Friday, 7 October 2011

Mengenal Sakit Melalui Perasaan

Perasaan yang kita alami juga boleh memberikan indikasi terhadap panyakit yang sedang kita alami. Berikut beberapa sintom yang biasa kita rasa tetapi kebiasannya kita tidak memperdulikannya dan menganggap ia perkara biasa.

  • Rasa takut mengejut
    • Fungsi buah pinggang lemah
    • Lemah tenaga batin
  • Cepat naik darah / marah
    • Fungsi hati lemah
    • Tekanan darah tinggi
  • Rasa bimbang dan takut
    • Sistem paru-paru lemah
  • Rasa seoronok atau bimbang tanpa sebab
    • Sistem jantung lemah
    • Sistem saraf otak lemah
    • Masalah pengaliran darah
  • Suka berfikir dan berkhayal
    • Sistem penghadaman lemah

Tips Untuk Memagar Diri....

Waktu selepas Solat Maghrib, seeloknya pada hari Selasa... bagi memagar diri anda.
Caranya:

1. Duduk bertimpuh seperti Tahiyat Awal dan mengadap ke KIBLAT.

2. Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala.

3. Pejam mata, tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat Kursi dengan betul,

seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja. Semasa anda membaca ayat Kursi itu juga, cuba
bayangkan bahawa di hadapan anda satu tembok yang amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat
Kursi hembuskan semula nafas dengan perlahan-lahan.

4) Ulangi langkah yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembok itu berada di belakang, seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah.

(Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.)
5) Untuk permulaan, amalkan sebulan sekali. Tetapi untuk lebih afdhal, amalkan seminggu sekali.

Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja dalam seminggu.

22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda....

1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3-Rumah yang memelihara anjing.

4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6- Rumah yang sering meninggikan suara.

7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum.

8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .

10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13- Rumah pemakan riba,intres.

14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15- Rumah yang memiliki patung-patung.

16-Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17- Rumah yang didiami peminum arak.

18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

FAKTA KEKAYAAN BILL GATES

1.Setiap saat, Bill Gates menjana pendapatan sebanyak US$250 (RM750) setiap SAAT.
Iaitu bermaksud US$20 Million (RM60 Juta) dalam sehari, US$140 Million (RM420 Juta) dalam
tempoh 1 Minggu dan US$7.8 Billion (RM23.4 Bilion) dalam setahun!

2.Jika US$1,000 tercicir dari poket Bill Gates, itu bukannya masalah besar bagi dia. Dia akan
memperolehi jumlah... tersebut dalam masa 4 Saat sahaja.

3.Kerajaan Amerika menanggung hutang berjumlah 5.62 trillion. Jika Bill Gates sudi menjelaskan

hutang tersebut, dia cuma memerlukan 10 tahun sahaja utk melakukannya.

4.Andai kata, dia mensedekahkan US$15 (RM45) kepada setiap orang di dunia ini, dia masih

memiliki US$5Million (RM15 Juta) dalam simpanannya.

5.Jika Bill Gates di anggap sebagai sebuah negara, dia merupakan negara yg ke 37 terkaya di dunia.

Lebih kaya dari Malaysia ke? Not sure.

6.Katakanlah Bill Gates menukarkan kesemua wangnya menjadi wang kertas US$1 dan menyusunkan

wang tersebut dari bumi hingga ke bulan. Kita memerlukan perjalanan ulang-alik sebanyak 14 kali dan memakan masa tanpa henti selama 1,400 tahun serta memerlukan sejumlah 713 kapal terbang
BOEING 747 untuk membawa wang tersebut.

7.Usia Bill Gates sekarang dalam lingkungan 50an. Katakanlah dia boleh hidup 25 tahun lagi, dia

perlu membelanjakan US$6.78 Million (RM20.34 Juta) dalam sehari utk menghabiskan wangnya
sebelum dia meninggal dunia.

Thursday, 6 October 2011

Alat Pengukur Kesuburan Lelaki kini di Pasaran!!!


