Saturday, 15 October 2011

Sara Hidup Jual Aksi ROmen Mereka!!!!


 
Pasangan suami isteri ini merakam adegan seks mereka kemudian menjual rakaman tersebut bagi menampung sara hidup bayi mereka!

Tuntutan hidup yang makin berat, membuat Tyler dan Berkley memilih cara ekstrem untuk mencari
wang demi membesarkan anak mereka. Pasangan dengan anak berusia 20 bulan itu menjual aktiviti
seks mereka via live streaming.

Ted dan Berkely, yang tidak mahu nama belakangnya d...isebutkan, mengaku boleh mendapatkan
wang US$ 1.000 seminggu dan bekerja selama lima malam. Mereka akan bercinta menjelang tengah
malam dan menayangkan aktivi tersebut via webcam untuk dijual.

"Awalnya kita hanya melakukannya sekali, di malam pertama itu," ujar Tyler. "Dalam 30 minit yang
kita lakukan, kita dapat US$ 300 ," tambahnya.

Video aktiviti bercinta pasangan berusia 24 dan 21 tahun itu ditayangkan melalui sebuah situs porno.
Sekitar 75% keuntungan yang didapat dari aksi pasangan itu, diberikan pada situs porno tersebut.
Bagi Tyler dan Berkley, keuntungan 25% yang didapat sudah boleh memenuhi keperluanan hidup
mereka dan si kecil dengan cukup baik.

Dalam melakukan pekerjaannya, Tyler dan Berkley juga melakoni permintaan pengunjung situs
tersebut. Permintaannya beraneka ragam mulai dari menarik rambut, menggigit atau memerintah satu
sama lain.

Semua aksi seks tersebut dilakukan keduanya di bilik tidur di rumah mereka. Sementara anak pasangan
itu tidur di bilik lainnya.

"Kita menyalakan baby monitor dengan volume yang rendah sehingga kalau kita dengar ada suara
apapun, kita akan berhenti (bercinta), melihat dia (anak mereka) dan biasanya kembali lagi bekerja,"
kisah Tyler seperti dikutip dari ABC News.

Hampir setiap hari bekerja dengan mempertontonkan aktiviti bercinta mereka pada orang lain
membuat ghairah Tyler dan Berkley menurun. Keduanya kini tidak lagi bershubungan sek kecuali
memang untuk mencari nafkah.

"Memang kerana pekerjaan kita untuk berhubungan seks jadi berhubungan seks di luar jam kerja
tidak pernah terjadi. Itu menjadi pembunuh ghairah," jelas Tyler lagi.

Pasangan Tyler dan Berkley sudah menjalin asmara selama lima tahun. Berkley hamil di usia 19 tahun. Keduanya bekerja tapi gaji dari pekerjaan tersebut dirasa tidak cukup untuk membiayai keperluan
sehari-hari.

"Kita merasa pada satu titik tidak menghasilkan cukup banyak wang. Kalau aku kehilangan
pekerjaanku, kita pasti tidak punya apa-apa," ucapnya.

Tidak memiliki gelar sarjana, Berkley hanya boleh bekerja menjadi seorang waitress di sebuah
kelab. Sementara Tyler mengaku pekerjaannya hanya boleh menghasilkan US$ 350 semimggu.

Dengan melakukan pekerjaan yang sekarang, menjual aktiviti berhubungan seks mereka, pasangan
ini mengaku ingin menjadi orangtua yangg bertanggungjawab. Tujuan mereka adalah mengumpulkan
cukup wang untuk biaya sekolah dan kuliah anak. Jika wang tersebut sudah terkumpul, mereka akan berhenti dari pekerjaan yang ekstrem itu.

