ishak ~ Yaakub ~ Yusuf ~ Ayub ~ Syuib
~ Musa ~ Harun ~ Zulkifli ~ Daud ~ Sulaiman ~ Yahya ~ Isa semuanya sangat berdekatan sepatutnya dengan kehadiran nabi di tengah2 mereka yang berpangkat RASUL dan ada yang berpangkat RAJA, sepatutnya mereka patut lebih beriman berbanding dengan umat MELAYU, tapi sayang mereka telah dimurkai Allah atas sikap mereka juga (bukan semua ye)



Keterangan:
 c) "dan bukan pula orang-orang yang sesat = ialah orang Christian"
  • inilah satu2nya golongan yang pada awalnya mendapat petunjuk di zaman Nabi Isa tapi akhirnya sesat
  • golongan ini sesat selepas kepercayaan mereka kononnya Isa adalah tuhan & mati disalib
  • lebih menyedihkan oleh kerana Nabi Isa tak punya bapa, lalu mendakwa Allah sebagai bapa???
  • inilah yang menyesatkan mereka sehinggalah kepulangan Nabi Isa dari langit
  • tapi ingat, hampir seluruh isi planet bumi telah dihuni oleh orang Christian
  • dan "mereka" akan semakin sesat apabila mengakui Al-Masih Dajjal sebagai Nabi Isa 

Nota:
Mengikut keimanan orang kristian, Nabi Isa akan turun kembali ke muka bumi dan membawa keamanan. Keamanan ini lebih bermakna apabila ia hadir apabila negara ISRAEL ditubuhkan di kota kelahiran Nabi Isa, keadilan ekonomi juga akan dibawa bersama dan diberkati!!!

Amaran:
Nabi Isa hanya akan turun bila Tasik Galilee kering. Dan baginda turun antara tugas lainnya ialah membunuh Dajjal. Sheikh Imran Hosein mentor kami pernah berpesan untuk menyebabkan seluruh umat Christian terpedaya dan percaya kepada dia (Dajjal), dia mestilah bertindak seperti apa yang bakal Nabi Isa bakal bertindak kepada dunia, antaranya ialah:

1- kembalinya semula tanah yang diberi nama negara Israel Raya
2- pulangnya semula orang2 Yahudi & Christian di bumi Israel
3- Israel akan menjadi ---> THE RULLING STATE OF THE WORLD
4- penggunaan semula matawang EMAS

(Al-Masih Dajjal akan mengakui dirinya sebagai Nabi Isa sebelum mengaku dirinya sebagai tuhan)
(ini juga sangat bertepatan dengan kepercayaan umat Christian yang Nabi Isa juga Tuhan)
(bila ini berlaku, orang Christian yang sedia SESAT, akan bertambah-tambahlah sesat)



NOTA:
Perkara 1 sampai perkara 4 di atas semuanya dah terjadi!!! Kita menunggu ambang kemunculan 3 Al-Masih sahaja dan indicator terbesar untuk kita ialah apa??? Iaitu ---> APABILA KERINGNYA TASIK GALILEE

Bila anda faham peranan ayat ke-7 Surah Al-Fatihah ini, Allah dengan izinnya akan menjemput anda untuk memahami ayat2 lain pula, terkadang, Allah akan menjemput kita untuk memahami situasi DUNIA AKHIR ZAMAN hanya melalui Surah Al-Fatihah, inilah yang kami namakan selama ini sebagai apa??? SEBAGAI JARINGAN MATRIKS (antara Al-Hadis & Al Quran DENGAN Situasi Dunia Hari Ini). Sebab itulah Allah berfirman dalam banyak surah yang sangat bertepatan dengan ayat ke-7 Surah Al-Fatihah.



