Friday, 9 December 2011

Mohon penjelasan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat..

Jawapan seperti berikut :-

Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak  itu najis.  Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :

"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).
Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:
"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan  menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "
Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.
2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"
3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);
4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk  Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk. 

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris  melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.
BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.
Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol.


Nota Tambahan :
kebanyakan minyak wangi beralkohol itu sememangnya haram kerana telah dicampuri bahan bernama lard atau tallow (lemak khinzir) ini kerana ia dapat memelihara bau daripada cepat hilang dan kekal lama. Ia dinyatakan dari seseorang yg telah pergi ke kilang pemprosesan minyak wangi tersebut.

Jadi alangkah baiknya kita bertukar kepada minyak wangi tanpa alkohol sahaja. Bagi penggunaan denatured alcohol utk tujuan disinfectant luka mcm dettol tidak mengapa.

Tentang denatured alcohol, atau alkohol terubah suai tidak dihasilkan melalui proses fermentation/peraman. Tidak boleh di mkn/minum krn berbahaya. Alkohol yang haram dan najis adalah alkohol fermen.
Kebanyakan minyak wangi di pasaran adalah menggunakan alkohol denatured.

Why Women Cant Sleep Easily

Have you ever wondered  how a woman's brain  works? 

Bukti Al-Quran : Air Laut dan Sungai Takkan Bercampur!!!

Al-Quran : Surah Ar-Rahman Ayat 19-21
[21]
AIR SUNGAI TIDAK BERCANTUM DI DASU, INDUS KOHISTAN

[19] Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
[20] Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;


AIR TIDAK BERCANTUM DI TELUK ALASKAN


“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV`Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez .
Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.”
Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.

Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.
SUBHANALLAH!!!
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

[Video] Kucing Serang Tuan Sebab Gelas Pecah

Seekor kucing bertindak menyerang tuannya kerana memecahkan gelas. Marah betul kucing ni.

Anda mungkin juga meminati:

Pembetulan Fakta Sejarah Sirah Rasullullah??

Dengan izin dan kurnia Allah s.w.t., penulis buku ini telah mendakwa terdapat kekeliruan yang dicipta oleh golongan Syiah di dalam buku-buku yang telah ditulis pada 13 abad yang lalu. Beliau telah membuktikan bahawa:

(1) Saidatina ‘Aishah r.a. telah berkahwin pada usia yang sesuai iaitu 16 tahun (bukannya enam tahun), dan mula tinggal bersama suaminya s.a.w. ketika umurnya 19 tahun (bukannya sembilan tahun) selepas peristiwa Hijrah ke Madinah.

(2) Umur Saidatina Khadijah r.a. adalah 25 tahun (bukannya 40 tahun ) semasa beliau mengahwini Nabi Muhammad s.a.w. yang mana pada ketika itu juga turut berumur 25 tahun. Khadijah r.a. bukanlah seorang wanita yang tua semasa berkahwin dengan Rasullullah s.a.w., malah kedua-duanya adalah sebaya. Nabi s.a.w. telah melalui zaman mudanya bersama dengan seorang wanita sebaya di mana mereka memperoleh empat orang anak perempuan dan tiga orang anak lelaki. Mereka saling menyayangi dan menghormati satu sama lain, dan menikmati kebahagiaan hidup bersama.

(3) Anak perempuan Nabi s.a.w., Saidatina Fatimah r.a. telah dilahirkan di Mekah sebelum Nabi dilantik sebagai rasul, dan telah berkahwin dengan Saidina Ali r.a. di Madinah pada usia yang sesuai iaitu 19 tahun (bukannya sembilan tahun).