Gambaran Di Selepas Kiamat


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan
telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun
mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan
hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan
yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2,
lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang
Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung
tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu
kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan
mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin
dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak
dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan
nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka
tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil
bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya
yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-
akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi
seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi
lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka
berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi
air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh
malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk
segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya
lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat
teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para
Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa
dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi
Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang
 lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa
baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk
kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara
yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4
batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia
dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat
besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika
itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya
tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis
oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik
beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk
dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama
kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka
lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan
kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat
besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan
pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya
tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi.
Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak
masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat
kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat.
Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini
adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin
ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik,
5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti
angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan
api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang
yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Friday, 14 October 2011

Antara Peranan Jahat Syaitan




Mengikut kajian ulama, syaitan adalah jenis jin yang jahat perangainya. Syaitan berasal daripada
api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam
badan orang yang disukainya.

Selain mendatangkan punca penyakit, pengsan dan gila, jin juga kadangkala mencuri atau dipakai
untuk mencuri barangan orang.

Dalam ajaran Islam kita dapat mengesan bahawa malaikat, jin dan syaitan mempunyai jalan untuk mempengaruhi manusia supaya melakukan kebaikan atau sebaliknya.

Mengikut sebuah hadis Turmizi, “Malaikat menggunakan jalan itu untuk meniupkan ilham yang baik
maka syaitan pula menyampaikan bisikan jahat dan mendustakan Allah…”

Orang yang bersih jiwanya dapat mendengar suara ilham yang disampaikan oleh pelawat di hadrat hati.
Oleh itu, orang berkenaan berasa lapang dada dan terdorong untuk beramal. Malah ilham sendiri
menjadi faktor penting jiwanya berasa gembira. Orang yang kotor jiwanya didatangi oleh jin atau
syaitan. Malah mengikut surah al-Zukhruf ayat 36, Allah menyediakan satu syaitan secara tetap dalam
hati yang kosong daripada zikir.

Syaitan itu menjadi sahabat karibnya. Surah Fussilat ayat 25 menghuraikan kerja syaitan berkenaan
iaitu membisikkan kata-kata manis dan menghayalkan.

Sesungguhnya hasutan syaitan, jin atau roh jahat ke atas fizikal dan rohaniah manusia jelas sekali.
Hasutan itu masuk ke dalam diri mereka menerusi pelbagai jalan. Antara yang paling dahsyat dan ganas
 ialah dengan renungan rohani ketika oarng yang berniat buruk mengamalkan jampi mentera atau sihir
untuk tujuan tertentu terutamanya untuk merosakkan orang yang dibencinya.

Inilah antara rahsia ( dan Allah Maha Mengetahui ) mengapa syirik disifatkan sebagai dosa besar oleh
Allah. Kerja seperti ini merosakkan kedua-dua pihak. Pengamal sihir rosak imannya, manakala
mangsanya pula rosak iman, anggota dan mentalnya.



JIN 
Makna Jin: Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang Jin. Antaranya :-

Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk
dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas.

Surah Ar-Rahman ayat 15 :Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan
api ( Pucuk  api yang menyala-nyala atau Maarij )

Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api
sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.

Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a: Maksudnya : " Malaikat
diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu
yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah).

ASAL KEJADIAN JIN

Keterangan "Al-Maarij "

Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau
" Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah,
hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang
sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam,
kuning dan biru.

Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan
sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula menyatakan bahawa angin
Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.

Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau
daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka
jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah
menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali
rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.

Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan
oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu,
hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa,
tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.

Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf
iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan
"Latifatur-Rabbaniah " sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan
Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai
dan sepadan dengan kejadian Jin.

Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut,
contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja.
Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala
Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata.

CARA PEMBIAKAN JIN

Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan
anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh.

Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin
perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru
lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat.

Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor.
Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila
menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah
proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib
pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari
kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama
Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa
perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin.

Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah " Jaan "
yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman.
Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang
kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang
kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah.

AGAMA PUAK-PUAK JIN

Jin Juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak
soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim,ada
yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak.

Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini
kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin
yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika
di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin.

Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan
yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada
Jin Islam yang bertaraf awam sahaja , Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam
yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.

Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas
serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur,
riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.

Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa " sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat
manusia yang fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.

Golongan Jin Islam yang awam dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan
berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu
bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang
Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang
kepada mereka untuk bersahabat.

RUPA BENTUK JIN

Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu
mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin
menyerupai manusia.

Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk
tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna,
iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin
Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang
soleh pula mempunyai rupa paras yang elok.

Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat.
Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir
seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh
di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan
manusia.

Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah
semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan,
di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun
baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin.

Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan
Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih
mengetahuinya.

Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di
antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin,
sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi ,
tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.

Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah
apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis.

Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada
Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

" Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka
tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah
nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah
( ketika menutupnya ) "

Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan
sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki
dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.

MELIHAT JIN

Pada prinsipnya Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh manusia dalam bentuk
yang asal sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh
di lihat dalam rupa bentuk yang diingininya.

Jin juga boleh di lihat oleh manusia dalam keadaan sihir atau ketika meminum air sihir atau
melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk memperlihatkan dirinya kepada manusia.

Di dunia semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-
Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di
akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang
Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia.

Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah kemampuannya untuk mengubah
dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa. Contohnya dalam peperangan Badar, Iblis telah menampakkan dirinya dalam bentuk seorang lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam
rupa Suraqah bin Malik yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam.
( Iblis dan Syaitan adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin ).

Dalam Sahih Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin yang menampakkan dirinya
dalam bentuk seekor ular dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular tersebut.
Di samping itu Jin juga boleh menampakkan dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain
seperti rupa bentuk kucing, anjing dan sebagainya.

KUMPULAN-KUMPULAN JIN

Jin juga seperti manusia yang inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan
Jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah
ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang menunggu
kubur, kumpulan yang menunggu gua, kumpulan yang menunggu mayat manusia, kumpulan
yang menunggu hutan rimba, kumpulan yang menunggu bukit bukau, kumpulan yang menunggu
air mata air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya.

JENIS-JENIS JIN

Sama seperti manusia Jin juga terdiri dari pada berbagai jenis atau bangsa, antara yang
tersohor ialah :-

1. Iblis Bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan..
2. Asy-Syaitan Syaitan-syaitan 
3.  Al-Maraddah Peragu-peragu ( pewas-was ) 
4.  Al-Afrit Penipu-penipu 
5. Al-A’waan Pelayan-pelayan 
6.  Al-Tayyaaruun Penerbang-penerbang 
7.  Al-Ghawwaasuun Penyelam-penyelam 
8.  At-Tawaabi Pengikut-pengikut ( pengekor ) 
9.  Al-Qurana Pengawan-pengawan 
10.  Al-Ummaar Pemakmur. 

GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG-ORANG MELAYU

Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakkan
dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu.
Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di kalangan
orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin.

ANTARA JIN-JIN YANG POPULAR DI KALANGAN ORANG-ORANG MELAYU
IALAH:

Hantu Raya, Hantu Pontianak, Hantu Polong, Hantu Toyol, Hantu Langsuir, Hantu
Penanggal, Hantu Pelesit, Hantu Air, Hantu Bukit, Hantu Kubur, Hantu Pari, Hantu Punjut,
Hantu Jerangkung, Hantu Laut, Hantu Bawah Tangga, Hantu Galah, Jin Tanah,
Hantu Kum-Kum, Hantu Bungkus, Hantu Pocong, Hantu mati di bunuh, Hantu Bidai,
Hantu pari-pari, Hantu Kopek ( Tetek ), Harimau Jadian, Jembalang Tanah, Hantu Tengelong.

KERAJAAN-KERAJAAN JIN

Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya yang tersendiri. Antara Raja Jin alam bawah
yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai’ah dan Maimon. Empat raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s ialah Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.

Manakala Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaail,
Mikiyaail, Sarifiyaail, ‘Ainyaail dan Kasfiyaail. Raja Jin yang mengusai kesemua Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM YA LI.. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin
di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.