Ayat ke 7 ini sebenarnya amat melibatkan 1 karektor penting namun dikongsi oleh 2 makhluk berbeza, mereka berkongsi gelaran yang sama, kesesatan umat Manusia & umat Jin hari ini adalah asbab dari kesan perancangan mereka dan janji mereka pada tuhan, mereka berdua inilah yang telah kami klasifikasikan sebagai SI MATA 1. Siapakah si mata 1 & apa kaitannya dengan ayat 7 Surah Al-Fatihah? Ya, Si Mata 1 adalah:

a- Iblis Mata 1
b- Dajjal Mata 1

(sebab itu maskot Sukan Olimpik 2012 dibina sebanyak 2 karektor dan matanya 1)
(NOTA: hasil risikan kami menunjukkan Dajjal akan melaksanakan sukan ini pada Ramadhan 1433)

Maskot 2012 ---> akan dikupaskan pada Siri Akan Datang dalam ((( Kitab Memintas Al-Masih Dajjal )))



Dan perhatikan simbol "1" telah dipakai tanpa SEDAR di seluruh dunia mari kami tunjukkan anda apa yang kami berjaya PECAHKAN!!!

1 bahasa yang sama,
1 cara hidup yang sama,
1 makanan yang sama,
1 nyanyian yang dikongsi bersama,
1 hiburan yang sama,
1 matlamat yang sama,
1 corak pemerintahan yang sama di hampir semua negara,
1 cara bekerja yang sama,
1 cara berdagang yang sama,
1 matawang yang sama,
1 jalan ke arah globalisasi dunia,
1 dunia 1 order yang sama,

Dan yang paling penting sekali hampir seluruh negara di dunia ini mempunyai 1 slogan yang hampir sama pernah dipopularkan oleh negara Israel iaitu slogan 1 negara 1 dunia 1 ORDER DUNIA

ONE WORLD ORDER
(Selamat Datang Ke New WORLD ORDER)
ONE RING TO RULE THEM ALL ----------> TO HELL FIRE
IN THE DARKNESS BIND THEM

((( DENDAM IBLIS TELAH MENCAPAI KEMUNCAKNYA DI "ZAMAN KITA" )))
((( Dimanfaatkan Oleh Kehadiran Al-Masih Dajjal Tak Lama Aje Lagi )))

Sebab itulah, bayang2 Mata 1 dan simbol Mata 1 ada di mana2 sahaja di planet bumi ini sebab sistem dunia hari ini, MASTER MINDnya ialah...

((( SI MATA 1 )))



Jaringan Matriks:
"Sesungguhnya engkau tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi,  tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk"
[Al-Quran]
[Surah Qasas]
[Ayat Ke 56]

"Jika kamu sangat mengharapkan agar mereka dapat petunjuk, maka sesungguhnya Allah tiada memberi petunjuk kepada orang yang diSESATkan-Nya, dan sekali-kali mereka tiada mempunyai penolong!!!"
[ Al-Quran ]
[ Surah Al-Nahl ]
[ Ayat Ke - 37 ]

"Dan sesungguhnya, Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin & manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengan­nya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat), mereka itu seperti BINATANG TERNAK, bahkan mereka lebih sesat lagi!!! Mereka itulah orang-orang yang lalai!!!"
[Al-Quran]
[Surah Al-A’raf]
[Ayat Ke 179)

Semua Artikel Kami, Kami Lepaskan Dengan Kalimah Wallahualam.
(Hanya Allah Yang Lebih Mengetahui)

Saturday, 5 November 2011

LARANGAN MEMBACA AL QURAN @ YASSIN DI TANAH PERKUBURAN



Selalu kita perhatikann ...masyarakat kita yang pergi untuk menziarahi kubur terutamanya pada hari
raya mereka telah melakukan satu kesalahan yang jelas di larang oleh agama untuk membaca al-Quran. Iaitulah dengan duduk di atas kuburan untuk membaca yasin dan sebagainya. Mengapakah perkara ini
tidak diambil berat oleh masyarakat kita?
Jawapannya disebabkan kerana kejahilan. Tidakkan kita mendengar hadis nabi s.a.w.
“Adalah lebih baik bagi seseorang di kalangan kamu duduk di atas bara api sehinga terbakar pakaiannya
dan melecur kulitnya daripada dia duduk di atas kubur”.
hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam bab “Larangan duduk di atas kubur dan bersolat di atasnya” Maka sekiranya masih berdegil juga untuk melakukannya maka silalah membaca al-Quran di
atas kubur secara berdiri, kerana diharamkan untuk duduk di atas kubur.