Juga boleh download ebook berkaita isu ini di:
http://www.scribd.com/doc/6406944/PEMURNIAAN-SEJARAH

KOMEN2 PEMBACA LAIN :
    • Firdaus Wadzir sejarah mle brubah jdi btul sbab zaman skarang orang kapir ckap nabi kte pedophile tu la..pdahal x pon..trime jela fakta ni..sbab mnukar sejarah termasuk dlam setan pnye rncangan
      Kayrol Anuar خير الأنوار kerana golongan syiah sgt membenci Rasulullah s.a.w serta sahabt2 baginda.. kerana itu mereka tidak menerima sunnah Nabi dan mgambil al-Quan sahaj sbgai panduan
    • Khairi Al Khawarizmean kekeliruan syiah dari zaman saidina usman bin affan r.a sehingga hari ini..bermacam2 ikhtiar di lakukan utk memecah belahkan umah..
    • Hazrul Rahim Korang cari Sirah Nabawi karangan Ibn Hisyam.. Yg itu diperakui para ulama muktabar..
    • Muhamad Syihabuddin iye btl 2,,hadis psl aisyah kwin gan nabi umur 9 thn adlh utk membenarkan perkawinan mutaah pemimpin syiah,,wallahualam,,,
    • Nizam Masjuni kalau kawin umur 9thn maka xlayaklah saidatina aishah polow perang...sbb nabi syaratkan pmpuan kalau nk pi perang kena umur cukup.try cr hasil kajian ini..aku dah lupa tajuknya.tp yg fakta bukan 9tahun.
    • Syabab Musafir Kasih dua2 pun boleh diterima...ada byk bukti sejarah lain pun..yang mengkaji boleh kata umur Siti Khadijah sebaya Nabi SAW. tapi kita yang tak mengkaji boleh je terima fakta yg telah kita tahu sejak kecil dan belajar sejak sekolah. tade masalah. tidak ada istilah Nabi SAW kahwini Aisyah di umur beliau masih muda adalah satu kebobrokan agama Islam melainkan ada hikmah di sebaliknya.
    • Azizul Phzy syiah nie musuh Ahli Sunnah... dekat negara Arab tuh ramai da dye bunuh Ahli Sunnah... dan kat sane sesiape yg bername Umar , Aisyah , Abu Bakar dan Uthman.. akan dibunuh serta merte... btol2 dahsyat dowg nie....
    • ‎1. Al-Imam ‘Amir Asy-Sya ’bi berkata: “Aku tidak pernah melihat kaum yang lebih dungu dari Syi ’ah. ” (As-Sunnah , 2/ 549, karya Abdullah bin Al-Imam Ahmad)

      2. Al-Imam Sufyan Ats-Tsauri ketika ditanya tentang seorang yang mencela Abu Bakr... dan
      ‘ Umar, beliau berkata: “Ia telah kafir kepada Allah.”
      Kemudian ditanya: “Apakah kitamenshalatinya (bila meninggal dunia) ?” Beliau berkata: “Tidak , tiada kehormatan (baginya)” (Siyar A’ lamin Nubala, 7/253 )

      3. Al-Imam Malik ketika ditanyatentang mereka (Syiah Rafidhah) beliau berkata: “Jangan kamu berbincang dengan mereka dan jangan pula meriwayatkan dari mereka, karena sungguh mereka itu selalu berdusta. ” (Mizanul I’ tidal, 2/ 27-28, karya Al-Imam Adz-Dzahabi)

      4. Al-Imam Asy-Syafi ’i berkata:“Aku belum pernah tahu adayang melebihi Rafidhah dalam
      persaksian palsu. ”(Mizanul I’ tidal, 2/ 27-28, karya Al-Imam Adz-Dzahabi)

      5. Al-Buwaitiy (murid Imam Syafi'i) bertanya kepada Imam Syafi'i, “ Bolehkah aku shalat di belakang orang Syiah?”Imam Syafi'i berkata, “Jangan shalat di belakang orang Syi'ah, orang Qadariyyah, dan orang Murji'ah ”Lalu Al-Buwaitiy bertanya tentang sifat-sifat mereka, Lalu Imam Syafi'i menyifatkan, “Siapa saja yang mengatakan Abu Bakr dan Umar bukan imam, maka dia Syi'ah ”.(Siyar A’ lam Al-Nubala 10/31)

      6. Al-Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku tidak melihat dia
      (orang yang mencela Abu Bakr,‘ Umar, dan ‘Aisyah ) itu orangIslam.” (As- Sunnah, 1/493 , karya Al-Khallal)