ANAK-ANAK IBLIS JUGA MEMPUNYAI KERAJAAN YANG BESAR ANTARANYA :

1.   Thubar Merasuk manusia yang di timpa musibah dan bala.

2. Daasim Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan silatulrahim, rumah  tangga, keluarga, sahabat handai, jemaah dan sebagainya.

3.  Al-‘Awar Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi
dan sebagainya

4.      Zalanbuur Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.


 ANTARA JIN, IFRIT, SYAITAN DAN IBLIS
Jin, Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah merupakan sebahagian daripada golongan Jin, cuma tugas
dan fungsi mereka sahaja yang berbeza. Jin sebagaimana yang telah diterangkan di atas ialah
sejenis mahkluk Allah yang tersembunyi dan tidak kelihatan oleh manusia. Pengetahuan
mereka lebih luas dan sangat panjang usianya.


Manakala Ifrit pula adalah daripada golongan Jin yang sangat kuat dan bijak menipu serta
sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong lagi amat durhaka
kepada Allah.

Iblis dan Syaitan juga terdiri daripada golongan Jin dan mereka merupakan golongan Jin
yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan
mendapat kutukan Allah sehingga ke hari kiamat.

Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :

" Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan
menghalang halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangani
mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur ( taat )."

Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abid dan alim di kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua
ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia
( Adam ). Maka dengan sifat beliau yang sombong itu Allah telah melaknatnya menjadi kafir
dengan nama Iblis.

Bermula dari saat itulah Iblis melancarkan gerakan permusuhan dengan manusia sehingga ke
hari kiamat.

Allah telah menjelaskan bahawa terdapat tiga jenis permusuhan dilakukan oleh Jin ke atas
manusia iaitu :-

Melalui Kejahatan ( As-Suu’ ) : iaitu berkenan dan gemar kepada dosa-dosa dan maksiat hati
dan segala anggota tubuh badan.

Kekejian ( Al-Fahsyaa’ ) : iaitu kejahatan yang lebih buruk dan jahat lagi.  Kekejian ini
adalah sebahagian daripada perkara yang membawa kepada kedurhakaan dan maksiat
kepada Allah.

Melalui pembohongan dan menipu Allah melalui perbuatan, perkataan dan nawaitu.

Gambar Rebecca Nur Islam Yang Boleh Bikin ‘Berdarah Hidung’

Otak aku dah beku sampai tak tahu nak tulis apa. Jadi korang layankan je lah gambar-gambar
Rebecca Nur Islam yang boleh bikin berdarah hidung kat bawah ni. Itupun kalau nak tengok la.
Takut nanti betul-betul berdarah hidung macam mamat sorang ni. Tak pasal-pasal dapat tisu free.



Gambar : Berdarah sebab tengok pompaun seksi!!
GAMBAR REBECCA NUR ISLAM YANG SUNGGUH SEKSI



GAMBAR REBECCA NUR ISLAM YANG SUNGGUH SEKSI
GAMBAR REBECCA NUR ISLAM YANG SUNGGUH SEKSI

GAMBAR REBECCA NUR ISLAM YANG SUNGGUH SEKSI

GAMBAR REBECCA NUR ISLAM YANG SUNGGUH SEKSI

 

Teori konspirasi tentang logo Apple.

Teori konspirasi tentang logo Apple.
Silalah beri pendapat.

 
Melihat symbol dan nama yang dipakai Apple, berupa buah apel yang telah dicabik sebagian, jelas menyatakan symbol okultisme. Dalam banyak budaya okultisme pemakaian buah apel sering sekali
dipakai, menjadi lambang dari "buah terlarang". Bermula dari Adam dan Hawa yang berdosa karena
makan buah apel ini, symbol apelnya juga berupa buah apel yang sudah tercabik/dimakan sebagian.
 