Jawapan kepada
Artikel Zamihan Mat Zin Al-Ghari.


Merujuk kepada tulisan yang ditulis oleh Zamihan Mat Zain al-Ghari (penolong pengarah Institut Latihan Islam Malaysia ILIM) di dalam berita harian bertarikh Sabtu 17 November 2007, ruangan agama yang masih lagi menyentuh berkenaan persoalan Membaca al-Quran di kubur, saya ingin mengulas sedikit
apa yang ditulis oleh beliau. Zamihan berkata di dalam akhbar tersebut “Ada banyak ayat al-Quran
 yang bersifat umum, tetapi boleh dijadikan panduan bagi menjawab persoalan apabila mafhum ayat itu dibincangkan serta diberi tafsiran yang lebih mendalam”. Kemudian beliau membawakan firman Allah
surah al-Thur ayat 21, lalu merumuskan amalan mereka yang masih hidup boleh memberikan manfaat
kepada si mati.

Dalam persoalan ini perlu diberi penjelasan bahawa isu membaca al-Quran di atas kubur dan isu menyedekahkan pahala kepada si mati merupakan dua isu yang berbeza. Perkara yang hendak
dibincangkan di sini ialah adakah disyariatkan membaca al-Quran di kubur atau ianya amalan yang
tidak dicontohkan oleh rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Perbincangan adakah pahala yang
dikirimkan kepada si mati sampai atau pun tidak, maka saya rasa perbincangannya bukan disini.
Oleh yang demikian kedua-dua perkara ini hendaklah dibezakan.

Kesimpulan dari tulisan zamihan tersebut tiada satu dalil pun yang dibawa dapat menyokong hujah
beliau bahawa amalan membaca al-Quran dikubur disyariatkan. Kecuali hanya satu hadis yang dibawa,
iaitu dari Mubassyir dari Abdir Rahman bin al-Ala’ bin al-Lajlaj dari bapanya bahawasanya dia
berwasiat apabila dia meninggal dan setelah dia ditanam dibacakan di sisi kepalanya permulaan surah
al-baqarah dan akhirnya.

Di dalam hadis ini terdapat rawi yang bernama Abdul Rahman bin al-Ala’ bin al-Lajlaj dimana rawi
ini merupakan seorang yang tergolong di kalangan rawi-rawi yang majhul (yang tidak dikenali) seperti
yang disebutkan oleh al-Imam al-Zahabi sewaktu menceritakan biodata rawi ini di dalam kitabnya
Mizanul I’tidal (2/574, no 4925) dengan katanya: “tiada seorang pun yang meriwayatkan daripadanya kecuali Mubasyar bin Ismail al-Halabi”. Maka hadis yang terdapat di dalamnya rawi yang tidak
dikenali menyebabkan taraf hadis dihukumkan oleh ulamak hadis seperti al-Albani sebagai dhoif
(lemah) tidak boleh dijadikan hujah di dalam hukum hakam syarak. (Ahkamul Janaiz: 244)

Zamihan berkata: “Membaca al-Quran di atas kubur ternyata bukan bid’ah yang sesat kerana ada nas
yang membuktikan bahawa Ibn Umar dan Abu Khalid al-Lajlaj mendengar galakkan daripada
Nabi s.a.w supaya di baca ayat suci al-Quran di tanah perkuburan” Dakwaan Zamihan ini batil kerana sesungguhnya sanad hadis yang di bawa tidak sahih daripada Ibn Umar. Mendakwa sahabat melakukan sesuatu yang tidak diajarkan oleh nabi s.a.w. dengan riwayat-riwayat yang dhoif adalah suatu tuduhan jenayah. Dan Tidak terdapat riwayat yang menyatakan sahabat-sahabat yang lain melakukannya.
Adapun hadis-hadis yang menyatakan bacaan yasin, bacaan Qulhu wallahu ahad dan sebagainya
di atas kubur kesemuanya maudu’ (palsu) dan La Asla lahu (tidak ada asalnya).

