Wednesday, 2 November 2011

Tak pakai minyak wangi tapi badan Seharum Kasturi !!!!

Ketika ramai orang bertanya kepada Saidina Abu Bakar: " Kami selalu mencium bau harum kasturi
dari tubuhmu sedangkan kamu tidak memakai kasturi. Apakah yang menyebabkan dirimu menjadi
seharum kasturi?" Saidina Abu Bakar menjawab," Demi Allah, sudah bertahun aku tidak memakai
kasturi tetapi bau harumnya bagaikan sebati dalam diriku. Mereka bertanya bagaimana boleh
terjadi hal sedemikian.

Lalu Saidina Abu Bakar pun menceritakan peristiwa di sebalik keharuman kasturi itu. Pada suatu hari,

ada seorang wanita yang melakukan tipu daya terhadapku sehingga aku masuk ke dalam rumahnya.

Ketika aku berada di dalam rumahnya, dia menutup semua pintu dan jendela rumahnya seraya

menggodaku untuk melakukan maksiat. Aku kebingungan dan tidak tahu bagaimana harus melarikan
diri. Lantas aku bertanya wanita itu, " Aku ingin ke tandas untuk berhadas".

Lalu wanita tersebut memerintahkan pembantunya untuk menghantarku ke tandas. Sesudah berhadas,

aku pun melumuri seluruh badanku dengan kotoran najisku. Kemudian aku kembali kepada wanita
tersebut. Wanita tersebut sungguh terkejut dan marah dengan tindakanku dan menyuruh
pembantunya mengusirku. Setelah itu, aku pulang ke rumahku dan mandi.

Pada malam harinya, aku bermimpi ada suara berkata kepadaku, "Kamu telah melakukan suatu

amalan yang belum pernah dilakukan oleh siapa pun. Sungguh Kami akan mewangikan tubuhmu
di dunia dan akhirat". Ketika aku bangun pagi keesokan harinya, aku merasakan tubuhku
menyebarkan bau kasturi sehingga ke saat ini ia masih kekal.

Begitulah kisah para sahabat yang takutkan azab Allah s.w.t. Betapa perlunya perasaan takutkan

Allah ini terselit dihati umat Islam yang inginkan kebahagiaan ukhrawi.

"Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat

orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala
yang besar"- Al-Mulk:12.

Sumber: iluvislam.com


WOW!!! New Istana Negara

 
 

Image removed by sender.
 
 
 

"Anak-anak ibarat kain putih. Ibubapalah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi"



‎1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan

 merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun.

Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek,
kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar,
kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ...
bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang

baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari

akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak

anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman,

hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik

secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka
buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.

Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi

yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai.
(Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka

mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda

berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan
anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia

mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan

menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan
mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan

stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa

kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect

sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Tingkatkan Paras Hormon Kelelakian (EDISI MALAM JUMAAT)

Bagi orang lelaki, makin berusia makin kuranglah paras hormon di dalam tubuh badannya. Kita ni manusia macam bateri, perlu di Charge bila makin kurang.

Pun begitu, kaum wanita pun perlu ambil tahu, kalau bukan untuk diri sendiri ia adalah untuk suami, ahli keluarga atau rakan-rakan. Ada pelbagai cara meningkatkan paras hormon dalam badan kita sama ada dengan mengambil makanan tambahan berbentuk pil atau makanan yang kita makan seharian.


Tetapi tanpa kita sedari, sebenarnya terdapat banyak makanan yang dapat membantu meningkatkat paras hormon dalam tubuh kita. Tetapi apa yang saya senaraikan ini adalah makanan yang terbaik sekali untuk diamalkan.

1. Pisang
2. Coklat hitam
3. Brokoli
4. Tembikai
5. Anggur merah
6. Asparagus
7. Avocado
8. Spesis Siput yang boleh dimakan
9. Ikan salmon
10. Cili

Apakah senarai di atas ada dalam menu harian anda?



Saturday, 29 October 2011

Ujian perlanggaran paling pantas di dunia!

INI merupakan gambaran saat genting di mana sebuah Ford Focus menghentam sebuah
dinding konkrit pada kelajuan 120 mph (192km/j) di dalam satu ujian pelanggaran
paling pantas di dunia.



Pakar keselamatan lazimnya melakukan ujian pelanggaran hanya pada kelajuan 40 mph (64 km/j)
di dalam menentukan tahap keselamatan sebuah produksi kereta.

Namun begitu kita tertanya-tanya apakah akan terjadi jika perlanggaran berdepan (head-on)
berlaku pada kelajuan tiga kali ganda kelajuan lazim yang digunakan di dalam
penentuan tahap keselamatan sebuah kereta.

Hal ini membawa kepada satu ujian perlanggaran paling pantas di dalam sejarah dunia.
Ford Focus ini berubah kelajuan daripada 120 mph kepada 0 mph dalam sela masa
60 mili saat dan akibatnya...



Sebuah besi buruk yang tidak dikenali lagi rupa asalnya. Bayangkan jika anda berada di dalam
kereta ini. Saksikan video ekslusif ujian perlanggaran terpantas di dunia ini, klik sini [Free Malays].