Para penganut okultisme dan The New Age movement sangat percaya bahwa bagian apel yang
dimakan tersebut akan memberikan satu dari dua pengetahuan, yaitu pengetahuan yang baik, yang
akan membawa mereka ke jalan menuju ke-tuhanan diri.

Apple Computers didirikan oleh Stephen Jobs tahun 70-an, ia adalah seorang yang dianggap aneh
dan sedikit menakutkan, juga seorang "guru" The New Age Movement, bersama Steven Wozniak,
seorang pengacara dari kelompok "Aquarian Age Culture". Ketika keduanya meluncurkan produk
pertama mereka, personal computer, mereka mencantumkan label harga di setiap produknya, dan
harga yang tercantum adalah 666 dolar. Kebetulan atau memang ada tujuan tertentu?

--------------------------------------------------------------------------------------


 

Ayat-Ayat Al-Qur'an yang menyebut mengenai matahari, bulan, bintang, awan, angkasa


Elok kita renungkan maksud Ayat-Ayat berikut. Ada banyak Ayat-Ayat Al-Qur'an yang menyebut
mengenai matahari, bulan, bintang, awan, angkasa dsb.:



[0885] Al-An’am 6:96. Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar) dan
yang menjadikan malam untuk tinggal berehat dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira
waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa,
lagi Maha Mengetahui.



[1369] Yunus 10:5. Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-
tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa.
Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar.
Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu
mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).



[1783] Ibrahim 14:33. Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.



[1913] An-Nahl 16:12. Dan Dia memudahkan bagi kamu malam dan siang dan matahari serta bulan
dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya
yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang
mahu memahaminya.



[2516] Al-Anbiya’ 21:33. Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari
dan bulan, tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).



[2613] Al-Hajj 22:18. Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi
tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan dan bintang-bintang
dan gunung-ganang dan pokok-pokok kayu dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari
manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya
dan maksiatnya) dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka dia tidak akan beroleh
sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.



[2916] Al-Furqan 25:61. Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat
peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi.



[3401] Al-’Ankabut 29:61. Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada
mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan yang memudahkan matahari
dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?



[3498] Luqman 31:29. Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang
dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia memudahkan matahari dan bulan
(untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang
telah ditetapkan dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang
kamu lakukan.



[3673] Fatir 35:13. Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam
 (silih berganti) dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan, tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan, sedang mereka yang kamu sembah (yang lain dari Allah) tidak
mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.



[3744] Yasin 36:39. Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di
akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti
tandan yang kering.

Semoga Allah SWT merahmati kita semua

The evolution of computers — Apple

1976 - Apple I
 How did Apple technology from the first computer to the latest iPhone. 44 more after the break...

1977 - Apple II

1978 - Disk II

1979 - Apple II Plus

1980 - Apple III

1983 - Lisa

1983 - Apple Mouse

1984 - Apple IIC

1984 - Macintosh

1985 - Macintosh XL

1986 - Macintosh Plus

1987 - Macintosh SE

1987 - Apple Newton next to an iPhone

1988 - Apple IIc Plus

1988 - Macintosh IIx

1989 - Macintosh SE/30

1989 - Macintosh portable

1990 - Macintosh IIfx

1991 - Macintosh PowerBook 140

1993 - Macintosh LC 575

1995 - PowerBook 5300

1996 - Power Macintosh 7220

1997 - 20th Anniversary Macintosh

1998 - iMac G3

1999 - Power Macintosh G3

1999 - iBook

2000 - Power Mac 4G Cube

2001 - the first iPod

2001 - PowerBook G4

2002 - iMac G4

2003 - iBook G4

2003 - PowerMac G5

2004 - iMac G5

2004 - iPod mini

2005 - iPod nano

2005 - iPod shuffle

2005 - Mac Mini

2006 - MacBook Pro

2007 - the first iPhone

2007 - iMac

2007 - Apple TV

2007 - iPod Touch

2008 - MacBook Air

2010 - iPad

2010 - iPhone 4