Tujuan daripada menziarahi kubur bukan untuk membaca al-Quran tetapi untuk mengambil I’tibar dan pengajaran mengingati kematian. Abu Said al-Khudri berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahilah, kerana padanya
terdapat pengajaran.
 
Hadis sahih diriwayatkan oleh Ahmad (3/38/63/66) dan al-Hakim (1/374-375). Dari Anas bin Malik bahawa nabi s.a.w. bersabda:
Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahilah, kerana padanya dapat melembutkan
hati, mengalirkan air mata dan memperingatkan akan akhirat, dan jangan kamu berkata perkara yang
tidak baik. Diriwayatkan oleh al-Hakim (1/376) dengan sanad yang hasan.

Mengapa tujuan ini tidak diutamakan apabila menziarahi kubur untuk diterangkan kepada masyarakat
selain hanya menyuruh membaca al-Quran di atas kubur? Nabi bersabda kepada Aisyah r.ha:
sesungguhnya Tuhanmu memerintahkan kepadamu pergi ke perkuburan baqi’ lalu pohonlah keampunan
dari Allah untuk mereka. Maka Aisyah bertanya kepada Nabi s.a.w. apakah yang aku perlu katakan?
 
Nabi s.a.w. menjawab: ucapkanlah:
Salam sejahtera ke atas penghuni rumah ini (kubur) dari kalangan Mukminin dan muslimin, semoga
Allah merahmati mereka yang telah mendahului kami dan yang terkemudian dan sesungguhnya kami
insya Allah akan menyusul sesudah kamu semua. Hadis riwayat Imam Muslim (3/14).

Sekiranya disyariatkan membaca al-Quran di kubur mengapa nabi s.a.w. tidak menyuruh Aisyah
supaya melakukan yang demikian itu. Ini bercanggah dengan kaedah yang masyhur berbunyi
“Tidak boleh menangguhkan penerangan di saat ianya diperlukan”.
 
Kaedah ini membawa pengertian bahawasanya nabi s.a.w. tidak boleh menangguh untuk memberitahu
dan menerangkan kepada umatnya suatu perkara yang penting dan diperlukan pada saat itu. Bahkan
pula yang bertanya kepada nabi s.a.w. itu ialah isterinya, orang yang paling rapat dengan baginda.
Dan sekiranya nabi s.a.w. tidak menerangkan pada saat itu menyebabkan kemungkinan nabi s.a.w.
tidak dapat menerangkan pada waktu yang lainnya. Inilah yang dimaksudkan kaedah ini. Sekiranya membaca al-Quran itu amalan yang disyariatkan maka sudah pasti nabi akan mengajarkannya kepada
Aisyah r.ha. disamping ucapan salam yang diajarkannya di dalam hadis berkenaan. Kerana membaca
al-Quran adalah lebih afdal dari sekadar memohon keampunan untuk penghuni kubur.

Persoalan yang perlu difikirkan juga ialah di zaman nabi s.a.w. adakah terdapat di sana halangan untuk membaca al-Quran di kubur? jawapannya sudah tentu tiada halangan untuk melakukan demikian.
Dan sekiranya tiada halangan dan ianya baik serta afdal mengapa nabi s.a.w. tidak mengajar dan
menyuruh para sahabat melakukan perkara tersebut? Kaedah penting yang disebutkan oleh para ulamak
 
“Sekiranya sesuatu amalan tertentu yang tidak dilakukan pada masa nabi s.a.w. hidup disebabkan
adanya halangan yang menghalang dari ianya dilakukan, maka apabila halangan tersebut hilang selepas
dari kewafatan nabi s.a.w. maka hukumnya harus diamalkan”.
 