      7. Al-Imam Al-Bukhari berkata:“ Bagiku sama saja apakah aku shalat di belakang Jahmi, dan
      Rafidhi atau di belakang Yahudi dan Nashara (yakni sama- sama tidak boleh -red). Mereka tidak boleh diberi salam, tidak dikunjungi ketika sakit, tidak dinikahkan, tidak dijadikan saksi, dan tidak dimakan sembelihan mereka. ” (Khalqu Af’ alil ‘Ibad, hal. 125)

      8. Al-Imam Abu Zur’ah Ar- Razi berkata: “Jika engkau melihat orang yang mencela salah satu
      dari shahabat Rasulullah, maka ketahuilah bahwa ia seorang zindiq. Yang demikian itu karena Rasul bagi kita haq, dan Al Qur ’an haq, dan sesungguhnya yang menyampaikan Al Qur’an
      dan As Sunnah adalah para shahabat Rasulullah. Sungguh mereka mencela para saksi kita
      (para shahabat) dengan tujuan untuk meniadakan Al Qur ’an dan As Sunnah. Mereka (Rafidhah) lebih pantas untuk dicela dan mereka adalah zanadiqah. ” (Al-Kifayah, hal. 49, karya Al-Khathib Al-Baghdad )

    • Syafiq Onne Wallahualam .Hanya Allah yg Maha Mengetahui .Kita hanya berdoa untuk kesejahteraan Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat ,keluarga baginda ,ulama ulama terdahulu , serta umat2 Islam .

    • อับดุลซาตาร์ มูฮัมหมัด Saya setuju dgn fakta ini. Saya pernah baca kitab 'tarikh tobari' yg merupakan kitab sirah muktabar. Ia menjelaskan golongan syiah memalsukan fakta sirah demi mengagungkan saiyidina Ali r.a. Dan menghina Rasul.
    • อับดุลซาตาร์ มูฮัมหมัด Fakta mengenai Rasul berhijrah waktu mlm juga adalah dari syiah. Rasul berhijrah di waktu siang, dan ada hadis soheh mengenainya. Tiada 1 hadis pun menceritakan peristiwa Ali mengganti tempat tidur Rasul.
    • อับดุลซาตาร์ มูฮัมหมัด Kita wajib memuliakan Rasul dan juga semua para sahabat tapi kita dilarang mengutamakan para sahabat dari Rasul.
    • อับดุลซาตาร์ มูฮัมหมัด Tetapi syiah akan buat apa sahaja demi memuliakan Ali dan Hasan serta Husain, sehingga sanggup memalsukan fakta
    • Isaki O' Maior bukan dri zaman khalifa usman tpi sejak peperangan siffin mase khalifa saidina ali....... tentera Saidina Ali bertempur sengit dengan tentera Umaiyah..apabila umaiyah hampir tewas ..Amr Bin As mengangkat Al Quran dan berkata 'mari kita berunding dengan kitab Allah'..Saidina Ali menerima perundingan itu ttapi tenteranye tidk setuju dan menyebabkan tenteranye terbahagi kepada 3 puak iaitu murjiah,syiah dan khawarij...

AL-QURAN MERUNGKAI CARA MENGESAN PEMBOHONGAN



Subhanallah, sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat saya ungkapkan selepas mendapat tahu hal ini. Siapa sangka pada waktu seribu tahun++ dahulu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagiamana mengesan pembohongan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.

Sebelum saya paparkan apakah ayat tersebut, ingin saya kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai fMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah fMRI.


Ujikaji Ke atas Ubun-Ubun Otak Manusia.

Printer Terkecil DiDunia (Setakat ini) Mini Printer

Wireless compact printer for a smartphone that can be used anywhere there's power supply.
Mini-printer works without ink, on the basis of thermal printing. Small printer prints all the
information you need to tape the size of a cashier's check, which can be taken to the road,
stick on the fridge, put a bookmark in a book. What to buy in the store, someone's birthday,
titles, news feeds, crossword puzzles, crib - all that come up.
 
Click Here To Join
 
The authors of this invention - the London design studio BERG, which specializes in innovative web technologies. They promise that Little Printer will be available next year. 



Click Here To Join


Click Here To Join



Click Here To Join




Click Here To Join





Click Here To Join




Click Here To Join





Click Here To Join




Click Here To Join