 
Dgn adanya alat penguji kemandulan lelaki kini lelaki juga dapat mengetahui kesuburannya.Lelaki pun kini dapat mengukur kesuburannya dengan alat 'SpermCheck Fertility'.Alat yang akan hadir dalam waktu terdekat di Inggris akan membantu pasangan yang ingin hamil.

Jika kedua stripnya negatif,kemungkinan si lelaki mandul.Ketika ini alat pengukur kualiti sperma itu sedang menjalani proses pelesenan ol...eh Food and Drug Administration (FDA).Alat tersebut bekerja dengan cara mendeteksi molekul spesifik pada sperma,iaitu molekul antigen yang berada pada permukaan kepala sperma yang disebut dengan SP-10.

Dr John Herr dari University of Virginia in Charlottesville mengatakan bahwa alat itu sesuai untuk pasangan yang belum hamil dan mempunyai anak tapi belum sedia memeriksa diri ke doktor dan ingin memeriksanya secara peribadi terlebih dahulu.

Seperti yg dikutip dari Dailymail,harga alat tersebut cukup terjangkau iaitu sekitar 25 dolar lebih murah daripada menjalani test spema lengkap untuk mengetahui kesuburan lelaki. Dalam journal Human Reproduction,Dr Herr dan pasukannya yang mengkaji alat tersebut selama 1 tahun mengatakan bahwa alat 'SpermCheck Fertility' ini memiliki tingkat ketepatan 96 peratus setelah diuji pada sekitar 225 sukarelawan lelaki.

Untuk pengetahuan,jumlah sperma normal umumnya adalah 20 juta mililiter atau lebih.Dengan mengukurnya menggunakan alat penguji kesuburan,seorang lelaki dapat tahu berapa jumlah rata-rata spermanya,apakah di atas standard atau di bawahnya.

"Pada dasarnya,alat itu dibuat untuk mengetahui seberapa besar tingkat kesuburan lelaki.Jika kedua strip pada alat itu negatif,ertinya ada masalah pada spemanya dan dia memerlukan pertolongan medik",kata Dr Herr.

*sun co.cc

Wednesday, 5 October 2011

Tips menghadapi peperiksaan


 
AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN... DENGAN MUDAH DAN TENANG


Assalamualaikum,

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.
Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.

10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:
Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Doa Untuk Merawat Anak Yang Degil

Anak degil atau keras hati atau tidak mendengar kata pastilah meruntun jiwa ibu yang mengandung serta melahirkannya. Tidak pasti di mana punca masalah ini berlaku tetapi kata pepatah kalau nak melentur buluh biarlah dari rebung jika dan besar patah jadinya. Namun begitu berdasarkan pengalaman masalah anak menjadi degil dan sebagainya kemungkinan disebabkan prosedur didikan yang diterima, pengaruh kawan dan sekitarnya, pertembungan alam remaja ke dewasa, kurang ilmu dan didikan agama, tidak melakukan amalan wajib seorang muslim, mengikut hawa nafsu muda dan ada juga disebabkan oleh gangguan jin dan syaitan.

BAHAN RAWATAN (1)

1. Air Mineral

2. Sedikit garam

3. Sedikit beras

4. Sedikit gula

5. Makanan kering kesukaan anak

DOA RAWATAN (1)

1. Asas 10
2. Thoha : 1-5
3. Ali-Imran : 103-104
4. As-Syura : 19



5. At-Taubah : 128-129
6. Al-A’raf : 43
7. Ya-Latiff : 100 kali



8. Ya-Wadud : 100 kali



KAEDAH RAWATAN 1

Dibacakan Asas 10 dan doa dengan ayat-ayat pelembut ke atas bahan-bahan di atas. Bahan-bahan tadi boleh dicampurkan ke dalam air minuman untuk seisi keluarga atau anak-anak, dicampurkan dalam periuk nasi ketika mula mamasak nasi. Garam, gula, beras pula dicampur didalam bekas di rumah untuk kegunaan seisi keluarga. Moga akan lembutlah hati anak-anak semua berkat usaha dan ikhtiar yang dilakukan. InsyaAllah.

sumber:As-Syifa' Melaka