Contohnya solat tarawikh secara berjemaah, nabi s.a.w. tidak melakukannya berterusan kerana
bimbang ianya diwajibkan, setelah kewafatan nabi s.a.w. kebimbangan tersebut telah pun hilang
disebabkan terputusnya wahyu dengan kewafatan nabi. Maka setelah itu hokum mengamalkannya dibolehkan.
 
“Dan sekiranya tiada halangan yang menghalang sesuatu amalan dilakukan, dan dalam masa yang sama
nabi s.a.w. tidak melakukan dan menganjurkannya kepada para sahabat maka setelah kewafatan
baginda s.a.w. amalan tersebut tidak disyariatkan”. Contohnya amalan membaca al-Quran di kubur.
Sebab itulah pentingnya memahami al-Quran dan hadis-hadis baginda s.a.w. sebagaimana yang
difahami oleh salaf iaitu para sahabat.

Menggunakan dalil yang umum untuk dijadikan hujah kepada amalan yang khusus merupakan kejahilan
di dalam berinteraksi dengan nas-nas syarak. Sebagai contoh hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,
bab kelebihan solat berjemaah yang bermaksud Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat
bersendirian dengan ganjaran 27 darjat.
 
Hadis ini menunjukkan kelebihan untuk bersolat jemaah dan ianya bersifat umum. Adakah ianya
boleh digunakan sebagai dalil untuk membolehkan solat qabliyyah dan ba’diyyah dilakukan secara
berjemaah sebelum atau selepas melakukan solat fardhu di masjid?
 
Jawapannya tidak boleh kerana ianya tidak pernah dilakukan oleh para sahabat radiallahu anhum.
Maka begitulah kaedah di dalam memahami keseluruhan nas-nas syarak.

Tiada dalil yang sahih dan sorih (jelas) yang menunjukkan amalan membaca al-Quran di atas kubur disyariatkan. Daripada Abu Hurairah r.h. nabi s.a.w. bersabda:
Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kuburan, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah
yang dibaca di dalamnya surah al-baqarah. Hadis riwayat Imam Muslim.
 
Hadis ini menunjukkan bahawa rumah yang dibaca di dalamnya surah al-baqarah akan menyebabkan
syaitan lari. Perumpamaan nabi s.a.w. rumah dengan kubur di dalam hadis ini secara mafhum
mukhalafahnya (salah satu kaedah istinbat hukum, dibawah ketegori Mafhum al-Ghayah) kubur ialah
 tempat yang tidak dibaca padanya al-quran.
 
Sekiranya kubur merupakan tempat disyariatkan membaca al-Quran maka perumpamaan nabi s.a.w.
ini tidak membawa apa-apa erti, dan dalam erti kata yang lain perumpamaan rumah dan kubur itu
adalah sia-sia. Dan ini mustahil kerana keseluruhan perkataan atau ucapan nabi s.a.w. melalui hadis-
hadisnya itu membawa makna yang sangat mendalam tetapi ibarahnya sangat ringkas yang disebut
sebagai jawamiul kalim. Seperti hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dari sahabat Ibn Umar bahawa nabi s.a.w. bersabda:
Jadikanlah sebahagian dari solat-solat kamu (solat sunat) itu di rumah dan jangan jadikannya seperti
kubur. Riwayat al-Bukhari (1/420)
 
hadis ini menunjukkan kubur bukan tempat mendirikan solat kerana nabi menyamakan rumah yang
tidak dilakukan solat di dalamnya seperti kubur. Lakukankanlah sebahagian solat (solat sunat) kamu
di rumah. Oleh sebab itu Imam Ibn Hajar menyatakan pernyataan nabi s.a.w.
 
“jangan jadikannya seperti kubur” bermaksud kubur bukan tempat melakukan ibadah ketika
mensyarahkan hadis ini di dalam fathul bari (1/766).
 
Maka kesimpulan yang dapat di ambil dari hadis ini ialah oleh kerana membaca al-Quran merupakan
 ibadah yang sangat disuruh oleh agama, maka tempatnya bukanlah di kuburan, Ikutilah apa
yang telah dianjurkan oleh baginda s.a.w. dengan membacanya di rumah dan secara tidak langsung
dapat menghindarkan rumah dari gangguan syaitan.

Dari sudut yang lain kita perhatikan masyarakat kita yang pergi untuk menziarahi kubur terutamanya
 pada hari raya mereka telah melakukan satu kesalahan yang jelas di larang oleh agama untuk membaca
al-Quran. Iaitulah dengan duduk di atas kuburan untuk membaca yasin dan sebagainya.
 
Mengapakah perkara ini tidak diambil berat oleh masyarakat kita? Jawapannya disebabkan kerana kejahilan. Tidakkan kita mendengar hadis nabi s.a.w.
 
“Adalah lebih baik bagi seseorang di kalangan kamu duduk di atas bara api sehinga terbakar pakaiannya
dan melecur kulitnya daripada dia duduk di atas kubur”. hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim
di dalam bab “Larangan duduk di atas kubur dan bersolat di atasnya” Maka sekiranya masih
berdegil juga untuk melakukannya maka silalah membaca al-Quran di atas kubur secara berdiri,
kerana diharamkan untuk duduk di atas kubur.
Zamihan berkata: “perlu diingat bahawa amalan yang tidak dilakukan Rasulullah s.aw. dan generasi
salaf tidak boleh dijadikan alasan untuk mengharamkan sesuatu amalan selagi tidak ada tegahan putus daripada nas syarak”. Perkataan seperti ini perlu diperhatikan semula dan diperincikan. Kerana
sekiranya sesuatu amalan yang bersangkutan dengan permasalahan ibadah maka ianya tidak boleh
dilakukan kecuali dengan nas syarak. Ini disepakati seluruh ulamak. Kerana sekiranya alasan tiada
dalil putus yang melarang sesuatu perkara yang bersangkutan dengan ibadah diterima tidak ada
amalan yang direka-reka oleh umat sekarang ini yang boleh dibantah.
 
Tindakan Aminah Wadud yang mengimamkan solat jumaat tidak boleh dibantah kerana sudah pasti dia
boleh berhujah bahawasanya tiada dalil yang melarang dan mengharamkan tindakan yang dilakukan.
 
Kaedah yang disepakati oleh ulamak “asal sesuatu perkara di dalam permasalahan ibadah ialah tegahan
atau larangan kecuali ada dalil yang mengharuskannya”.

Maka ibadah di dalam Islam boleh menjadi bid’ah sekiranya:

1. Setiap yang bercanggah dengan sunnah yang sahih sama ada perkataan, perbuatan atau aqidah walau
pun hasil daripada ijtihad.

2. Setiap perkara yang tidak mungkin disyariatkan kecuali dengan nas (tauqifi). Namun, apabila tidak
ada nas yang membenarkannya, ia juga termasuk perkara bidaah. Kecuali ia pernah dilakukan oleh
para sahabat.

3. Setiap ibadat yang tidak ada keterangan cara perlaksanaannya dan hanya sekadar berdalilkan hadis-
hadis daif atau palsu.

4. Setiap ibadat yang hanya dijelaskan secara mutlak (umum) kemudian dikhususkan oleh orang
 ramai seperti menetapkan tempat, masa, kaifiyat (cara) atau bilangannya.

Wallahu a’lam

Sumber : -
Oleh: Abu Syu’aib, Mohd Khairil Anwar bin Abdul Latif,
Pegawai Penyelidik Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

Keajaiban Bukit Magnet


Semalam husband saya bagitau yang dia menziarahi banyak tempat2 menarik kat Madinah. Menziarahi
5 masjid yang mashyur salam sejarah Nabi (s.a.w), Ladang kurma, Kilang Al-Quran yang tidak membenarkan perempuan memasukinya, Bukit Uhud dan Bukit Magnet.


Serius..saya tak pernah tahu psl Bukit Magnet ni. Teruja saya serach dekat internet coz husband
kata bas yang dinaikinya dimatikan enjin bila jalan kat Bukit tu tapi berjalan dgn kelajuan 130km/j.
Subhanallah.
 
Dan ini artikel2 yang saya jumpa. Telah di olah sedikit.


"Madinah selain dikenal sebagai kota nabi, memiliki panorama alam yang indah yang
dikelilingi oleh deretan perbukitan atau dalam bahasa Arab dikenal jabal. Disamping
jabal Uhud yang terkenal kerana sejarah peperangan zaman Rasulullah SAW, ada lagi
 jabal magnet yang terletak sekitar 30 KM dari kota Madinah menuju arah kota Tabuk.

Jabal magnet (bukit magnet) juga dikenali sebagai Manthaqotul Baido (tanah putih).
Jabal magnet terletak di luar wilayah haram, kawasan ini ditempuh sekitar 30 minit dari
pusat kota Madinah. Untuk mengakses ke arah jabal magnet melalui hamparan pasir,
pepohonan dan gunung berbatu menambah keindahannya. Konon jabal magnet ini
merupakan pusat magnet terbesar didunia, hal ini dirasakan dari daya magnet terhadap kenderaan yang dalam posisi gear neutral, kenderaan dapat bergerak dgn laju.
Sebaliknya, kenderaan yang melintas menuju di jabal magnet akan terasa berat, kerana
terjadi arus tarik menarik.

Jalan-jalan di kota Madinah menurun, namun kedudukannya tidak curam, yang
menghairankan, kendaraan akan terus melaju dengan kecepatan tinggi sehingga mencapai
130 KM/jam, meski pun enjin kenderaan dimatikan. Namun, keajaiban yang ada di tanah
suci itu hanya berlangsung sekira 2 hingga 3 kilometer sahaja
.
Melihat fenomena yang ada itu, membuat kita bertanya-tanya akan keajaiban dari ciptaan
Allah. Hanya Dialah yang mengetahui rahsia disebalik semua ciptaannya. Subahanallah".

Friday, 4 November 2011

Minum Berdiri : Antara Hukum Dan Kesannya

 
Hadith

Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan
bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika
minum.

Terdapat hadis yang menunjukkan tegahan minum berdiri ialah hadis yang diriwayat
oleh muslim iaitu:
Terjemahan: dari anas ra, sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang
minum berdiri. Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam
kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771

Kajian Dari Sudut Sains

Di antara sebab larangan minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak
Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari
segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Dimana makanan dan minuman akan melalui
dinding perut dengan perlahan-lahan.

Minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan
melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa
panjang akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan
minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan.

Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi
tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central
nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk
melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.

Central nervous system (2) adalah gabungan otak (1) dan saraf tunjang (3)

Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa
yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan
otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini
hanya wujud ketika seseorang itu duduk.

Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi
aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk
menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan
cara yang betul.

Namun demikian diharuskan minum berdiri ditempat yang tidak sesuai untuk duduk
seperti tempat yang terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum
berdiri, ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan rasulullah minum
air zam-zam berdiri.

Persoalannya di sini, mengapa rasulullah minum air zam-zam dalam keadaan berdiri.

Air zam-zam mengandungi khasiat yang tinggi

Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif
membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang
tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air
zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan
mengurangkan pedih ulu hati.

Jadi inilah sebab rasulullah minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut dapat
meneutralkan asid yang terhasil dalam perut dengan cepat.

Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan
makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium
menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah yang
membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya
dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya.

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. 
( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam

Video Rakaman Sushil Kumar Dalam “Who Want to Be a Milionaire” India

Video Rakaman Sushil Kumar Dalam “Who Want to Be a Milionaire” India Video rakaman 13 soalan berjaya dijawab oleh Sushil Kumar yang membolehkan beliau memenangi hadiah wang tunai sejumlah AS$1 juta (Rs 5 Crore).
Semua video dibawah tiada terjemahan. Jadi kalau nak tengok..layan cam layan hindustan.

[Dalam video diatas Sushil Kumar punya 'part' bermula pada minit 5:10]

7 Punca Kenapa Anda Makan Banyak Kali!

7 Punca Kenapa Anda Makan Banyak Kali! Pastinya anda pernah mengalami situasi dimana anda baru sahaja lepas makan tetapi anda cepat rasa
lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ianya tidak baik untuk penjagaan kesihatan dan juga boleh menyebabkan penambahan berat badan dan kegemukkan.

Tahukah anda, apakah punca yang menyebabkan anda nak makan banyak kali?

(1) Minum terlalu banyak minuman manis
Hasil daripada kajian oleh University of California di San fransisco mendapati bahawa kandungan gula
boleh menipu otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon Leptin
daripada memberitahu otak bahawa anda telah pun mendapat makanan yang secukupnya. Jadi ini
yang menyebabkan anda cenderung untuk makan lagi walaupun baru sahaja lepas makan.

(2) Makan makanan bertin

makanan tin 7 Punca Kenapa Anda Makan Banyak Kali!
Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon Leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali
dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi

sarapan 7 Punca Kenapa Anda Makan Banyak Kali!
Hasil kajian terhadap 6746 orang yang dijalankan  selama 4 tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil sarapan yang mengandungi 300 kalori pada waktu pagi akan meningkatkan pertambahan
berat badan sebanyak 2 kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan
pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Tidak makan sayur-sayuran

no sayur 7 Punca Kenapa Anda Makan Banyak Kali!

Khasiat didalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini
dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali dan makan lebih banyak.

(5) Tidak minum teh kurang gula

teh 7 Punca Kenapa Anda Makan Banyak Kali!
Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda
daripada makan banyak kali.

(6) Kurang minum air masak

air masak 7 Punca Kenapa Anda Makan Banyak Kali!

Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum anda makan, minumlah  air masak t
erlebih dahulu.

(7) Kebosanan
boring 7 Punca Kenapa Anda Makan Banyak Kali!
Hasil daripada kajian penyelidik dari Flinders University, Australia mereka  mendapati bahawa
kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak. Jadi isi lah masa
terluang anda dengan aktiviti yang berfaedah. Jangan biarkan diri anda kebosanan seterusnya anda cenderung untuk makan banyak.

Di harap setelah mengetahui punca kenapa anda makan banyak boleh lah anda cuba untuk mengelak
perkara perkara ynag boleh merosakkan diet anda dan juga menambah berat badan anda

Anda percaya dengan Bomoh Hujan? KRU percaya!!!

Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga bekas ahli korporat besar, Datuk Mohamad Hassan adalah antara mereka yang percaya kepada bomoh hujan.

Beliau pernah meminta bomoh hujan di negerinya bercuti dan tidak menerima sebarang tempahan memindahkan hujan ke tempat lain dalam usaha mengatasi krisis air yang sedang berlaku.

Permintaannya itu bukan bernada gurauan, tapi serius.

“Saya minta semua bomoh hujan bercuti dulu sehingga empangan kita penuh,”

Itulah lebih kurang yang penulis ingat mengenai ucapan Mohamad tempoh hari.

Dan jangan tak tahu, banyak majlis keraian negara turut menggunakan khidmat bomoh hujan ini.

Fenomena guna bomoh hujan kini rupanya semakin popular di kalangan penggiat seni tanah air.

Jangan terkejut kalau penulis katakan yang Yusry KRU pun dah mula guna khidmat bomoh hujan ini ketika mengarahkan filem terbarunya, Vikingdom.

Vikingdom kini sedang menjalani penggambaran di’sekitar Malaysia di’bintangi oleh beberapa nama besar Hollywood seperti Dominic Purcell (Prison Break), Jon Foo (Tekken), Natassia Malthe (Dead or Alive) dan beberapa orang lagi.

Proses perfileman di Malaysia dijangka tamat sekitar hujung Disember 2011 dan filem ini di’jangka siap untuk tayangan selewat lewatnya hujung tahun 2012.